Salam mesra dari Johor
Apa khabar? Anda semua sihat? Saya sihat2 saja di Johor ni
Di pejabat yang dikelilingi oleh laut yang penuh dengan kapal termasuklah jack-up rig hoho dan hanya 7km dari Pulau Batu Putih
(boleh teka saya di mana? hehe)
Saya tahu teknikal sikit tips minggu lepas itu, hoho. Kalau kurang faham, boleh tinggalkan komen dan saya akan cuba untuk fahamkan anda
Ok, tips komputer kali ini.
Dalam komputer kita ada harddisk (atau harddrive), yang bertugas untuk simpan kesemua data kita. Ada komputer yang ada 1 harddisk saja, ada juga yang lebih dari 1. Jangan risau, kita boleh pastikan berapa kuantiti harddisk kita.
Cara pastikan kuantiti harddisk dalam komputer kita
- Klik kanan “My Computer” dan pilih “Properties” dari menu yang keluar
- Pilih tab “Hardware” dari menu “System Properties”
- Klik “Device Manager”
- Pada menu “Device Manager”, expand (dengan klik simbol + ) pada “Disk Drive”
Kalau ada 1 saja pada menu “Disk Drive” itu, 1 sajalah harddisk anda tu. Kebiasaannya, pada masa sekarang ini, komputer ada 1 harddisk saja. Melainkan anda punyai beratus2 Giga, itu ada kebarangkalian lebih dari 1 harddisk.
Panjang pula dah ni (ingat nak tulis pendek saja hoho, nak pergi JB la katakan
)
Ok, tips yang sebenarnya, jika komputer anda ada 2 harddisk, pastikan anda guna 1 harddisk untuk install windows (selalunya drive C: lah), dan 1 lagi untuk simpan fail2 penting anda. (My Documents termasuk dalam drive C: )
Apa kepentingan buat sebegini?
Jika buat begini, lebih mudah untuk selamatkan fail2 penting anda, jika berlaku apa2 pada komputer anda. Selalunya, masalah sentiasa berlaku pada drive C: (atau drive yang ada windows) tak kiralah, diserang virus atau apa pun. Jadi, bila anda simpan dalam drive selain C:, bila ada keperluan untuk format windows, fail anda selamatlah dari menjadi mangsa format
Apa pun, untuk lebih selamat, sentiasa lah backup fail penting anda ke CD atau DVD.
Oh ya, saya tahu ramai yang hanya ada 1 harddisk saja. Jadi bagaimana? Dah terlebih panjang ni, jadi saya sambung dalam artikel seterusnya hehe :D
Gredkan artikel ini...
Emel Artikel ini
Cetak Artikel ini
Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...
- Tiada
























01 Jun 08 9:09 am
hi waida
saya sgt tertarik dgn tip “cara nak pastikan kuantiti harddisk” spt yg di atas, walaupon kuantiti secara hardwarenyer mungkin agak jelas bagi sesetengah org yg menggunakan desktop.
setelah mengikut arahan (sgn sedikit try n error, Vista mungkin?) sah lah laptop saya hanya mempunyai 1 HD, walaupon jika dibuka dari My Computer, tertera drive C & D.
akan tetapi drive D tersebut adalah HP_RECOVERY, di mana adalah sgt ditegah oleh staff kedai yg menjual utk diganggu dgn storage file2 lain yg tidak berkaitan..
so, masalah ini sgt merunsingkan. saya hanya mempunyai drive C utk segala simpanan muvi2, series2, anime2, youtube files, etc. yg telah saya download sendiri…
mungkin salah saya kerana tidak memaksa kedai tersebut melakukan partition di awalan di kala membeli laptop ini, kerana beliau mengatakan drive D itu telah wujud… mmg saya akui kesilapan ini.
jadi, utk disimpulkan dari komen pjg lebar ini, saya sgt menanti post seterusnya utk mengelakkan masalah hilangnyer file2 penting ini, utk seseorang yg menyimpan segala2 nya dlm satu drive sahaja.
Note: saya pernah menggunakan partition magic utk pc tng saya suatu ketika dahulu, tetapi ketika utk format semula di kala virus brontox melanda, drive D yg telah di create lgsg tidak berfungsi, megakibatkan segala2 nya hilang begitu sahaja…
01 Jun 08 10:13 am
ok tunggu post seterusnya…lepas ni nak mintak cik waidakmy cerite pasal RAM pulak..bleh ke..
01 Jun 08 12:37 pm
heh… nanti2 cite pasal virtual memory plak
my pc keeps on lagging, pastu nnt kuar error message virtual memory sudah kurang… dah upgrade dh ram… so skrg adelah blank walaupun sudah merujuk kepada yang pakar 
02 Jun 08 12:13 am
huhuhu…nasihat yg bagus…aku lak, kt drive D letak muvi jer..yg file penting2 sumer belasah dlm my document which is ade kt drive C…
02 Jun 08 3:36 pm
tips yg bagus….
1 hadrdisk boleh dibahagikan kpd 2 atau lebih partition. Simpan fail anda di partition yg kedua.
Ia akan selamat bila berlaku kerosakkan pd drive C.