Salam pembaca2 Wanita & Komputer ,

Lama saya tak tulis tentang penyelenggaraan PC kan? Baiklah, kali ni saya akan ceritakan rutin maintenance yang saya buat, 1 atau 2 bulan sekali. Tengok pada kelapangan saya lah, takpun bila dah terasa PC tu dah slow semacam je hehe

  1.  Sebelum on PC, vakum habuk2 di sekeliling PC (keyboard, mouse, CPU, termasuklah wayar2 kabel tu sekali). Monitor tu saya lap dengan tisu lembut. Kalau nak lagi bagus, boleh la beli cecair pencuci monitor. Tapi, jangan tanya apa yang bagus, sebab saya tak pernah guna hehe. Oh ya, casing CPU tu saya buka juga, vakum di dalamnya. Apa yang termampu saja lah, takut nak vakum lebih2, nanti benda lain pula yang tersedut ngeh3
  2. Dah on PC, pastikan program antivirus dan anti-spyware dah update. Kemudian putuskan sambungan Internet, mulakan proses scan virus dan spyware. Boleh rujuk di sini, program apa saya pakai untuk PC saya.
  3. Dah habis proses scan, saya akan run program XXX saya. (Tak boleh sebut, bahaya, sebab ni p***** hehe.) Program ni akan buang semua temporary fail, baiki registry dan susun kembali registry PC saya. Boleh cari di Download.com, program2 sebegini hehe, ada yang percuma, cuma setakat ni, saya tak jumpa yang best lagi la hehe
  4. Proses Scan Disk pulak untuk semua Drive. Untuk lebih info dan nak tahu bagaimana, boleh baca di sini.
  5. Dah habis buat Scan Disk, sambung pulak dengan proses Defragment. Ada juga saya sebut dengan lebih terperinci di sini. Saya buat langkah 4, sebelum langkah 5 ni, sebab saya rasa proses Defragment ni jadi lebih cepat, tak adalah asyik ulang semula je. Ni ikut pengalaman saya lah.
  6. Dah habis semua ni, saya kemas PC, buang mana2 program tak patut, masukkan fail di tempat yang sepatutnya. Kira tersusun sikit lah, senang nak cari kemudian nanti

Seingat saya, setakat itu saja lah. Nanti kalau ada, saya tambah lagi, hehe. Rutin ni memakan separuh hari juga. Jadi, selalunya saya on PC awal2 pagi, jadi akan habis awal lah hehe. Selepas makan tengah hari, dah boleh guna PC.

Kalau suka, praktikkan la ia sebagai rutin bulanan maintenance PC anda .. Cegah sebelum parah..cewah

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon

Gredkan artikel ini...

Tidak BagusKurang BagusOkay lahBagusBagus Sangat (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Emel Artikel ini Emel Artikel ini Cetak Artikel ini Cetak Artikel ini



Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...





Artikel ini ada 12 comments.

  1. ShawnSharif
    20 Feb 08 10:03 pm
  2. Ini yang saye mau baca!

    Kalo penyelenggaraan (chewah) laptop bagaimana pula?

  3. [...] Wanita & Komputer wrote an interesting post today on Jaga PC anda sebelum sakitHere’s a quick excerpt Salam pembaca2 Wanita & Komputer , Lama saya tak tulis tentang penyelenggaraan PC kan? Baiklah, kali ni saya akan ceritakan rutin maintenance yang saya buat, 1 atau 2 bulan sekali. Tengok pada kelapangan saya lah, takpun bila dah terasa PC tu dah slow semacam je hehe Sebelum on PC, vakum habuk2 di sekeliling PC (keyboard, mouse, CPU, termasuklah wayar2 kabel tu sekali). Monitor tu saya lap dengan tisu lembut. Kalau nak lagi bagus, boleh la beli cecair pencuci monitor. Tapi, jangan tanya [...]

  4. wanwma
    21 Feb 08 8:13 am
  5. Betul gak tu. Komputer pun cam baby gak, kena belai dan jaga makan minumnyer! Huhuhu..

  6. zawiah
    21 Feb 08 5:21 pm
  7. salam,
    waida,

    kak ada soalan nak nanye ni,ntah tempat betul ke tak, kalo silap tempat sorri erkk…

    naper kengkadang tu kita nak buka firefox tak boleh,mmg tak boleh langsung…
    ni kak gna browser IE utk bacer blog waida…

    dr tadi klik firefox tak dapek dapek…
    naper leh jd cam tu?
    ada tips or pc akak ni ngok ngek?

  8. waidakmy
    21 Feb 08 8:26 pm
  9. hehe..:)
    sama saja dengan laptop..cuma casing tak bole buka la hehe..vakum mana2 bahagian yang boleh saja..fokus banyak pada bahagian kipas..keyboard..monitor..

  10. waidakmy
    21 Feb 08 8:27 pm
  11. memang betul, apa2 benda kalau nak tahan lama..memang kena belai :)

  12. waidakmy
    21 Feb 08 8:32 pm
  13. wassalam..

    tak apa :)

    cuma saya nak clarify balik dengan akak la..

    tak boleh buka tu maksudnya bila klik tak terbuka2 program tu ke?

    kalau dah klik banyak kali..program tak buka2..solution saya senang je..hehe..akak uninstall..dan install balik..mungkin ada rosak di mana2..kalau tak boleh juga..cuba download fail versi baru dari internet..

    nanti kalau tak boleh juga..beritahu la..

  14. [...] dari artikel sebelum ni, tentang rutin maintenance PC saya, (boleh baca di sini), ada yang bertanya, bagaimana pula dengan laptop? Sama saja langkah-langkah yang boleh anda buat, [...]

  15. zawiah
    01 Mar 08 9:41 am
  16. salam waida,
    akak dah cuba buat cam waida btau tu,
    uninsttal dn install…
    setakat ni nmpk ok lagi…

    harap harap akan ok la selamanya.

    mekasihh waida

    pssstt…
    p/s nk carik kat mane smiley yg waida taruk tuu???
    heeehhee…soliiii…

  17. waidakmy
    01 Mar 08 8:53 pm
  18. wassalam :)
    bagus la dah okay hehe

    biasa la tu, kadang2 program memang suka bengong2 sikit hoho

    smiley? hehe
    kene install plugin..saya tak pakai editor wordpress yang asas tu..smiley tu dtg sekali dgn editor ni..kalau akak pakai wordpress, cuba cari kat fckeditor plugin…

  19. ardzham
    07 May 08 4:58 pm
  20. “Dah on PC, pastikan program antivirus dan anti-spyware dah update. Kemudian putuskan sambungan Internet, mulakan proses scan virus dan spyware. Boleh rujuk di sini, program apa saya pakai untuk PC saya.”

    KENAPA PERLU PUTUSKAN SAMBUNGAN INTERNET SEMASA SCAN VIRUS DAN SPYWARE? KALAU TAK PUTUSKAN APA MASALAH YANG AKAN TIMBUL SEBAB BARU NI SAYA JUMPA KENYATAAN SEPERTI INI. PC SAYA DALAM LAN, MALAS NAK CABUT RJ45 TU….

  21. waidakmy
    09 May 08 5:31 pm
  22. Kebanyakan yang saya tulis ini, semuanya cara yang saya selalu buat. Terpulang sebenarnya untuk ikut atau tidak. Masing2 ada preferences masing2 :)

    Saya suka untuk putuskan sambungan internet. Sebabnya, saya mahu isolate komputer saya dari network dan internet.

    Jika pc ada virus, tak ada lah dia buat hubungan dengan internet, dan menyukarkan kita untuk buang. Itu saja sebenarnya :)

    Saya dah terbiasa dengan cara ini, jadi memang praktikkan tiap2 kali.

Saya mahu dengar komen dari anda!