Salam Aidilfitri
by waidakmy on September 16, 2009
in Coretan WK
Salam dan Apa khabar?
Terima kasih pada yang telah mengucapkan ‘selamat berpuasa’ pada saya tempoh hari. Saya suka! Secebis ingatan tuan puan untuk saya, amat saya hargai
Dengan pemergian Ramadhan dan kedatangan Aidilfitri tidak lama lagi, saya ingin memohon maaf andai ada tersalah kata dan terkasar bicara sepanjang tempoh perkenalan kita di alam maya ini.
Terimalah kad raya yang saya titipkan khas ini,
Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin
Jumpa lagi!
-WK-
Related posts:




Selamat menyambut hari raya aidil fitri. Tentunya segala persiapan dah dibuat mungkin tinggal sikit-sikit lagi yang belum.
Tahun ini pakai baju warna apa? saya tahun ni sekeluarga warna hijau, rumah pun dah cat warna hijau petronas. Dah lima tahun baru tahun ni nak cat. Langsir pun hijau, nasib baik tahun ni mak mentua baik hati nak tolong jahitkan langsir, jadi jimat sikit belanja hehehe.
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin untuk tuan punya blog dan semua pengunjung. Hati-hati dijalan raya. semoga semuanya berjalan lancar.
waidakmy Reply:
September 18th, 2009 at 3:50 pm
@Ardzham, selamat hari raya juga
Persiapan biasa-biasa saja. Baju raya pun guna baju semasa kenduri perkahwinan saudara terdekat. Tidaklah membazir sangat.
Mesti meriah rumah nanti, semuanya hijau
Salam WK & pengunjung blog.
Salam Ramadhan & selamat menyambut Aidilfitri. Maaf Zahir batin dari JimieRay dot Com. Kepada yang akan pulang berhari raya di kampung, selamat memandu, bersopan dijalanraya. Jangan jadikan diri anda sebahagian dari statistik kemalangan maut di musim perayaan tahun ini. Jom baca pesanan saya untuk anda yg akan pulang kekampung, sila selusuri blog saya ini :
http://www.tinyurl.com/pesanraya
waidakmy Reply:
September 18th, 2009 at 3:52 pm
@JimieRay, Terima kasih atas pesanan yang dikongsi. Semoga kita sentiasa memandu dengan penuh berhemah. Bagi saya sendiri, pandu laju boleh, tapi pastikan anda mampu mengawal kereta pada kelajuan itu, jika berlaku kemalangan
Jika tidak, perlahankanlah kereta hehe
Selamat hari raya!
hi WK..
Salam…selamat berhari raya..hati2 semasa di jalan raya…semoga bergembira menyambut syawal yang bakal menjelma…maaf zahir n batin.
waidakmy Reply:
September 18th, 2009 at 3:53 pm
@angel, terima kasih
selamat berhari raya jua!
Salam aidilfitri……
waidakmy Reply:
September 26th, 2009 at 11:02 am
@azharsalleh, Salam Aidilfitri jua
blog masih hidup.harap banyak maklumat
tentang dunia komputer……..
Selamat Hari Raya 1430H