Siap Ubahsuai Fasa Pertama

by waidakmy on July 13, 2009
in Coretan WK

Salam dan Apa khabar? :)

Layout Baru Wanita & Komputer

Layout Baru Wanita & Komputer

Alhamdulillah selesai juga fasa pertama mengubahsuai reka bentuk blog ini, setelah seminggu mengerjakannya – mencari layout baru, test drive layout sebelum diubahsuai, jumpa yang sesuai, ubah suai!

Apa Yang Berubah?

1 – Reka bentuk 2 column yang minimalis

Saya mendapati ramai juga pembaca blog ini yang menggunakan Internet Explorer (walaupun saya tidak – jawapannya di sini). Dengan IE, sidebar layout blog saya yang lama akan turun ke bawah, tetapi tidak dengan Firefox. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menggunakan reka bentuk yang ada 2 column saja. Jadi, tidak kiralah browser apa yang anda gunakan, rekabentuk blog ini tetap sama :)

2 – Ruang ‘Pembaca Setia WK’ diwujudkan

Dulu, saya menawarkan secara percuma ebook ‘Panduan Convert MS Word Kepada PDF’, dan jika mereka berminat, bolehlah mereka terus mendapat update daripada saya tentang blog ini melalui emel.

Tetapi, akhir-akhir ini, ada pula yang bertanya bagaimana menjadi ahli untuk blog ini. Pelik juga saya sebenarnya, sebab tiada ruangan ahli. Namun, saya terfikir, kenapa tidak wujudkan ruangan ‘Pembaca Setia WK’ untuk mudahkan anda semua menerima artikel-artikel terkini?

Boleh dapatkan maklumat lanjut ‘Pembaca Setia WK’ di sini

==========================================

Ada lagi sebenarnya yang saya ingin masukkan, tetapi biarlah saya rahsiakannya dulu :D Jadi, nantikan gelombang fasa kedua blog Wanita & Komputer pula!!

Sampai di sini dulu, sebelum saya tulis tips komputer di lain hari pula :)

-WK-

PS: Saya ada memberi peluang kepada pembaca newsletter saya (ya, mereka saja) untuk mencadangkan topik ebook saya yang terbaru. Sekiranya, topik mereka terpilih, mereka berpeluang untuk mendapat ebook saya secara percuma. Oh ya, ada 3 salinan yang akan diberi percuma, bermakna ada 3 orang yang akan mendapatnya nanti! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melanggan newsletter saya (psstt cara pertama saja tau! )

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. 12 Blog Komputer Anda Patut Tahu
  2. Kerja pertama sebelum memilih laptop atau desktop
  3. Apa itu Driver ?
  4. Apa pengalaman pertama anda dengan komputer?
  5. Ikut atau Tidak Trend Teknologi?
  6. Mahu perisian percuma?

Comments

10 Responses to “Siap Ubahsuai Fasa Pertama”
  1. TMUkmkd says:

    gud one. semoga berjaya ^_^
    anyway today (14 july)
    my 1st time 2 be, lab demonstrator
    teachng bout linux
    harap bleh buat dengan baik.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, wah! dah jadi lab demonstrator sekarang. amacam pengalaman semalam? :)

    Balas Komen Ini

  2. TMUkmkd says:

    huh.. payah gak.. sebab they know nothing bout linux. walaupun diorang seorang pelajar komputer.

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @TMUkmkd, itu biasalah. sebabnya di Malaysia ni, ramai yang tak biasa dengan open source. jadinya, tak ramai juga yang tahu tentang linux :)

    Balas Komen Ini

  3. TMUkmkd says:

    kita just kongsi apa yang kita tahu diorang nak terima atau tidak kita tak tahu kan ^^

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    yup. guna atau tak tu, terpulanglah pada orang yang menerima. yang penting, kita sudah cuba menyampaikan dengan cara yang mereka faham

    Balas Komen Ini

  4. aiereast says:

    huhu…da lame tak jengok blog nie. tak sabar nak tengok fasa yang penuhnya pulak :-)

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @aiereast, :) bulan puasa atau selepas raya mungkin

    Balas Komen Ini

  5. aiereast says:

    yeke? takpe, sis. all da best, maybe adakalanya makan masa sket tue penting, supaya kualitinya memuaskan :-)

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @aiereast, yup betul tu. biar lambat asal dibuat hehe

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree