Akses fail anda dengan cepat
Salam semua
Lambat pula kali ini nak update blog hehe. Momentum untuk tulis blog menurun sikit selepas cuti Raya yang panjang ni
. Ingat nak tulis semalam, tapi tersangkut pula lepas tengok cerita “Ayat2 Cinta” kat TV3 semalam. Cerita ni dari seberang, tentang cinta dari pandangan Islam. Lagi seronok tengok bila pelakonnya cakap berselang bahasa Indonesia dan bahasa Arab. Apa2 pun, highly recommended
Saya terfikir nak tulis tips ni bila saya baca “Tanya Siber” dalam Kosmo. Saya rasa pembaca tu bertanyakan bagaimana nak sorokkan ikon2nya yang berlambak pada Desktop. Malu katanya, pada orang lain yang gunakan PC nya juga. Pembaca ni suka letak ikon2 program / fail yang selalu dia akses pada Desktop. Lalu, saya terfikir, kenapa tak simpan kesemuanya dalam folder dan akses dari Quick Launch. Saya perasan, ramai yang tak guna Quick Launch ni. Jadi, terhasillah tips ni untuk anda
Quick Launch tu apa?
Saya tak pasti apa definisinya yang tepat, tapi asasnya ia adalah tempat ‘quick’ akses yang terletak sebelah butang “Start”. (Oh ni pada Windows XP, tak tahu lah kalau Vista dah lain. Saya tak pernah pakai Vista). Kadang2, ada PC yang hide Quick Launch ni, jadi anda perlu nampakkannya terlebih dulu.
Nampakkan (Show) Quick Launch
- Klik kanan pada Taksbar (baris yang ada butang “Start” tu) dan klik “Properties”
- Satu menu “Taskbar and Start Menu Properties” akan muncul
- Pada “Taskbar Appearance”, tanda (/) pada pilihan “Show Quick Launch”
Letak shortcut di Quick Launch
Buat shortcut macam yang biasa anda buat untuk letak di Desktop. Klik kanan pada fail /program yang hendak dibuat shortcut dan pilih “Send to Desktop (create shortcut)”. Kemudian tarik (drag) shortcut dari Desktop ke tempat Quick Launch.
Selesai
PS: Saya tulis secara laju2 ni. Nanti ada yang tak faham boleh tinggal di ruang komen ye hehe. Nak pergi beraya selepas ni. Jumpa lagi…
Gredkan artikel ini...
Emel Artikel ini
Cetak Artikel ini
Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...
- Tiada























15 Oct 08 2:40 pm
Biasala….banyak makan lemang kot. Nanti lemang tu dah surut nanti, boleh r speed up blik. k…