Hubungi Saya

Ingin Hubungi Saya?

Saya berbesar hati sekiranya Tuan, Puan, saudara serta saudari tidak menggunakan bahasa SMS. Saya tidak minta bahasa yang skema, berbunga-bunga serta puitis, cuma ayat lengkap yang mudah difahami :)

Update 29/6/2010:

Pada masa ini, saya mempunyai kekangan waktu dalam membalas emel Tuan Puan dengan segera.

Oleh itu, untuk membantu Tuan Puan, saya telah kongsikan cara mencari penyelesaian kepada masalah Tuan Puan di Google.

Bagaimana Mencari Maklumat Dengan Cepat di Google

Selain itu, ada sesetengahnya pernah saya kongsikan di blog ini. Tuan Puan boleh taip kata kunci yang sesuai dengan masalah Tuan Puan. Tips kata kunci ada saya kongsikan dalam artikel di atas :)

Sekiranya masih tidak bertemu, boleh sahaja emel pada saya. Insya Allah saya cuba membantu.

Update 16/3/2010:

Penting!

Saya mohon Tuan Puan elakkan tanya pendapat saya tentang jenama / ‘brand’ yang bagus.

Pegangan saya, semua jenama lebih kurang sama. Apa yang berbeza adalah fungsi dan keadaan luaran sahaja. Contoh, kereta. Walaupun kereta BMW dan MyVi bagai langit dan bumi, asasnya tetap sama, iaitu kereta untuk dipandu. Ada ciri-ciri pada kereta BMW yang tidak diperlukan pemilik MyVi, dan itulah punca perbezaan harganya.

Yang saya mampu buat adalah membantu Tuan Puan bagaimana memilih kereta :)

Tolong Saya Tolong Tuan Puan

Saya suka untuk membantu Tuan Puan, namun pertanyaan yang terlalu umum sedikit menyukarkan saya untuk membantu Tuan Puan. Tuan Puan nilai sendiri dua senario pertanyaan yang saya ceritakan di bawah

Ia benar-benar berlaku, cuma ayatnya saja yang saya ubah untuk tidak memalukan mana-mana pihak

Contoh pertanyaan terlalu umum

” Mikrofon saya tak berfungsi laa ”

” Tolong tengokkan komputer saya, boleh? ”

” Tolong!! Komputer saya diserang virus….  ”

” Toloooonnnngggg sayaaa!!!!! waaaaa “

Contoh pertanyaan yang baik

“Assalamualaikum Waida.

Jika tidak keberatan, saya ingin meminta pertolongan dari Waida. Komputer saya telah diserang virus. Mengikut notis dari antivirus AVG dalam komputer saya, virus itu adalah virus XX [letak nama virus di sini]. Saya dah cuba untuk buang virus itu menggunakan AVG, tetapi tidak berjaya. Adakah Waida ada cara lain untuk membantu saya?

Untuk pengetahuan saudari, saya menggunakan Windows XP [dan tambah apa-apa lagi spesifikasi komputer]

Terima kasih banyak-banyak. Wassalam

Kalaulah begini emel yang saya dapat selalu, pasti sejuk hati saya :D

Emel di atas bagus kerana

  • masalah dinyatakan dengan jelas (diserang virus)
  • nama virus disebut dengan spesifik (virus XX)
  • memberitahu usaha yang dah dilakukan
  • menyebut spesifikasi komputer

Lebih bagus juga jika Tuan Puan boleh menceritakan apa yang berlaku sebelum terjadinya masalah komputer itu. Pendek kata, lebih lengkap info yang Tuan Puan berikan, lebih mudah saya membantu Tuan Puan.

Dan, semak dua kali emel Tuan Puan

Sila isikan borang di bawah ini untuk hantar emel kepada saya

Your Name (required)

Your Email (required)

Subject

Your Message

PS: Untuk SPAMMERS, nyah jauh dari saya!! Saya tahu ada seorang yang rajin sungguh SPAM saya. Maaflah, nama dan emel anda sudah selamat masuk ke kotak SPAM saya, tanpa saya buka emel anda pun

PSS: Emm, saya kira ini juga SPAMMERS jika dalam emel itu saya nampak perkataan

“bayar RM5 saja, boleh untung berjuta-juta RM”

“duduk diam-diam boleh buat duit”

“perigi duit terhebat masa kini”

dan seangkatan dengannya

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark