Salam mesra semua pembaca WK
Terubat hati membaca komen kalian semua
(cewah). Kurang sikit rasa geram dengan diri sendiri hoho.
Lambat Update Blog?
Maafkan saya sekali lagi (saya tahu dah banyak kali ni huhu). Saya tahu, akhir2 ni, post di blog Wanita & Komputer dah jarang2. Saya harap anda semua masih setia membaca di sini
. Apa kata anda langgan notis pemberitahuan di sebelah kiri blog ini, di bawah tajuk “Baca Blog Di Email”? Mudah la anda nak tahu bila saya tulis artikel baru, sebab ada notis pemberitahuan terus ke email anda.
Masalah Saya…
Sebenarnya, selain dari masalah monitor desktop saya tu, laptop saya (pejabat punya sebenarnya hehe) juga ditimpa masalah. OFF secara tiba2 (saya tengah menulis di blog ini lah, Tips yang ke-28), dan sampai sekarang ini tak boleh nak ON. Saya agak masalah BIOS, sebab nak boot (= start) pun tak boleh. Tapi, tak apalah, sebab pejabat punya, jadi pulangkan pada pejabat je. Tak perlu pening2 kepala hehe
Mesti anda pelik. Apa kaitan laptop saya rosak dengan saya jarang tulis posting di blog Wanita & Komputer ni. Hmm, sebenarnya, sejak hujung April sehingga la ke awal Jun nanti, saya banyak move around, dari Lumut hinggalah ke Johor. Jadi, susah sikit lah saya, bila laptop rosak ni. Saya boleh update blog ini hujung minggu je sebab balik rumah. Maafkan saya yeh
Tips Komputer Kali ini?
Ok lah, alang2 saya sebut BIOS kat atas tu, biar lah saya cerita sedikit sebanyak pasal BIOS (cara sebut dia , ba-yos) kali ini.
Apa itu BIOS?
BIOS = Basic Input/Output System
BIOS adalah kod firmware yang mula2 running, bila kita ON PC kita. Pernah perhatikan apa yang muncul di monitor selepas ON PC? Biasa tengok seperti ini?

(sumber gambar dari http://www.pcbuyerbeware.co.uk/BIOS.htm)
Selingan - Firmware lebih kurang sama macam perisian (software) juga, cuma bezanya, ia pada perkakasan (hardware). Firmware sudah di-install siap2 masa pembuatan barang2 elektronik tu lagi. Contohnya, pemain MP3 kita, apa yang membolehkan kita pilih dan play lagu, adalah disebabkan firmware.
Jadi sama macam pemain MP3 kita, komputer kita pun perlukan firmware untuk start up, iaitu BIOS. Itulah sebabnya, jika BIOS rosak atau corrupt, memang komputer tak dapat di ON langsung. Sama juga kesnya jika motherboard anda rosak, kerana motherboard adalah perkakasan untuk BIOS.
Setelah BIOS berjaya loading, baru lah Windows sebagai Operating System akan boot. BIOS lah yang sebenarnya boot Windows dari harddisk. Sekarang anda tahu kenapa logo Windows akan keluar selepas skrin hitam tu
Sekian cerita saya kali ini
PS: Baru saya tahu, ada kod bunyi jika BIOS ada masalah, hoho. Boleh rujuk di sini
Gredkan artikel ini...
Emel Artikel ini
Cetak Artikel ini
Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...
- Tiada
























Artikel ini ada no comment.