Salam mesra semua :)

Makan apa berbuka tadi? Alhamdulillah dapat makan nasi, rasa macam dah lama tak jumpa.

Oh ya,sekarang anda boleh tahu cerita terkini saya (di bahagian kanan bawah ruang “About WaidaKmy”) melalui Twitter. Kadang2, saya tak dapat update blog ini, jadi ruangan ini macam update kecil dari saya. Jom ikut saya di Twitter :D Setelah daftar, anda akan dapati di bawah gambar saya, ada butang “Follow”. Anda juga boleh cari sesiapa yang anda kenal dan “follow” mereka.

Ok lah, post pendek je kali ini. Saya nak menjawab “tag” yang telah sekian lamanya dari Catzer (maaflah).

Apa 6 pelaburan terbaik saya?

Pertamanya, sudah pastilah Desktop PC kesayangan saya yang telah setia menemani tuannya ini selama 7 tahun, walaupun isi dalamnya telah berubah. Perubahan terlalu banyak, tak terkira berapa kosnya. Casing dah berubah daripada biru ke hitam, penggantian motherboard yang entah ke berapa kali, monitor bertukar, penambahan harddisk, CD & DVD Burner. Saya rasa, komponen asal yang masih ada pun CD driver dan harddisk hoho. Harap ia masih setia, bila muncul adik baru (yang pastinya lebih lawa dan mobile) kelak :D

Keduanya, koleksi buku cerita, komik, CD dan DVD yang dah memeningkan saya untuk menyusunnya di rak. Rasa2nya cecah 200 ke 300 kesemuanya, yang dikumpul dari zaman saya sekolah menengah lagi. Pendek kata, boleh buat mini library, jika saya ada rumah sendiri nanti :P Kalau dikira tentang kos, mungkin tak semahal mana, kerana kebanyakannnya saya borong di kedai 2nd hand. Walaupun begitu, ini antara harta yang saya sangat sayang.

Ketiganya, diri saya sendiri kot, haha. Pastilah kita melabur yang terbaik untuk diri sendiri. Tentulah pulangannya lumayan sekali…

Keempatnya, blog WaidaKmy.com atau Wanita & Komputer ini :D Berkenalan dengan anda semua adalah pengalaman menarik saya. Moga ia menjadi pelaburan bermakna untuk saya pada masa hadapan nanti.

Kelimanya, mungkin kereta Myvi saya yang selalu didera ke sana ke sini. Pernah dilanggar setelah baru 2 bulan dibeli huhu. Malang betul dapat tuan macam saya nih :P

Keenamnya, Nokia Classic 6120 yang dibeli kerana bosan memakai telefon biasa selama 7 tahun. Tapi, bila dah beli, terasa membazir pula, fungsi yang ada tak digunakan sangat gara2 sayangkan kredit. Tunggulah 3G Maxis murah sikit :P

Nota: Kelima dan Keenam tu hanyalah sebagai mengisi ruang saja hehe, dah tak ada idea

Oklah, tiba masanya saya “tag” pula orang lain hehe..Yang menjadi mangsa seterusnya adalah..

Dikmal

LuvLee

MazlieNadzri

Nasrun

Hehe, cukuplah tu. Saja men’tag’ kenalan yang ada di Twitter.com :D Terpulang pada kalian untuk menjawab atau tak, kerana ini hanya suka2.

Jumpa lagi…

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon

Gredkan artikel ini...

Tidak BagusKurang BagusOkay lahBagusBagus Sangat (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Emel Artikel ini Emel Artikel ini Cetak Artikel ini Cetak Artikel ini



Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...

    Tiada




Artikel ini ada 11 comments.

  1. Nasrun
    20 Sep 08 10:07 pm
  2. Aku kena tag? Hehe :P

  3. waidakmy
    21 Sep 08 4:16 pm
  4. @Nasrun: sila2 jawab tag anda :D

  5. 4ourth
    21 Sep 08 5:17 pm
  6. waida minat baca komik? :p baca komik apa eh?

    berhabis utk pc memang tak dapat dielakkan. itu adalah masalah normal.
    haishh…~

  7. kakeru
    22 Sep 08 1:51 am
  8. Waida…suka baca komik kan? Best2, sama la kita…tapi dulu la. Skang dah kurang sikit la…

  9. WaidaKmy
    22 Sep 08 9:15 am
  10. @4ourth, kakeru:

    macam2 komik dah saya baca..tak terkira..nak sebut memang tak larat la..kalau nak beritahu komik pe yang saya tak baca boleh la :D contohnya naruto, one piece, bleach..tu memang malas..sebab tak nampak kat mana penghujung~~

    sama la saya, kakeru..sekarang dah slow sikit baca..kadang2 kalau teringat..baca juga sekali sekala..baca online..dulu rajin juga download.. heh

  11. Luvlee
    23 Sep 08 8:17 am
  12. Wah..sy kena tag :)

  13. waidakmy
    24 Sep 08 12:36 pm
  14. @Luvlee:

    :) Dah buat nanti trackback la ke sini hehe

  15. Nasrun
    29 Sep 08 2:43 am
  16. Sudah balas..

    Selamat hari raya… zaaaaaaaasssssss

  17. waidakmy
    29 Sep 08 9:56 am
  18. @Nasrun: dah baca hehe..nice one..selamat hari raya juga :)

  19. tunepal
    30 Sep 08 6:46 pm
  20. hoho..bagus apa semua tu. yang paling best, labur kat diri sendiri..

  21. waidakmy
    03 Oct 08 5:08 pm
  22. @tunepal: memang patut melabur kat diri sendiri..diri sendiri yang patut paling utama :)

Saya mahu dengar komen dari anda!