Apa khabar? :)

Lambat pula kali ini saya update. Maafkan saya. Sibuk mengemas barang2 lama. Tak sangka banyak juga “junk” yang telah dikumpul :D

Pertanyaan yang saya dapat dari saudara Husni,

Salam,
laptop saya kalau sambung kat lcd,gambar di skrin lcd sahaja yang nampak,x nampak di skrin
laptop walaupun dah tekan fn f3,macamana nak soft problem untuk nampak kedua2 skrin.

Untuk membolehkan kita nampak paparan pada kedua2 skrin (laptop dan LCD), bergantung kepada jenis laptop. Contohnya, laptop saya, brand HP boleh paparkan pada skrin laptop dan LCD. Brand Fujitsu pun saya pernah tengok orang buat sebegitu. Saya rasa bergantung kepada berapa lama usia laptop anda berbanding brand. Jika lebih baru laptop, lagi tinggi kebarangkalian untuk boleh dipaparkan pada kedua2 skrin.

Oh ya, untuk pengetahuan, kita memang boleh sambungkan LCD monitor kepada laptop. Selalunya, supaya boleh melihat dengan jelas. Ya lah, skrin laptop kita comel saja :) Lebih puas tengok movie di skrin LCD monitor berbanding skrin laptop.

Sambungkan LCD monitor ke laptop

  1. Sambungkan kabel VGA LCD monitor kepada VGA port di laptop
  2. Sambungkan juga kabel kuasa monitor kepada punca elektrik dan hidupkan monitor.
  3. Gambar akan muncul secara automatik di skrin monitor, atau boleh  jadi juga anda perlu tekan sesetengah kekunci keyboard untuk menukar gambar kepada skrin monitor. Lihat pada kekunci keyboard laptop, dan cari gambar monitor. Selalunya pada kekunci F3, F5, F8 atau F9. Jangan lupa tekan kekunci Fn bersama2 kekunci monitor tersebut.

Contoh VGA Port di Laptop

Contoh VGA port di laptop

Selamat mencuba!! :)

PS: En Zainal Ali bin Suhaimi, minta tolong hubungi saya. Boleh guna ruang “Hubungi Saya” di bahagian atas. Jangan lupa sertakan alamat email yang betul. Terima kasih!

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon

Gredkan artikel ini...

Tidak BagusKurang BagusOkay lahBagusBagus Sangat (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Emel Artikel ini Emel Artikel ini Cetak Artikel ini Cetak Artikel ini



Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...

    Tiada




Artikel ini ada 8 comments.

  1. ShawnSharif
    07 Jul 08 9:58 pm

    Fujitsu bleh la!!

    Hahahaha ;)

    Fn key is the key to the displaying ;)

  2. paan
    08 Jul 08 3:47 pm

    skrg makin byk laptop dan jugak desktop yang guna DVI output selain dari VGA output..

    DVI begini rupa > http://www.atmarkit.co.jp/fsys/cableconnect/05disp_video/03dvi_d-box-l.jpg

  3. metallism
    16 Aug 08 8:02 pm

    Dalam sesetengah keadaan kita juga boleh cuba restart komputer tetapi pastikan LCD monitor atau LCD projector disambung di vga port.Ataupun ON LCD monitor dahulu(pastikan vga port disambung) kemudian baru ON komputer.
    Saya sendiri pernah mengalami masalah Laptop tidak dapat mengenalpasti perkakas yang disambung ke vga port.Apabila saya cuba cara di atas baru berjaya.

  4. 4ourth
    21 Aug 08 9:48 am

    erm, tumpang tanya. untuk mendapatkan cable DVI tu, adakah bila upgrade pc, pasang video card, dpt skali cable utk plug in DVI?

  5. waidakmy
    21 Aug 08 4:18 pm

    Nak pasang video card baru ke?

    Kalau ikut pengalaman saya beli video card (dan pasang sendiri) 2 tahun lepas (kira dah outdated juga lagi2 pasal komputer), cable tak dibekalkan.

    Sebabnya, cable yang kita nak pasang, adalah antara port video card dan port monitor, bukan? cable tu hanya perlu dialih kepada port video card baru.

    Jadi, menjawab soalan 4ourth, ada kemungkinan cable DVI dibekalkan hanya jika beli monitor, bukan video card (monitor BenQ yang saya baru beli pun tak diberi cable DVI)

    Harap menjawab persoalan :)

    Lain2, (paan ke?) boleh tambah jika fact saya salah.. :)

  6. 4ourth
    23 Aug 08 4:29 pm

    emm.. terima kasih atas penerangan panjang lebar. that does explain a lot.

    last time saya beli tablet pc, wacom cintiq (alat melukis). ia sejenis tablet + monitor dan boleh berfungsi dengan VGA/DVI. tapi pc saya tak support rupanya (grafik)(sy pakai pc clone, basic, graphic pun mainboard je, dlm manual book cintiq tak terangkan pulak minimum keperluan graphic card dia) pakai sebulan, pc breakdown. gambar jadi mcm tv takde siaran. (aghh!) so, ada sumber2 penasihat tak bertauliah (member2) bg tau, tak perlu repair cpu, just upgrade video card, beli video card nanti dpt cable DVI. so sebab tu saya buat survey sendiri, sebab dah jeran repair kat kedai, asyik kena klepet harga~/curi komponen. (mentang2 tak paham, sebab tu saya tak percaya dgn ckp2 tokei kedai, sy cuba dptkan sumber2 yg “noble”)
    kalau tak keberatan, bleh bagi tips sket tak, dari cerita sy yg panjang lebar ni, pandangan dr org yg lebih tau.
    (jln terakhir, serah bulat2 kat kedai… dan diklepet lagi… huuuuu~)

  7. waidakmy
    24 Aug 08 1:24 pm

    sebelum nak upgrade, betul ke grafik kad yg rosak? test dengan monitor komputer lain. takut monitor yg bermasalah (pernah terbeli monitor baru sebab ingat monitor yang rosak, sekali grafik kad hu)

    kalau dah confirm grafik kad (pada mainboard) yang bermasalah, ada 2 cara lah saya rasa (ini hanya pendapat saya saja, tak semestinya betul)

    1-tukar mainboard yang sesuai untuk upgrade grafik kad power
    2-kekalkan mainboard sekarang, dan tambah grafik kad

    kedua2 cara ni, memang ada pro dan cons nya, antaranya tentulah RM.

    cara 1 itu lebih kepada long term. nantilah saya tulis post kongsikan pengalaman saya pasang grafik kad sendiri, dan masalah yg saya hadapi :)

    panjang sangat pula komen ni nanti

  8. [...] Pengalaman 4ourth dengan grafik kadnya mengingatkan saya tentang pengalaman dengan grafik kad saya sendiri. Sampai sekarang bawa masalah juga kadang2, cuma saya malas mahu layan saja [...]

Saya mahu dengar komen dari anda!