Rancang dan gapailah apa yang anda mahu

by on June 18, 2009
in Coretan WK, Motivasi

Salam dan Apa khabar? :)

Bahaya sungguh apabila tidak update blog lebih daripada 2 minggu. Mahu dapatkan kembali momentum untuk menulis memang berat. Beratnya bagaikan mahu memulakan langkah pertama setelah berada dalam zon selesa.

Saya teringat pula buku yang saya baca, “Who moved my cheese?” dan ternyatalah manusia memang kurang gemar perubahan yang jauh daripada kebiasaannya. Sedangkan, kita perlu berubah untuk terus kekal hidup dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Saya juga mahu begitu. Hidup yang bermakna dan seronok sekali untuk dikenang-kenang.

Membaca entri Catzer, juga mendorong saya muhasabah kembali cita-cita yang telah saya tulis di awal tahun dulu. Ringkasnya, ada yang dicapai, ada yang tidak. Ada yang tanpa disangka-sangka, muncul dalam hidup saya. Itulah kuasa Law of Attraction

Target 2009

1 – Blog Wanita & Komputer Yang Lebih Berkualiti, Lebih Ramai Golongan Pembacanya

Sasaran yang tercapai

  • Bilangan pembaca meningkat
  • Sudah 200 entri
  • Ayat dan bahasa entri yang lebih matang

Ini antara target untuk blog ini, yang saya letak hujung tahun lepas. Mungkin tidak signifikan bagi anda, tapi ia signifikan bagi saya :)

Terima kasih yang tak jemu-jemu menyokong saya!!

Sasaran 6 bulan yang berbaki lagi

  • Design baru yang lebih kemas (sudah pasti berwarna biru!)
  • Susun atur entri yang lebih teratur
  • Artikel dikategorikan dengan betul
  • Gaya artikel yang pelbagai
  • Bahasa artikel yang sesuai untuk pelbagai golongan

2 – Website Khas Untuk Tutorial Komputer

Saya telah scrap off projek ini di awal tahun lagi apabila mendapati ianya tidak begitu praktikal buat masa ini. Saya putuskan untuk sekalikan saja dengan blog utama ini. Cumanya, apabila melibatkan tutorial, ia agak memakan masa saya :P Tak mengapa, saya akan usahakan 1 tutorial dalam 1 bulan (Senang je kan, waida..yosh!)

C) Menulis Buku Komputer

Masih dalam perancangan. Tidak mengapa, ada berbaki 6 bulan lagi untuk saya laksanakan, Insya Allah :)

Bagaimana dengan perancangan anda?

Saya tag rakan-rakan blogger saya di bawah untuk jawab soalan saya di blog anda :)

CikMal, Irfan, Zahari, TMUkmkd, Hazman, Fatin, Milsum

Wassalam :)

PS: GrafikMaya.com dah dilancarkan…

Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

Related posts:

  1. Tips 24 – Bermasalah dengan saiz fail powerpoint yang besar?
  2. Tips 17 – 8 kekunci keyboard yang anda patut gunakan!!
  3. Skrin komputer tidak menyala
  4. Macam mana nak curi kata laluan orang?
  5. 12 Blog Komputer Anda Patut Tahu
  6. Tips 10 – AWAS – berhati2 bila delete fail
  7. Apa converter avi kepada DVD yang bagus?
  8. Kisah bandwidth di waidakmy.com

Comments

6 Responses to “Rancang dan gapailah apa yang anda mahu”
  1. hmm…. perasan jugak dah lama blog nie tak di update….takpe lepas nie at least ianya dapat dikemaskini 3 kali seminggu

    p/s : nampaknya saya telah di TAG….nanti saya jawab dalam blog yee…. :)

    waidakmy Reply:

    @hazman aka species1980, wah..3 kali seminggu? saya cuba selang 3 hari sekarang, Insya Allah :)

  2. abcdef says:

    klo buleh cube akak bermain sedikit dengan warna….pasal bg saya kalo beza2 kan dengan warna blog akak ni..msti lg senang nk baca n nmpak menarik…btw..saye baru lg kat sini…tq

    waidakmy Reply:

    @abcdef, terima kasih! Nantikan perubahan blog ini dalam minggu ini (Insya Allah). Tapi, tidaklah berwarna warni sangat hehe, pening pula nanti hihi

  3. Fatin Pauzi says:

    Herm, baru perasan di tag. Thanks, Waida. Nanti Fatin update perancangan masa depan Fatin pulak kat sne. :P

    waidakmy Reply:

    @Fatin Pauzi, heh. tak apa :) nanti dah siap, ping la ke sini :D waida ping ke sana balik nanti ;) )