Hai semua ,

Oh ye, ada pengumuman penting..(cewah  )

Saya akan outstation ke selatan tanahair untuk 2 atau 3 hari. Jadi, apa relevannya dengan anda semua?  Hehe, blog ini hanya akan di-update selepas saya balik dari outstation. Maksudnya, paling awal hari Rabu anda akan dapat baca tips seterusnya, insya allah.

Seperti yang saya janji dalam artikel lepas, saya akan kongsi kekunci (betul ke term ni ) pada keyboard anda. Mengikut pemerhatian saya, ramai yang tak fully utilize kekunci keyboard mereka. Satu kerugian la buat mereka. Anda pula, tak rugi, sebabnya anda dah pun tahu sekarang bila baca blog Wanita & Komputer ni

 

Antara Kekunci Keyboard yang berguna


1 - HOME

  • Bila ditekan, kursor akan dibawa ke permulaan baris di mana kursor itu berada
  • Boleh digunakan semasa proses menaip

2 - INSERT

  • Bila ditekan, ayat yang ditulis akan overwrite ayat yang sedia ada, jika ditulis di antara dua ayat sedia ada
  • Sesuai digunakan dalam mana2 program menaip seperti Word

3 - DELETE

  • Akan padam ayat di sebelah kanan kursor, bila ditekan
  • Berlawanan dengan kekunci "BACKSPACE" yang padam ayat di sebelah kiri kursor
  • Juga sesuai diguna masa menaip

4 - END

  • Berlawanan dengan kekunci "HOME"
  • Bila ditekan, kursor akan bergerak ke hujung baris di mana kursor itu terletak
  • Amat sesuai ketika menaip

5 - PRT SC SYSRQ (PRINT SCREEN)

  • Akan copy apa yang terdapat di screen monitor anda
  • Boleh dipaste ke mana2 program editor gambar seperti MS Paint

6 - PAGE DOWN / PAGE UP

  • Sama fungsi dengan butang skrol di mouse anda
  • Sesuai jika mouse anda versi lama yang tiada fungsi skrol

7 - NUM LOCK

  • Bila ditekan dan ada lampu menyala di atasnya, kekunci nombor di sebelah kanan keyboard akan diaktifkan
  • Proses menaip nombor lebih cepat dengan aktifkan kekunci nombor

8 - TAB

  • Di dalam program menaip seperti Word, kekunci ini digunakan untuk "indent" perenggan anda. Kursor akan bergerak ke tengah semakin ditekan
  • Bila digabung dengan kekunci lain, boleh tukar view program anda (lihat tips saya terdahulu, klik sini untuk baca)

Cukup setakat ini dulu . Cuba la anda praktikkan, memang menyenangkan hidup anda heh. Belum cuba belum tahu tau..

Jumpa lagi, masa tahun baru cina nanti

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon

Gredkan artikel ini...

Tidak BagusKurang BagusOkay lahBagusBagus Sangat (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Emel Artikel ini Emel Artikel ini Cetak Artikel ini Cetak Artikel ini



Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...

    Tiada




Artikel ini ada no comment.

Saya mahu dengar komen dari anda!