Salam mesra semua :)

Maaf sebab post sebelum ini, mengambil masa yang lama (lebih seminggu tu, huhu). Banyak dugaan yang mendatang, semuanya dalam masa serentak. Memang menguji ketenangan saya sepenuhnya. Namun, banyak juga lah pengajaran yang saya dapat darinya. Yang penting, belajar dari kesilapan dan move on :)

Pengajaran paling berguna buat saya minggu ini. “Alah Membeli Menang Memakai” (Mahal pengajaran ini, sebab terbuang masa dan duit huu).

Anda kalau nak beli barang komputer, biarlah mahal sedikit asalkan elok, dan tidak buat hal di kemudian hari huhu. Jangan jadi seperti saya, sebab nak jimatkan RM200, rugi pula RM xxx + masa sekarang ini. (xxx sebab tak tahu berapa RM kena nanti hoho)

Sebenarnya, saya baru beli monitor LCD tahun lepas, dalam bulan 6. Jenama BenQ, dalam RM600++. Masa nak beli tu, sama ada beli BenQ Rm600++, atau Samsung RM800++. Biasalah kan, secara logiknya, mesti beli yang lebih murah, hoho.

Tapi, ini kesilapan saya yang pertama.

“Tak buat kajian, model apa yang nak dibeli terlebih dulu”

Nak beli barang yang mahal, cuba cari kat forum2 komputer, apa brand yang bagus, apa yang tidak. Selalu saya jumpa, pengguna yang menceritakan masalah dengan brand tertentu. Jadi, kalau banyak yang menghadapi masalah yang sama, elakkan la membeli brand tersebut (buat apa lah kita nak join sekali kan?) Ada juga kes yang terpencil. Jadi, pandai2 lah menggunakan kebijaksanaan kita ;) (saya tahu anda semua bijak2 belaka…)

Selepas 6 bulan guna LCD monitor baru (memang syok guna LCD berbanding CRT monitor gaban tu hehe), dah ada tanda2 mula nak rosak. Gambarnya mula distorted bila pakai lama sikit. Nak elokkkan gambar, saya perlu tutup monitor. Bagi ia cool down sikit. Tak syok la pula kalau gini.

Ini pula kesilapan saya yang kedua.

“Hilangkan resit pembelian”

Bila dah rosak, ingat nak hantar ke service center. Resit pula hilang, huhu. Nasib saya masih ingat bila saya beli, jadi boleh la agak2 monitor ni masih dalam warranty.

Tapi, saya cuba saja nasib bawa monitor ke service center. Sebabnya, belakang monitor ni ada tertulis Manufacturing Date (April 07), jadi agak kukuh alasan saya untuk hantar juga hehe. Pergi lah ke Lowyat, sebab situ saya beli monitor ni.

Kesilapan yang ketiga.

“Tak call service center terlebih dulu”

Sampai2 kat situ, tutup pula pada hari Ahad. Buka hari bekerja saja. Aduhai, penat saja mengusung monitor 17″ tu ke Lowyat. Mujur berkereta, bukan naik LRT. Terasa buang masa saja ke Lowyat, huhu.

Pulang semula ke rumah, pergi ke kedai komputer dekat dengan rumah saya. Senang cerita, hantar monitor tu kat situ, dan minta mereka bawa ke BenQ Service Center. Dengan bayaran sudah tentunya. Terpaksalah, nak buat macam mana. Hari bekerja, saya juga bekerja. Dah pastinya, tak sempat nak ke Lowyat. Takkan nak usung monitor ke pejabat, hoho :D

Kesilapan yang keempat.

“Membeli komponen komputer yang besar (susah untuk dibawa ke mana2), lebih baik beli di kedai komputer berdekatan, mudah untuk apa2 ‘after sales service’. “

Memang membeli komputer di kedai biasa, harganya lagi mahal. Jika saya beli monitor di kedai tu tempoh hari, saya tak perlu bayar servis caj untuk hantar monitor saya ke ’service center’, kerana dikira ‘after sales service’. Hanya perlu bayar, untuk kos pembaikan saja. (Bergantung pada kedai juga sebenarnya ni, kalau kedai tu pandai nak jaga hati pelanggan, buat begini lah hehe)

Itu 4 kesilapan yang saya dah pun buat. Janganlah anda ikut jejak langkah saya pula huhu. Masa terbuang, RM pun terbang huhu.

Ok, Jumpa lagi :)

PS : Mujur ada spare CRT monitor…

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon

Gredkan artikel ini...

Tidak BagusKurang BagusOkay lahBagusBagus Sangat (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Emel Artikel ini Emel Artikel ini Cetak Artikel ini Cetak Artikel ini



Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...

    Tiada




Artikel ini ada 24 comments.

  1. MK
    19 May 08 5:32 pm

    em, saya pun pernah gak tersilap dalam membeli ni kak waida. modem celcom wireless saya beli ngan rm800. survey2 kat forum, rupen2nye boleh dapat dalam rm500, malah ada yang lagi murah, kalau pandai cari.

    nak buat cane, dah beli. lagipun kalau x beli, cane nak survey kat forum, huhu

    jadikan pengajaran..

  2. paan
    20 May 08 4:07 pm

    Erm.. barang BenQ memang masalah skit.. Saya pun terkantoi dgn keyboard/mouse wireless BenQ yang rosak selapas beberapa bulan… Dibandingkan dengan brand Logitech yang sebelum ini yang tahan lebih dari 2 tahun…

    Kesimpulannyer.. Kalau dia marah skit.. Ada lah sebabnyer.. Jgn kelabu mata sebab murah… Qualiti adalah lebeh penting…

  3. asniz
    20 May 08 6:01 pm

    Hmm..saya pun ingat nak beli lcd monitor jugak..tengah survey..rasa nak tunggu 2-3 bulan lagi bagi harga turun skit..brand ape yg baguss ekk..samsung?..

  4. catzer
    20 May 08 8:24 pm

    Sib baik ko gagah perkasa waidakmy..kekeke..kalau tak ada mau mc esok harinya mengangkut monitor sana sini

  5. asniz
    20 May 08 9:05 pm

    Betul laa tu..paling senang beli kat kedai yang senang kita nak bawa kalau brg rosak..kalau mahal sikit tu takper laa..macam saya kadang saya cari kedai yang senang parking..hehe

  6. waidakmy
    21 May 08 7:18 pm

    itu la. kadang2, memang tak tahu nak survey macam mana kat forum hehe. tak jumpa keyword yang betul susah sikit la

  7. waidakmy
    21 May 08 7:21 pm

    kalau mouse, suka pakai brand A4tech lagi. pengalaman baik aje la dengan brand ni hoho.

    keyboard tak ada preference, sebab yang sekarang ni, tak rosak2 selepas bertahun2 :)

    ps: ingat siapa la yang marah, rupa2nya murah hehe.. :P

  8. waidakmy
    21 May 08 7:22 pm

    ada orang cakap, samsung bagus. tapi tak tau lah. kena survey kat forum lah :D

  9. waidakmy
    21 May 08 7:24 pm

    haih memang. mujur tak terlebih penat hehe. tapi bagus juga kalau boleh mc sekali sekala :D

  10. waidakmy
    21 May 08 7:32 pm

    komponen besar dan penting, after sales service mesti kena tip top :)

  11. @sf@
    21 May 08 7:46 pm

    btul la
    stuju sgt ngan topik ni….
    lagi2..beli dr tpt yg jauh……~~~
    skang ni, stakat nk bli brg kecik2, akan ku pk gak nak turun low yat yg dah agak ‘jauh’ dr aku…
    gadget kt miri pun ok gaks…cume x byk choice…
    huhuh

  12. ShawnSharif
    21 May 08 7:51 pm

    oh yeah… ini belum cite pasal AP set vs ori nye hal lagi ni… benda2 yg konfem bikin rosak mende2 elektronik la yg usually not covered by the warranty… so kadang2 cam… berat nak spend on this. Bleh kire nya cik Waida elaborate on warranties plak…

    kalo mende2 macam keyboard ke, mouse ke, ergonomy of the said stuff pun kene amik kire jugak… kang sakit sendi pulak :)

  13. miya
    23 May 08 4:23 pm

    huhuhu…takziah utk ko…tp sememangnye nk membeli,of course harga jadi taruhan. even seringgit pun aku tetap berkira…hasilya..kualiti murahan yang kita dapat…
    takpe la waida,lain kali kena lebih berhati-hati..aku nasihatkan diri aku sekali…huhu..sbbnye, aku beli laptop ni kat lowyat..then terasa cm susahnye nk g sana kalau ade rosak2…haha,nk drive pun sesat.

  14. waidakmy
    24 May 08 1:47 pm

    komputer pun ada AP ngan ori ke? handphone tau la :P

    kalau komputer klon dengan yang ori tau lah hoho :D

  15. waidakmy
    24 May 08 2:13 pm

    naik monorail je senang..tak ada lah sesat :D

  16. zawiah
    26 May 08 2:46 pm

    ohoohoo….
    nampak gaya nya semuanya terkena yerkk…
    begitu gak ngan akak….
    tp bukan yg lcd punya…
    monitor biasa…
    skrng tersadai kat bilik belakang…uhuhuhuuu…

    dok tengah sebey laptop…
    laptop apa yg ok ??

  17. waidakmy
    26 May 08 8:34 pm

    laptop?
    saya memang suka 2 brand je, fujitsu dengan toshiba. reputasi baik la dengan keluarga saya hehe..cuma mahal sikit (ke banyak?) hoho

  18. maser
    05 Jun 08 8:37 pm

    err..boleh tak kurang kan sikit ayat..ho ho…hu..hu…hee hee…..

    maaf tegur….

  19. ummisofea
    21 Jun 08 10:38 am

    Assalamualaikum

    saya bercadang untuk beli laptop bagi memudahkan saya menggunakan brodband. so sebelum saya membeli laptop tersebut saya ingin mendengar pendapat dari anda semua, apakah jenis laptop yang direkomenkan?
    dan bajet harga

    TQ kerana sudi berkongsi maklumat

  20. waidakmy
    21 Jun 08 11:06 pm

    Ummisofea,
    Wassalam. Seperti yang saya pernah kata, saya tetap rasa fujitsu yang best sebab ketahanannya. Tapi ialah, harganya agak mahal..

    Apa pun, ummisofea boleh rujuk kat 2 link ni

    1) http://www.wangcyber.com/forum/ada-sesiapa-yang-tahu/6105-laptop-dengan-harga-rm3000.html

    2) http://www.wangcyber.com/forum/ada-sesiapa-yang-tahu/1467-laptop-notebook-cadangan.html

    banyak cadangan..cuma jangan ummisofea yang pening nanti :D

  21. shahmi
    23 Jul 08 1:37 pm

    ada sesape yg punya monitor rosak mahupun cpu (tapi kena complete la cpu tu)
    area shah alam atau klang.
    hubungi saya amir 016-3102609
    atau email noorshahmi_masro

  22. 4ourth
    21 Aug 08 11:26 am

    bagus la awak, muhasabah diri balik. erm, gud thing u learn ur lesson. walaupun besar kemungkinan ia akan berlaku lagi pada kita semua. :))

  23. waidakmy
    21 Aug 08 4:08 pm

    lesson will keep repeating itself until we learn from it :)

  24. [...] Kalau laptop tu rosak, telefon atau hantar saja ke kedai terbabit. Tak perlu la susah payah macam saya ni. Kedai tu yang akan bertanggungjawab hantar ke pusat servis. Anda hanya perlu relaks saja dan [...]

Saya mahu dengar komen dari anda!