Apa khabar semua? :)

Tup2 dah seminggu berpuasa. Kejap je masa berlalu. Perlu kejar faedah bulan Ramadhan ni sebelum habis begitu saja.

Maafkan saya juga, kerana lambat ‘post’ komik2 tu. Saya sibuk kerjakan layout baru untuk blog Wanita & Komputer ni. Ingatkan boleh siapkan separuh hari meng’edit’, rupa2nya hampir satu hari. Habis semua plan saya ‘lari’. Belum siap sepenuhnya lagi ini, saya mahu ‘womanize’kan lagi layout ini :P Tapi, tunggulah. Penat juga mata ni tengok coding HTML tu hehe

Bagaimana? Ok layoutnya? Saya dah tak larat tengok layout lama yang cukup serabut susunannya terutama sidebar. Oh ya, untuk hasil maksima, blog ini perlu di-view dengan Mozilla Firefox versi 3.0.

Semoga anda enjoy komik yang dilukis oleh pembaca kita :)

Komik dari Kakeru

((untuk imej yang lebih besar, klik pada gambar)

Komik dari Kakeru

Bagaimana?

Pertama kali saya tengok, terus saya katakan dalam hati, “Wah Cerianya!” :D

Menjawab pertanyaan Kakeru, kenapa blog ini dinamakan Wanita & Komputer ?

Pertamanya…

Sebab yang menulis tips2 komputer untuk anda semua adalah wanita, jadi Wanita & Komputer lah :)

Keduanya…

Banyak wanita yang takutkan komputer, atau rasa ianya terlalu teknikal dan susah. (Maaf, saya tahu bukan kesemuanya :) ) Jadi saya nak ubah persepsi komputer bukan lah terlalu susah sangat. Ianya boleh dipelajari oleh sesiapa saja :) Sebab itulah, blog ini memfokuskan tips2 komputer yang mudah2 saja, supaya boleh dipelajari oleh anda semua…bukan fokus pada wanita saja…

Saya percaya yang sesiapa pun boleh menguasai ilmu asas komputer asalkan ada minat dan kemahuan :)

Komik dari Fazly Eddy

(untuk imej yang lebih besar, klik pada gambar. Kemudian, tekan butang zoom untuk imej yang lebih jelas)

Kalau komik dari Kakeru, layoutnya macam komik Sailormoon, yang dilukis oleh Fazly Eddy pula, seperti Dragon Ball :D

Nampak ciri2 komik dari 2 jantina yang berbeza.

Kelakar juga sebenarnya. Walaupun saya kerap menghadap komputer, tidak lah muka saya jadi komputer juga. :P Parah kalau ada yang jadi begini hihi

Moral dari komik ini, jangan duduk menghadap komputer sampai muka anda pun jadi komputer :P

Selingan Tips Kesihatan…

Pastikan selepas 30 minit menggunakan komputer, tenung benda yang jauh selama beberapa saat. Kemudian, tengok benda yang dekat kembali. Gilir2 perbuatan ini selama beberapa ketika.

Oh ya..mata pun boleh kering, tenung komputer lama2.

Jagalah mata anda sebelum mata anda disakitkan :P

Ok lah, jumpa lagi :)

PS : Saya di Johor ni. Kurang pula kemudahan PC dan Internet di tempat saya berada ni. Lambat sikit dapat reply emel atau komen anda semua :)

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon

Gredkan artikel ini...

Tidak BagusKurang BagusOkay lahBagusBagus Sangat (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Emel Artikel ini Emel Artikel ini Cetak Artikel ini Cetak Artikel ini



Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...

    Tiada




Artikel ini ada 12 comments.

  1. [...] yang banyak membantu saya. Kalau tak ada Waida, lagi collapse saya jadinya. Pembantu yang cemerlang Waida nih. [...]

  2. zawiah
    11 Sep 08 1:54 pm
  3. salam waida,
    lama tak menyinggah, wahhh..dah lawa la blog waida…
    yg akak nyer tak cun arrr……
    tak beshhh nya…
    nk le bg lawa…

  4. waidakmy
    12 Sep 08 8:22 am
  5. salam kak zawiah :)

    terima kasih..tak sia2 bersengkang mata menukar coding hehe..

    cuba la akak cari theme yang bersesuaian dengan blog akak..dan ubahsuai..

    kalau ada masa lapang saya boleh tolong2 sikit ubah coding tu..sikit2 boleh lah..

  6. Ogy Aziz
    12 Sep 08 2:34 pm
  7. salam waida,

    usaha yang bagus, ogy setuju dengan konsep pendekatan dan wanita. Dulu saya pun sama. Bukan dalam jurusan it pun dan beranggapan ia amat sukar.
    Tetapi sejak berkenalan dan duduk disekeliling orang yang celik komputer perasaan takut dan lain-lain tu semakin pudar.
    Terima kasih kerana membuka mata kepada semua kau wanita yang ingin terus berdampingan dengan komputer untuk kesenangan masa hadapan.

  8. paan
    12 Sep 08 2:51 pm
  9. Cantek aa design baru

  10. waidakmy
    13 Sep 08 3:09 pm
  11. @Ogy Aziz,

    Salam Ogy :)
    Terima Kasih kerana membakar semangat untuk terus menulis, Insya Allah

    @paan,
    Terima kasih :) Design asal kena kredit pada Flisterz la heh. Saya cuma ubah2 aje :)

  12. TheReds
    14 Sep 08 8:17 am
  13. hebat jugak lukisan komik dorang yer..

  14. waidakmy
    14 Sep 08 11:30 am
  15. @TheReds: :) kelakar dan lawa pun iye..

  16. miya
    15 Sep 08 1:28 am
  17. mmmm..nk submit tp xde idea…haha..aci x..
    kakeru..eddy fazly, blanjer kitorg best gk nih..

  18. waidakmy
    15 Sep 08 10:06 am
  19. @miya: eheh :)

  20. kakeru
    16 Sep 08 3:38 am
  21. Sala Waidakmy,

    Komik saya macam sailormoon..? Hurmm…ingatkan mcm Conan, tak jadi la mcm nih..huhu… Nanti saya bg no akaun, tak sempat lagi dr hari tu.. Maaf ya :)

    Miya, kena belanja korng ke? Jom la, dtg umah time raya nanti..hehe…

  22. waidakmy
    17 Sep 08 10:31 pm
  23. @Kakeru: Eh, bukan jalan ceritanya..Susun atur komik tu. Kalau tengok watak, ada juga macam Conan hehe. Susun atur Conan tu saya tak berapa ingat :P

    PS: Belanja saya sekali boleh? :D

Saya mahu dengar komen dari anda!