Salam mesra buat pembaca2 Wanita & Komputer ,

Buat apa cuti hujung minggu ni? Ada apa2 plan yang menarik? Ke berehat2 di rumah saja? Ye lah, dah penat bekerja untuk 5 hari kan ? Saya pula, kalau hari sabtu dan ahad ni, sibuk juga la, ada saja benda nak buat untuk blog kesayangan hehe

Dah lama saya tak sentuh topik tentang selenggara komputer. Tips yang saya dah pernah kongsi, defrag komputer dan scan disk hard disk.

Jadi, kali ni saya sentuh sikit pasal topik ni. Mudah saja teknik kali ni, tapi ramai yang tahu, dan kalau tahu pun, jarang2 buat. Boleh juga guna teknik ni untuk lajukan komputer. Lagi bagus kesannya jika anda buat teknik ni secara konsisten.

Buang fail dalam temp folder

Cara2 nak buka Temp folder (untuk pengguna Windows XP)

1. Right klik butang "Start".

2. Pilih dan klik "Explore".

3. Satu menu akan keluar di skrin. Di sebelah kanan pilih dan klik C:\ drive.


4. Klik satu folder "Temp" di dalam C:\ drive.

5. Buang semua fail di dalam folder itu. (Mungkin anda sesetengah fail yang tak dapat dibuang, kalau berlaku, biarkan saja faill tersebut)

6. Klik pula fail Windows juga di dalam C:\ drive, (Sila berhati2 di sini kerana fail Windows adalah fail yang TERAMAT penting, sila ikut arahan dengan berhati2).

7. Cari satu fail "Temp" di dalam folder Windows.

8. Ulang langkah 5. Jika situasi yang sama berlaku, abaikan saja fail yang tak boleh dibuang itu.

NOTA - tidak perlu anda buang fail2 di dalam Temp folder ini selalu, saya syorkan hanya 2 bulan sekali.

Untuk pengetahuan anda, mana2 fail yang tak boleh dibuang tu, kemungkinan besar, komputer anda sedang menggunakan fail itu. Fail2 yang wujud dalam Temp folder, terhasil bila anda membuka dan menutup mana2 fail dalam mana2 aplikasi contohnya Microsoft Word.

PS: Dalam artikel akan datang, saya akan ajar tips bagaimana anda boleh gunakan fail dalam Temp folder untuk kebaikan anda

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon

Saya rasa anda baru sampai di blog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog WK supaya tak ketinggalan tips-tips komputer terbaru dari saya..
PS: Tak tahu apa itu RSS feed? Dapatkan infonya di sini


Gredkan artikel ini...

Tidak BagusKurang BagusOkay lahBagusBagus Sangat (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Emel Artikel ini Emel Artikel ini Cetak Artikel ini Cetak Artikel ini



Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...

    Klik koleksi Tips WK untuk senarai tips penuh




Artikel ini ada 16 comments.

  1. titan
    21 Jan 08 3:22 am
  2. Ehm, biasanya aku pakai ace utilities untuk buang semua history dan file2 yg tak berkaitan.

    File2 temp memang hilang semua. Ringan je PC aku. LAgi2 baru lepas format. Huhu..

  3. waidakmy
    21 Jan 08 10:31 pm
  4. titan,
    memang senang lagi kalau pakai program. saya pakai ASO. (ace utilities tu free ke? :P )

    saja share tips ni untuk benefit semua :)

    ps: memang slalu format pc ke? hoho, selalunya saya format pc kalau dah kronik sangat je.malas nak re-install program dan buat backup hoho

  5. ShawnSharif
    22 Jan 08 11:09 pm
  6. cemano eh nak wat keje2 formating ni? xpenah buat =) lagi2 utk laptop…

    then sharing jugak le cemano nak setting startup list, nak buang all those unrelated startup programs… lembab siot pc di buat nye.

    alangkah indah dunia kalo sy tau cemano nk hack =) ngeh ngeh ngeh

  7. waidakmy
    23 Jan 08 9:54 pm
  8. shawn,
    nak format laptop? haih, laptop rosak ke? ada reason je selalu orang format pc ni.

    sebenarnya senang je format ni, tak payah bayar rm30 untuk orang buat hoho. cuma ambil masa untuk buat backup dan re-install balik semua software

    nak kurangkan program masa startup tu? simple tips for u - dalam start menu, ada satu folder nama “startup” delete unwanted program shortcut kat situ. dia tak jalan la nanti.

    PS: ada cara lain juga, yang memang pasti tak akan start the program. tapi nanti la share dalam post. tak muat nak tulis kat sini hoho

  9. zawiah
    24 Jan 08 4:48 pm
  10. waida….
    akak belum clear kan lagi temp file….
    lak tu nak log in ke blog tak dpt…ada masaalah teknikal….
    sedey..sedey…

  11. waidakmy
    25 Jan 08 8:11 pm
  12. akak zawiah,
    tak dapat nak clearkan ke belum buat lagi? kalau tak dapat nak clearkan semuanya pun takpe..yang penting jangan la sampai ada beratus-ratus fail temp dlm tu heh

    kenapa tak bole? apa yang rosak tu? bila buka blog akak, ok je saya tengok..

  13. zawiah
    27 Jan 08 2:24 pm
  14. waida….
    tips yg waida tulis kat ssini amat memudahkan akak nk paham…thanx a lot….gud job

    tips untuk lajukan pc tu amat baik sekali, dn juga cara cara utk disable kan start up menu tuu….

    skrng pc ni tak membebankan ….
    dah dpt jln laju….

    tocheee….tocheeee…
    gud job

  15. zawiah
    27 Jan 08 2:26 pm
  16. ttg blog akak tuu…
    themes yg di gunakan baru nii ada error…

    ni dah edit themes yg lain…
    tak tau laa….
    harap harap elok laa jadinya…

  17. amzar
    08 Feb 08 12:09 pm
  18. assalammualaikum….
    kat mana sound scheme yg ader kat dalam pc..??

  19. waidakmy
    09 Feb 08 3:25 pm
  20. betul step yang akak buat tu..
    kalau theme error..tukar saja hehe..senang cerita heheh..biar pada expert saja untuk settlekan hehe..saya pun bab2 coding ni malas sikit..hoho

  21. waidakmy
    09 Feb 08 3:26 pm
  22. bagus la kalau berguna untuk akak hehe..

    saya risau jugak kalau tips ni tak menjadi..sebab pc slow ni ada macam2 punca hehe..bukan setakat temp file ni je.. :)

  23. waidakmy
    09 Feb 08 3:32 pm
  24. waalaikumussalam amzar,
    sound scheme?

    cuba klik kanan logo volume tu..lepas tu klik “adjust audio properties” dan pilih tab “sound”

    harap membantu

  25. ardzham
    07 May 08 5:11 pm
  26. SAYA GUNAKAN TUNE UP UTILITIES 2008 UNTUK KERJA-KERJA MEMBUANG TEMP DAN MAINTAIN PC, SENANG, MUDAH DAN CEPAT TERMASUK NAK DEFRAG. SATU LAGI ADA KAWAN BAGITAU BUANGKAN SEMUA ISI DALAM FOLDER C:\WINDOWS\Prefetch KALAU NAK LAJUKAN PC.

  27. waidakmy
    09 May 08 5:23 pm
  28. terima kasih sbb berkongsi :) . ini freeware ke shareware?

    Cara buang isi dalam folder C:\Windows\Prefetch ardzham dah cuba ke? Berkesan?

    Ini saya tak pernah dengar. Selalunya, dalam folder windows saya tak berani nak ubah apa2 melainkan saya tahu betul2 apa yang saya buat :)

    Dah cuba atas banyak komputer?

  29. ardzham
    06 Jul 08 4:52 am
  30. Kesan Prefetch dalam XP

    Windows XP mengandungi satu direktori yang dipanggil Prefetch bagi menyimpan fail-fail dan aplikasi yang sering dicapai. Dengan prefetching atau dalam bahasa mudahnya “mengambil semula”, Windows XP boleh membaca terus data-data di dalam direktori simpanan (cache) ini. Dengan ini anda akan mendapati prefetching boleh membantu meningkatkan kelajuan capaian fail dalam sistem.

    Walaubagaimanapun, sesetengah fail-fail di dalam direktori Prefetch jarang digunakan. Kesannya anda akan mengalami kelembapan semasa komputer dihidupkan (boot).

    Untuk mengatasi isu ini:

    1) Klik Start -> Run
    2) Taip Prefetch dan tekan Enter (Satu tetingkap Prefetch akan muncul dari Windows\Prefetch)
    3) Buang (delete) semua fail yang terdapat dalam folder tersebut.

    Saya dapat tips ni entah dari mana pun saya tak ingat sebab lupa nak copy url masa tu. Sebelum dapat tips ni pun saya dah memang selalu buat sebab seorang juruteknik komputer yang memberitahu saya tentangnya.

  31. waidakmy
    06 Jul 08 4:31 pm
  32. hmm..yang saya dapat dari artikel ini pula, jangan selalu sangat kosongkan prefetch folder. Windows akan clearkan sendiri selepas capai had tertentu.

    Baca dengan lebih lanjut di artikel ini..
    http://www.edbott.com/weblog/archives/000743.html

Saya mahu dengar komen dari anda!