Sekitar kehilangan sebulan WK

by on May 21, 2010
in Coretan WK

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Alhamdulillah saya masih dikurniakan peluang berbakti di dunia yang sementara ini. Ke’hilang’an saya sementara dari blog kerana memberi laluan kepada kerja-kerja penulisan proposal novel. Semoga ia diterima dan bolehlah saya menulis novel!

Oh ya, ada baiknya saya buat penafian terlebih dahulu. Penulisan novel cinta bukanlah untuk saya. Insya Allah, saya akan menulis novel kanak-kanak dan remaja. Lebih menyeronokkan tulis genre selain genre cinta. Azam saya menyemarakkan sifat berdikari dan eksplorasi perkara-perkara baru ke dalam jiwa kanak-kanak dan remaja. Amin!

Buku Eksperimen Sains dan Teknologi

Jika ada sesiapa mengatakan novel dalam bidang sains dan teknologi belum ada di Malaysia, mereka silap :) Ini buku tulisan seorang sahabat penulis, Umi Danial. Dengar cerita, buku Tim BEST: Eksperimen Ke-2 akan terbit tidak lama lagi.

Doakan saya berjaya! Amin…

-WK-

PS: Walaupun menulis novel, blog ini tetap akan saya update, Insya Allah. Entri ini sebagai pemanas enjin setelah berehat seketika selama sebulan.

Nota: Penulisan buku komputer terpaksa saya tangguhkan atas faktor-faktor tertentu. Jika ada rezeki, ia akan disambung pada masa hadapan, Insya Allah. Sementara itu, saya akan terus menulis di blog. Lebih mudah dan cepat menemui Tuan Puan semua

Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

Related posts:

  1. 5 Sebab Patut Baca Jom Faham Spesifikasi PC
  2. Tips 10 – AWAS – berhati2 bila delete fail
  3. Ber-etika-kah kita?
  4. Apa itu Driver ?
  5. Akses fail anda dengan cepat
  6. Teknik tanda emel SPAM sebagai SPAM
  7. E-buku Mahir Komputer – HardyWeb
  8. Tips 20 – jom berblogging~

Comments

8 Responses to “Sekitar kehilangan sebulan WK”
  1. TMUkmkd says:

    tahniah atas entri pemanas enjin ini :D
    semoga dapat teruskan penulisan di blog :)

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, ya pasti! Insya Allah.

  2. farah says:

    saya doakan akak success nnti as a novel writer:)

    waidakmy Reply:

    @farah, terima kasih! :)

  3. Selamat maju jaya.. sudah ada dateline kah untuk novel itu?

    waidakmy Reply:

    @Rinhoneykurma, terima kasih Rin!

    Sudah :) Ini novel lain (yang ada dateline) dari yang diceritakan tempoh hari. Hehe.

  4. mal o war says:

    wow, nice blog page waida, x sangka ni lah ‘world’ yg ko betul2 minat kan huhuho.. nk tulih novel? wow, that’s another suprise, nih sofcopy ker hardcopy nih, kalu hardcopy aku nk 1 siap ngn writer’s signature k.. all da beshh my friend ;-)

    waidakmy Reply:

    @mal o war, terima kasih kawan ;)

    Suprise? Suprise kepada diri sendiri juga sebenarnya. Insya Allah boleh, tetapi jangan lupa datang pesta buku juga nanti.

    All the best to you too!