Salam semua :)

Lambat pula kali ini nak update blog hehe. Momentum untuk tulis blog menurun sikit selepas cuti Raya yang panjang ni :P . Ingat nak tulis semalam, tapi tersangkut pula lepas tengok cerita “Ayat2 Cinta” kat TV3 semalam. Cerita ni dari seberang, tentang cinta dari pandangan Islam. Lagi seronok tengok bila pelakonnya cakap berselang bahasa Indonesia dan bahasa Arab. Apa2 pun, highly recommended :D

Saya terfikir nak tulis tips ni bila saya baca “Tanya Siber” dalam Kosmo. Saya rasa pembaca tu bertanyakan bagaimana nak sorokkan ikon2nya yang berlambak pada Desktop. Malu katanya, pada orang lain yang gunakan PC nya juga. Pembaca ni suka letak ikon2 program / fail yang selalu dia akses pada Desktop. Lalu, saya terfikir, kenapa tak simpan kesemuanya dalam folder dan akses dari Quick Launch. Saya perasan, ramai yang tak guna Quick Launch ni. Jadi, terhasillah tips ni untuk anda :)

Quick Launch tu apa?

Saya tak pasti apa definisinya yang tepat, tapi asasnya ia adalah tempat ‘quick’ akses yang terletak sebelah butang “Start”. (Oh ni pada Windows XP, tak tahu lah kalau Vista dah lain. Saya tak pernah pakai Vista). Kadang2, ada PC yang hide Quick Launch ni, jadi anda perlu nampakkannya terlebih dulu.

Nampakkan (Show) Quick Launch

  • Klik kanan pada Taksbar (baris yang ada butang “Start” tu) dan klik “Properties”
  • Satu menu “Taskbar and Start Menu Properties” akan muncul
  • Pada “Taskbar Appearance”, tanda (/) pada pilihan “Show Quick Launch”

Letak shortcut di Quick Launch

Buat shortcut macam yang biasa anda buat untuk letak di Desktop. Klik kanan pada fail /program yang hendak dibuat shortcut dan pilih “Send to Desktop (create shortcut)”. Kemudian tarik (drag) shortcut dari Desktop ke tempat Quick Launch.

Selesai :)

PS: Saya tulis secara laju2 ni. Nanti ada yang tak faham boleh tinggal di ruang komen ye hehe. Nak pergi beraya selepas ni. Jumpa lagi…



Gredkan artikel ini...

Tidak BagusKurang BagusOkay lahBagusBagus Sangat (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...

Apa khabar? :)

Haha..amacam tajuk tu? Saja buat gimik..Memang blog ini akan ditutup..tapi ditutup sempena cuti raya bermula dari hari Isnin ni (kejap lagi nak balik kampung dah) sehinggalah hari Jumaat, kerana saya akan pulang ke kampung di Perak. Sana tiada akses internet dan juga tiada PC (4ourth, ni saya tinggalkan PC ni :P ), jadi segala emel, komen2 daripada anda semua tak dapatlah saya baca dan balas.

Oklah, di kesempatan ini juga, dengan rasa rendah diri, saya ingin memohon ampun dan maaf dari semua yang mengenali saya, tak kiralah online atau offline, sekiranya ada terkasar bahasa, tersalah kata dan ter..lain2 hehe. Selamatlah menyambut Aidilfitri dengan gembiranya tapi masih bersederhana. Jangan sampai terlebih2 makan pula :P

Kad raya ini khas untuk anda semua :) (ihsan dari KadViral.com, ingatkan nak buat sendiri,tapi tak sempat pula)

Saya tahu agak lambat sebenarnya saya menulis ucapan selamat raya untuk anda semua, kerana ada yang dah balik ke kampung pun. Struggle nih, sebab PC saya rosak pula last minute huhu. Ni pun masuk Safe Mode :P Jadi, hargailah ucapan selamat hari raya saya yang susah payah ni eh? cewah :D


::Kad Ucapan Raya Percuma



Gredkan artikel ini...

Tidak BagusKurang BagusOkay lahBagusBagus Sangat (1 votes, average: 5 out of 5)
Loading ... Loading ...

Apa khabar :) ?

Sedang sibuk bekerja di Johor ni :D Outstation kejap..

Kali ini, saya nak kongsikan teknik mudah untuk melukis. Setakat ini, program yang saya cuba teknik ini, semuanya menjadi, seperti di Paint, Word dan Power Point. Tapi, ini bukan untuk melukis yang complicated lah. Amat berguna untuk melukis contohnya, flow chart, carta organisasi dan seangkatannya.

Katakan anda nak lukis satu garis lurus dalam Word untuk menyambung “Text Box” carta organisasi. Anda rasa susah sangat nak dapatkan satu garis yang betul2 lurus. Ok, apa kata selepas ini, anda tekan kekunci “Shift” sambil anda melukis tu?

Nak buat bulat dengan segiempat lagi best dengan teknik ini..

Boleh tengok video yang saya buat untuk anda ni..Enjoy~~ :D



Gredkan artikel ini...

Tidak BagusKurang BagusOkay lahBagusBagus Sangat (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
  • | 0 | 19.09.08 @ 10:43 pm


    Page 1 of 2912345»...Last »