Salam Maulidur Rasul!

by on February 26, 2010
in Coretan WK

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Salam Maulidur Rasul buat sahabat-sahabat yang beragama islam. Dalam diam diam sudah sampai ke penghujung Februari. Jujurnya saya merasakan tidak sangka kita baru berada di bulan kedua dalam tahun Masihi ini kerana banyaknya aktiviti pada awal tahun 2010 ini.

Doa saya kita semua berjaya dalam apa jua yang kita rancangkan. Seandainya ia bukan seperti yang kita rancangkan, lapangkan dada. Mungkin apa yang kita idam-idamkan itu tidak semestinya yang terbaik untuk kita. Dan, apa yang kita bencikan itulah ubat paling mujarab buat kita.

Kisah Muhammad Bin Abdullah

Sedikit kisah Muhammad Bin Abdullah yang dipetik dari FB sahabat saya, Azzah,

Muhammad bin Abdullah | Seorang pengemis Yahudi buta sering memaki Muhammad. Namun Muhammad menyuapkan makanan kepadanya setiap hari. Selepas Muhammad meninggal dunia, Abu Bakar menggantikan tempatnya. Yahudi itu menyedari orang yang menyuapkannya itu berbeza. Abu Bakar memberitahu bahawa yang selalu menyuapkannya itu adalah Muhammad, dan Beliau sudah tiada. Yahudi itu menangis lantas masuk Islam.

Pertanyaan

Atas rasa sedar (dan malu kerana lama tidak update blog), saya ingin bertanya.

Mana yang Tuan Puan lebih suka?

A) Menulis dengan lebih kerap, tetapi pendek-pendek.

B) Menulis jarak-jarak, tetapi panjang.

Terima kasih! Dan, salam Maulidur Rasul.

-WK-

Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

Related posts:

  1. Harddisk tahun 1956
  2. Delete Fail: Adakah betul-betul dipadam?
  3. Ikut atau Tidak Trend Teknologi?
  4. Pernah dengar Windows ME?
  5. Tips 10 – AWAS – berhati2 bila delete fail

Comments

6 Responses to “Salam Maulidur Rasul!”
  1. Azzah AR says:

    Saya pun sudah sangat lama tidak update blog (T_T)

    waidakmy Reply:

    @Azzah AR, sama~ Sekali enjin terhenti, susah betul mahu panaskannya kembali.

  2. AmnishMan says:

    2010..WK mcm slow je..kini kita sibuk dgn win7..dan kini akan mnyibuk pulak ngan office 2010..xkan msh sejuk lagi puan!
    ***A

    waidakmy Reply:

    @AmnishMan, emm. Apa yang sejuk? Apa yang panas? Blur juga ini. Mohon pencerahan dari Tuan.

    Tuan Amnish, tahniah kerana akan menggunakan Win 7 dan Office 2010 pula nanti.

    Masih setia menggunakan Win XP supaya poket tidak rabak untuk upgrade pula komputer (^_^ )

    Semata-mata demi Win 7, poket saya rabak, saya tidak rela…

  3. Ashraf says:

    Salam..saya terima email daripada WK bertanyakan tentang Entri pendek atau panjang..Pada pendapat saya, saya lebih sukakan Entri pendek tetapi kerap. Saya ternanti2 Entri baru dari WK..untuk menambah ilmu yg tak seberapa ni..

    waidakmy Reply:

    @Ashraf, terima kasih :)

    Ramai juga yang membalas, lebih sukakan entri pendek tetapi kerap. Oleh itu, saya akan usahakan. Semoga saya berjaya! Amin…