Sekitar PC Fair KL 2009

by on December 4, 2009
in Coretan WK

Assalamualaikum wbt. dan Apa khabar? :)

Saya mengambil kesempatan berjalan-jalan di sekitar PC Fair Kuala Lumpur hari ini. Tiap-tiap tahun, tempatnya memang sama, iaitu di KL Convention Centre. Yang penting, ia lebih bagus berbanding tempat lamanya di PWTC. Lebih terurus dan teratur, walaupun sesak.

Kenapa saya ke PC Fair?

Tidak bercadang membeli apa-apa pun di sana sebenarnya. Sekadar memerhati perangai orang membeli belah. Sambil menemani rakan pejabat yang baru pertama kali ke PC Fair :)

Apa yang saya dapat dari PC Fair?

Pertamanya, pastilah brosur. Hampir setebal buku Magnet Diri (lihat gambar). Oh ya, saya tidak kunjung ke semua booth tadi :)

Koleksi Brosur PC Fair

Keduanya, ada sedikit perubahan pada susun atur tapak pameran. Yang ketara, barangan audio. Jika sebelum ini, berdentum-dentum audio dalam satu bilik khas. Kini, berdentum-dentum pula bersama-sama barangan lain. Mujur sudah hampir ke pintu keluar…

Ketiganya, ada free gift yang perlu dan tidak perlu. Ini strategi memikat pengunjung membeli. Ada satunya, jika membeli 8 Gig pendrive berharga RM55, dia bakal mendapat satu bekas mengisi pendrive. Ini khusus bagi mereka yang mempunyai banyak-banyak pendrive hehe. Yang menjadi persoalan saya dan rakan, bekas itu sebesar dompet. Kasihan dan terdiam sebentar jurujual itu, bila rakan saya berkata,  “Yang ini pun sudah cukup leceh dipegang” sambil menunjukkan dompet yang dipegang.

Keempatnya, ketemu dengan beg laptop seperti beg tangan perempuan. Menarik! Rekaannya juga tidak bosan. Sayangnya, saya tidak berani untuk ambil gambarnya. Takut dihambat pula penjualnya.

Kelimanya, strategi pemasaran gila-gila oleh hampir semua syarikat broadband. Apa yang kelakarnya, dalam dewan pertama, bilangan jurujual lebih ramai dari pengunjung. Ada satu ketika, mereka itu seperti benteng atau tembok yang harus dilepasi pula.

Keenamnya, tahu apa yang dicari sebelum membeli komputer atau laptop. Ketika berbual-bual dengan jurujual tadi, boleh dikatakan kebanyakannya bertanya 2 perkara. Satu, spesifikasi komputer yang dicari atau stail penggunaan komputer kita. Kedua, bajet.

Dan yang terakhir, bercakaplah dengan jurujual yang tahu apa yang dicakapkannya. Takut-takut lain yang dijanji, lain pula yang didapat. Sentiasa semak semula apa yang telah kita beli sebelum meninggalkan kedai

Akhir kata, selamat membeli belah di PC Fair terakhir dalam tahun 2009 ini. Biarlah, “alah membeli, menang memakai” :)

Jumpa lagi!

-WK-

Blogger PostDeliciousGoogle BookmarksYahoo MailYahoo MessengerTwitterHotmailFacebookDiggLiveJournalTechnorati FavoritesTumblrShare

Related posts:

  1. Apa converter avi kepada DVD yang bagus?
  2. Kerja pertama sebelum memilih laptop atau desktop
  3. Panduan Shopping di Internet
  4. 4 Perkara Perlu Ada Untuk Shopping Online
  5. 5 Sebab Patut Baca Jom Faham Spesifikasi PC
  6. Apa beza Netbook dan Notebook?
  7. Bagaimana melindungi WiFi anda?
  8. Panduan Beli Komputer 101

Comments

6 Responses to “Sekitar PC Fair KL 2009”
  1. Becky says:

    Saya setuju dengan semua point di atas. Terutama yang keempat. Haha

    Saya ada komen juga :)

    http://beckymission.blogspot.com/2009/12/pc-fair-kl-2009-4-disember-2009-6.html

  2. Anarm says:

    kumpul brochure yg best tu.. mesti cantik2 design die kn?

    waidakmy Reply:

    @Anarm, Tidaklah :) Lebih kepada buat bahan menulis :D

  3. diaien says:

    lama tak g pc fair walaupun dekat je. ramai sgt orang, pastu harga sama je kat lowyatt ngan imbi. baik g sana terus je. anyway, good info

  4. wana says:

    arrghhhhhh…tak sempat nak
    pegi PC fair..

    bila nak pegi je ade je hal lain
    nak kena buat.

    org ade exam law dekat T`ganu lah..
    adoi sedih bangat rasanya!!

    ni buat posting2 sal
    Pc fr ni lagi ah org sedih..

    waaa..

    Oh..brosur tu??

    hehe kalo saya dapat byk2 terus
    buang dalam tong sampah..then
    baru sambung jalan2..ehek2.:P

    waidakmy Reply:

    @wana, Tahun depan masih ada lagi :) Bulan 3 nanti ada lagi tu..

    Brosur? Dulu saya memang buang. Tapi, ada tujuan simpan ni. Ehe. Kalau tidak, selalunya saya tak ambil pun :)