Siap Ubahsuai Fasa Pertama
by waidakmy on July 13, 2009
in Coretan WK
Salam dan Apa khabar?
Alhamdulillah selesai juga fasa pertama mengubahsuai reka bentuk blog ini, setelah seminggu mengerjakannya – mencari layout baru, test drive layout sebelum diubahsuai, jumpa yang sesuai, ubah suai!
Apa Yang Berubah?
1 – Reka bentuk 2 column yang minimalis
Saya mendapati ramai juga pembaca blog ini yang menggunakan Internet Explorer (walaupun saya tidak – jawapannya di sini). Dengan IE, sidebar layout blog saya yang lama akan turun ke bawah, tetapi tidak dengan Firefox. Jadi, saya mengambil keputusan untuk menggunakan reka bentuk yang ada 2 column saja. Jadi, tidak kiralah browser apa yang anda gunakan, rekabentuk blog ini tetap sama
2 – Ruang ‘Pembaca Setia WK’ diwujudkan
Dulu, saya menawarkan secara percuma ebook ‘Panduan Convert MS Word Kepada PDF’, dan jika mereka berminat, bolehlah mereka terus mendapat update daripada saya tentang blog ini melalui emel.
Tetapi, akhir-akhir ini, ada pula yang bertanya bagaimana menjadi ahli untuk blog ini. Pelik juga saya sebenarnya, sebab tiada ruangan ahli. Namun, saya terfikir, kenapa tidak wujudkan ruangan ‘Pembaca Setia WK’ untuk mudahkan anda semua menerima artikel-artikel terkini?
Boleh dapatkan maklumat lanjut ‘Pembaca Setia WK’ di sini
==========================================
Ada lagi sebenarnya yang saya ingin masukkan, tetapi biarlah saya rahsiakannya dulu
Jadi, nantikan gelombang fasa kedua blog Wanita & Komputer pula!!
Sampai di sini dulu, sebelum saya tulis tips komputer di lain hari pula
-WK-
PS: Saya ada memberi peluang kepada pembaca newsletter saya (ya, mereka saja) untuk mencadangkan topik ebook saya yang terbaru. Sekiranya, topik mereka terpilih, mereka berpeluang untuk mendapat ebook saya secara percuma. Oh ya, ada 3 salinan yang akan diberi percuma, bermakna ada 3 orang yang akan mendapatnya nanti! Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melanggan newsletter saya (psstt cara pertama saja tau! )
Related posts:




gud one. semoga berjaya ^_^
anyway today (14 july)
my 1st time 2 be, lab demonstrator
teachng bout linux
harap bleh buat dengan baik.
waidakmy Reply:
July 15th, 2009 at 9:20 am
@TMUkmkd, wah! dah jadi lab demonstrator sekarang. amacam pengalaman semalam?
huh.. payah gak.. sebab they know nothing bout linux. walaupun diorang seorang pelajar komputer.
waidakmy Reply:
July 15th, 2009 at 9:35 pm
@TMUkmkd, itu biasalah. sebabnya di Malaysia ni, ramai yang tak biasa dengan open source. jadinya, tak ramai juga yang tahu tentang linux
kita just kongsi apa yang kita tahu diorang nak terima atau tidak kita tak tahu kan ^^
waidakmy Reply:
July 18th, 2009 at 8:30 pm
yup. guna atau tak tu, terpulanglah pada orang yang menerima. yang penting, kita sudah cuba menyampaikan dengan cara yang mereka faham
huhu…da lame tak jengok blog nie. tak sabar nak tengok fasa yang penuhnya pulak
waidakmy Reply:
July 25th, 2009 at 5:11 pm
@aiereast,
bulan puasa atau selepas raya mungkin
yeke? takpe, sis. all da best, maybe adakalanya makan masa sket tue penting, supaya kualitinya memuaskan
waidakmy Reply:
July 26th, 2009 at 10:34 am
@aiereast, yup betul tu. biar lambat asal dibuat hehe