Salam semua :)

Akhir2 ni selalu hujan kan? Hampir tiap hari saya tempuh hujan masa balik dari ofis. Masa tu juga lah ramai yang ambil kesempatan jual payung. Sekali tengok macam low quality (tahan sekali pakai je), tapi tak tahu lah. Kalau dah terdesak, pasti ada orang beli juga kan? Paling suka tengok muka orang jual payung RM5 kat Masjid Jamek tu bila saya keluarkan payung dari beg (Jahat betul saya ni kan? :P )

Malam2 yang sejuk ni, saya harap dapat menulis untuk anda sambil melayan lagu kegemaran saya. Sayangnya, komputerku masih belum baik. Terpaksa masuk Safe Mode, sebab tak dapat start dengan normalnya. Keluar skrin biru atau pun orang kata Blue-Screen-Of-Death (BSOD).

Apa itu Safe Mode?

Sering saya sebut Safe Mode bukan? Apa bendanya ni sebenarnya? Safe Mode adalah cara alternatif untuk masuk ke Windows. Selalunya berguna untuk anda troubleshoot (apa perkataan ni dalam BM? saya terlupa pula :P ) masalah yang berlaku dalam komputer anda. Contohnya masalah dengan grafik kad ataupun apa2 hardware lain. Mudah untuk troubleshoot kerana dalam Safe Mode, bilangan program yang digunakan (loaded) adalah minimum, seperti Windows dan driver untuk mouse, keyboard dan display sahaja.

Berbalik pada masalah komputer saya, saya dah habis ikhtiar. Jadi, jalan terbaik, serahkan pada yang pakar :P Tunggu masa je ni untuk ambulans jemput komputer saya ke hospital :P Kita pun kalau sakit mula2 makan ubat farmasi (beli sendiri) betul? Kalau tak baik2, baru jumpa doktor. Sama lah kesnya ni :D

Selingan - Permainan

Cara nak tingkatkan kelajuan anda menaip adalah dengan latihan. Practice makes perfect :) Nak praktis, senang saja. Apa kata lawan dengan saya di TypeRacer.com? hehe. Kagum betul ada orang speed sampai 140++ WPM. Ni memang gila laju nih huhu.

PS: Selidik punya selidik. Terperasan sesuatu. Tak ada lagi orang buat. Aha, jadi saya dalam proses untuk buat ________. Jadi, doakan saya berjaya selesaikan. Aminn. Yang pastinya, ia amat berguna untuk anda (cewah :P )

PSS: Saya dah tak keep track berapa tips yang saya dah tulis huhu..

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon

Saya rasa anda baru sampai di blog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog WK supaya tak ketinggalan tips-tips komputer terbaru dari saya..
PS: Tak tahu apa itu RSS feed? Dapatkan infonya di sini


Gredkan artikel ini...

Tidak BagusKurang BagusOkay lahBagusBagus Sangat (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Emel Artikel ini Emel Artikel ini Cetak Artikel ini Cetak Artikel ini



Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...

    Klik koleksi Tips WK untuk senarai tips penuh




Artikel ini ada 8 comments.

  1. TMUkmkd
    19 Oct 08 8:17 am
  2. maybe ada masalah dengan software kot. sebab rasanya tu BSOD berkenaan dengan memory dump. try check apa yang dumpkan memory. rasanya program yang terlalu besar atau corrupt tapi still leh jalan. sebab anda boleh masuk dalam windows dalam save mode. so windows tak corrupt

  3. WaidaKmy
    19 Oct 08 10:25 am
  4. @TMUkmkd: Memang tiada masalah dengan Windows. Masalahnya dengan on-board video card. Dah update dengan yang paling baru, tapi masalah lain pula timbul. Mungkin tak compatible. Panjang ceritanya..huhu..

  5. catzer
    22 Oct 08 1:05 am
  6. lenkali masa ko buka payung buat tarian payung sekali..muahaha..kasi panas penjual-penjual haram tu

  7. TMUkmkd
    22 Oct 08 6:33 pm
  8. ooo non compatible.. humm payah cerita la gitu..

  9. waidakmy
    22 Oct 08 8:00 pm
  10. @catzer: haha..kang kalau buat tarian payung..masuk youtube pulak :P

    @TMUkmkd: haa itu lah sebabnya..dulu pernah jadi dah..okay je lepas update..kali ni tak mau plak..

  11. abd hamifd
    26 Oct 08 7:02 pm
  12. saya ada email yahoo. setiap hari masuk email dari jutawan putrajaya dan mcm2 lg promosi sampai 15ribu email 1 hari saya terima.mcmana cara nak halang msj tersebut

  13. waidakmy
    27 Oct 08 2:55 pm
  14. @abd hamid: boleh baca artikel saya yg paling baru di http://waidakmy.com/index.php/2008/10/25/kurangkan-spam-ke-inbox-anda.html untuk cara2 kurangkan spam

    selain dari itu, pastikan “mark message as spam” untuk emel2 yang diterima..

    caranya:-
    -tick pada emel spam tu
    -pastu klik butang “SPAM” kat bahagian atas
    -yahoo mail akan tau yg penghantar emel ni spam..jadi tak masuk dalam inbox dah, malah masuk dalam spam box..

  15. [...] Puas hati setelah berjaya buat temporary fix untuk pc saya ni ha ha *evil laugh* (boleh tengok apa masalah saya di sini). Cukuplah sementara nak hantar ke kedai. Harap2 orang tu datang ambil [...]

Saya mahu dengar komen dari anda!