Tutup buku lama, buka buku baru
by waidakmy on December 28, 2008
in Coretan WK
Salam dan apa khabar semua?
Dalam diam2, kita dah pun sampai ke penghujung 2008. 3 hari lagi, tahun baru 2009 dah bermula. Tahun baru Hijriah 1430 pula akan bermula selepas waktu Maghrib hari ini (jangan lupa baca doa hujung tahun dan doa awal tahun, ingatkan saya sendiri juga ni).

Tahun baru 2009 yang gilang gemilang
2 tahun baru yang bakal kunjung tiba, membuatkan saya terfikir kembali apa yang dah berlaku dalam tahun 2008 ini.
Adakah tercapai perkara yang saya mahukan? Jika tercapai apa yang saya cita-citakan, adakah sepenuhnya, atau cuma separuh masak?
Tutup kisah 2008?
Merenung kembali kisah 2008 saya,
1- Blog Wanita & Komputer di WaidaKmy.com
Blog Wanita & Komputer ini, yang juga blog peribadi saya, dibina pada 13 Nov 2007. Dah pun genap setahun pada 13 Nov 2008 lepas. Dalam setahun ini, saya gembira dengan hasil trafik yang telah dicapai. Kalau dulu cuma 59 pelawat sebulan, kini telah mencecah 1500 pelawat sebulan.
Namun, ada juga perkara yang masih boleh ditingkatkan, terutamanya tentang kandungan blog Wanita & Komputer ini. Saya masih belum mencapai objektif yang saya inginkan disebabkan kandungan post ini saya kira belum sampai lagi ke golongan sasaran.
2- Ebook Panduan Asas cPanel di AsasCpanel.com
Ini merupakan laman web jualan saya yang pertama. Juga dibina pada tahun 2008. Banyak yang telah saya dapat dan belajar dengan menjual ebook Panduan Asas cPanel ini
Apa yang pasti, tujuan utama saya membeli lesen Resell Right (RR) untuk ebook Asas cPanel ini tercapai, iaitu pengalaman menjual dan menguruskan pelanggan.
3- Menjadi sebahagian dari krew MajalahIM
Senyum saya sendiri bila mengenang kembali kisah ini. Apa yang terjadi sebelum saya menjadi sebahagian krew MajalahIM, saya emel pada Labanon tentang kesalahan ejaan pada edisi MajalahIM di awal2 dulu. Tup2, dapat emel dari CikMal kita hehe, mengajak untuk menjadi krew
Apa2 pun, saya gembira dapat dapat berkenalan dan bekerja dengan semua krew MajalahIM.
4- Menubuhkan TriQuality bersama 2 lagi rakan, Copernicus dan NurMumtahanah
Ini juga tanpa dijangka. Tawaran proofreading yang dibuka Abanglong menemukan kami bertiga. Maka, tertubuhlah TriQuality, satu servis proofreading. Apa yang unik, kami semua sebaya hehe. Ini juga banyak menyedarkan saya tentang banyak perkara, yang selama ini sering saya baca di buku. Apa yang berbeza, saya rasainya sendiri, bukan sekadar dibaca. Itu sememangnya nilai pengalaman yang tak dapat ditukar ganti.
Tahun depan, 2009?

Fikir2kan tujuan hidup kita
Merenung ke belakang sudah, kita pandang ke depan pula
Jadi,ini antara target saya untuk tahun 2009, insya Allah
a) Blog Wanita & Komputer. Insya Allah, saya akan berusaha untuk memantapkan lagi kandungan blog ini supaya lebih berkualiti, relevan dan sampai kepada pembaca sasaran. Saya juga mahu tambahkan lagi bilangan komuniti (ya anda semua
) blog Wanita & Komputer ini
b) Website khas untuk tutorial komputer. Sudah dalam pembinaan awal. Ada penerangan langkah demi langkah dan bergambar. Yang pasti, ia tetap tak lari dari kata2, “Tips Mudah Komputer Khas untuk Wanita”
c) Menghasilkan buku komputer yang sesuai untuk wanita. Ya, ini antara impian saya, iaitu untuk menulis buku.
Ada lagi sebenarnya target saya tahun 2009 ini, tapi saya simpan saja lah :p Mana boleh beritahu semua
Apa pun, saya bersyukur dengan apa yang ada, dan telah terjadi dalam tahun 2008 ini. Namun, perjalanan saya masih panjang ke arah impian saya, iaitu kebebasan kewangan, insya Allah.
Hidup ini singkat saja, jadi live life your fullest!
Jadi, Apa matlamat 2009 anda?
PS: Tulisan kali ini sekadar coretan buat peringatan untuk diri saya dan juga sebagai rekod
PSS: Cara saya mencari impian hidup saya
PSSS: Cara saya menggapai impian hidup saya
Related posts:




Salam Waida,
Fuh, saya tak menang tangan kalau tak ada awak
terima kasih atas semua kerja superb tu!~
Balas Komen Ini
@DM: Haih, lajunya komen hehe. Saya baru saja publish ni hoho
Balas Komen Ini
hehe..power of pingback girl
Balas Komen Ini
bagus tentang buku tu… buat la.. sebab hanya wanita fahami wanita.. lagi2 pasal komputer..
Balas Komen Ini
@DM: hehe hebat
saya pun sama juga..terima kasih atas peluang yang diberi
moga2 majalahIM akan sentiasa cemerlang
@TMUkmkd: terima kasih.. doakan la saya berjaya menulisnya aminnn..
Balas Komen Ini
I suggest u to write about another web hosting panel as well, such as DirectAdmin which it is consume less server resources than cPanel.
As a web hoster, I personally prefer to use DirectAdmin which it is actually more superior than cPanel.
Although cPanel have more features for end users compare to DirectAdmin, but DirectAdmin’s features for the server admin is far more superior to cPanel that consume a lot more server resources.
Also, the price for cPanel hostings is more expensive then DirectAdmin hosting due to the licensing cost.
While about the magazine, I would like to comment a bit about this.
As a female, I do not wish to see a female IT magazine which is over simple. Useful information is necessary, but do not too simple.
Coz this will make guys thinks that females are weak in the IT field.
Research or trying Linux distros will be another way to help females as well since this OS is free and will help to save cost while learning more in computing. Help to free females from the Microsoft slavery as we’ve been long colonize by Microsoft’s products.
Balas Komen Ini
1500 hits ko tu adalah total monthly hits atau monthly unique hits?
Balas Komen Ini
@Garfield: unique visitor bukan hits
Balas Komen Ini
@KatieKitty: Thank you for the information
I don’t know that it’s cheaper to use DirectAdmin hosting’s compared to cPanel hosting’s. Honestly, i didn’t compare up to that aspect (cpanel or direct admin). Will take note about this when shopping for new hosting
Till now, the only web hosting panel i used is cpanel. Heard of DirectAdmin, but never used it, thus makes me not the suitable person to write about DirectAdmin
Need to clear up on two things to everyone (maybe i wasn’t explaining myself enough at the post, my bad)
1-I didn’t write the ebook on Cpanel, but rather a reseller after buying the rights to sell it. All the credits should go to Jebat, owner of mesrainternet.com
2-MajalahIM is a Malaysian online magazine on Internet Marketing world, headed by Flarebiz team, and supported by its crew (including me
)
About your concern on making guys think that females are weak in IT field, if there are guys like that, it’s their thinking that should be corrected
Cause there’s a lot of females out there who’s good, perhaps like you or Garfield
What’s more important now is to change the pre-conceived opinion that understanding computer is hard, and too way above for some of us.
Balas Komen Ini
haha.
computers & machinery are way way easier to understand than men, esp those who think women & technology don’t go hand in hand
Balas Komen Ini
@ShawnSharif:
1 markah untuk anda..mestilah nak memahami mesin lagi senang, sebab mereka tak ada perasaan
ps: tunggu post terbaru 5hb ni..ada salah satu gambar tribute for you, but if you notice la hihi..kalau dapat teka gambar satu lagi tu siapa..lagi hebat..hihi
Balas Komen Ini
Happy new year
Semestinya kehadiran kak telah memantapkan lagi Majalah IM
Oh ya, nanti boleh “guna” Majalah IM utk pasarkan buku tu!
Thanks!
Balas Komen Ini
@Labanon: Terima kasih
Mestilah akan “guna” Majalah IM untuk pasarkan buku tu hehe..Insya Allah..
Balas Komen Ini