Salam pembaca2 wanita & komputer 
Macam mana layout baru ini? Terasa kurang warna sikit, tapi nampak kemas
Tu yang penting, senang sikit anda semua nak baca nanti. Penat juga mengerjakan projek hujung minggu tu hohoho, but it’s worth the hassle 
Lama dah plan nak tulis entri pasal Tutorial Asas Edit Gambar (sori mawar
) Baru kali ini, hajat tercapai hohoho. Sebelum tutorial asas edit gambar ini, saya nak sentuh dulu tools2 asas yang akan selalu kita jumpa dalam mana2 program edit gambar, macam ACDSee ke, Adobe Photoshop ke dll
1. RESIZE - Kecilkan saiz gambar, atau kurangkan saiz pixel. Macam2 cara nak resize, sama ada kecilkan ikut % atau pixel. Untuk pixel, anda tentukan tinggi & lebar gambar akhir yang anda mahu.

Saiz asal (100%)

Saiz 50%
BONUS TIPS - Semasa cuba tools resize ini, jika anda tak berpuas hati dengan hasil yang didapati, undo sahaja langkah sebelum itu, dan cuba langkah lain pula. Katakan saiz 50% tak tepati apa yang anda nak, klik undo untuk kembalikan gambar ke saiz asal. Selepas itu, barulah teruskan dengan resize ke 30%. Begitulah.
2. ROTATE - Pusingkan gambar sama ada 90o, 180o , 270o malah 45o pun boleh.

Gambar Asal

Gambar Selepas Pusingan 180o
3. CROP - Potong gambar, atau buang sebahagian gambar.

Gambar Asal
Gambar Selepas Crop
Cukup setakat ini
, kita sambung lain kali
Jangan lupa cuba ye!!
PS: Jangan pula save ke atas fail yang asal bila anda nak cuba2 tools di atas. Save As dengan nama lain terlebih dulu
| Saya
rasa anda baru sampai di blog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed
blog WK supaya tak ketinggalan tips-tips komputer terbaru dari saya.. PS:
Tak tahu apa itu RSS
feed? Dapatkan infonya di sini
|
Gredkan artikel ini...
Emel Artikel ini
Cetak Artikel ini
Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...
- Klik koleksi Tips WK untuk senarai tips penuh























09 Jan 08 4:26 pm
[...] sambungan Tutorial Asas Edit Gambar artikel lepas (Klik di sini untuk baca Siri [...]
13 Jan 08 7:19 am
[...] sambung balik Tutorial Asas Edit Gambar siri yang terakhir (Klik untuk baca Siri 1 atau Siri [...]