Ber-etika-kah kita?
Salam mesra semua
Maaf tiada tips komputer untuk anda. Kali ini, lebih kepada etika dalam dunia internet. Memandangkan dalam internet kita tidak bersua muka, kita selalu melupakan untuk berbudi bahasa lebih2 lagi orang yang kita tidak kenal. Tiada masalah kalau bercakap dengan orang yang kita memang sudah kenal.
Tak kiralah melalui chatting atau email, ada beberapa etika yang kita perlu patuhi, terutamanya jika ingin meminta tolong dari orang yang baru kita kenal. Tentu lebih seronok bukan, kalau yang meminta tolong tu menulis dengan penuh sopan santun?
Kita yang membaca pun tentu lapang hati
Apa kata mulakan dengan ucapan selamat terlebih dahulu. Kemudian, boleh la ceritakan serba sedikit masalah yang dihadapi, baru lah masuk ke dalam soalan yang hendak ditanya. Intro la lebih kurang hehe. Jangan pula berjela-jela. Tips mudah ingat KISS (Keep It Short & Simple)
Sejak akhir2 ini, saya selalu dapat emel yang inginkan saya mengajar mereka. Masalahnya, apa yang diminta terlalu umum. Serba salah juga. Bagaimana saya nak tolong untuk sesuatu yang terlalu umum. Katakan, saya minta tolong anda ajar saya masak (contoh ni). Mesti anda terfikir, masak apa? Masakan melayu? Masakan cina? Masakan eropah? Hehe. Penat tu kalau anda nak ajar saya semua
Selain itu, saya juga punyai kekangan masa untuk mengajar seseorang dari A ke Z. 8 ke 5 saya bekerja di ofis. Malam pula saya menulis di blog (ada juga la kerja2 lain). Pada masa sekarang, “Masa” tu macam satu komoditi berharga (cewah). Mungkin, pada masa depan, saya mampu buat modul pengajaran untuk anda
Insya Allah.
Oh ya, jangan la pula lepas ini, tak mahu beri komen yang membina untuk blog ini hehe…Ini sangat2 dialu-alukan
PS: Tahukah anda, menulis dengan huruf besar semua bermakna “flaming” atau marah. Jadi, berhati-hati ye kat mana guna ![]()
Gredkan artikel ini...
Emel Artikel ini
Cetak Artikel ini
Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...
- Tiada























09 May 08 9:41 pm
HI YDA I MISS U
10 May 08 10:19 am
11 May 08 12:47 am
saya flaming la tu =)
11 May 08 11:42 am
hahahha
saye stuju~~~~
ni ala2 kesah aku ari tu jek…
i benci, lagi2 kalo mintak bende tu cepat2, n so harsh in the mail…
huhu
11 May 08 9:13 pm
Salam.. saya baru pertama kali terjumpa blog ni.. banyak lah tip-tip di sini yang saya boleh gunakan terutamanya pelajar seperti saya.. terima kasih
12 May 08 5:05 pm
salam waida….
fuhhhhh………
akak hanya sempat menjengah kat blog waida…
tak dapek nak menulis….
fuhhhhhh……….masa..masa…
12 May 08 5:09 pm
waida…
betul lee ….
ramai je yg terjah tanpa bg salam…
boleh..tapi kurang manis…sbb kita kan hidup penuh adat…
baik dalam YM , dlm sms…main terjah je…dan harapkan kita cepat membalas nya…pulak tu tak de
pulak pengenalan diri….
ini juga peringatan dan pengajaran utk diri sendiri…
12 May 08 10:19 pm
saya kenal awak cik shawn
jadi kes terpencil 
12 May 08 10:20 pm
yeah

moralnya - kena bersopan santun kat mana jua
12 May 08 10:21 pm
salam
jenguklah lagi lain2 kali 
sama2 kasih
12 May 08 10:22 pm
itu yang saya tulis artikel ini
kadang2 kena mengingatkan diri sendiri juga..
kadang2 kita terlalu mengejar masa sambil terlupa apa yang penting sebenarnya
12 May 08 10:46 pm
ahaha… selain masa, yang penting duit?
13 May 08 10:21 pm
hmm, tricky soalan ni
(peringatan untuk diri sendiri juga ni )
duit penting tapi bukan lah prioriti utama dan jangan tamak