Kurangkan SPAM ke inbox anda
Apa khabar semua?
Maaf ya saya tak dapat hadiri jemputan kenduri kahwin pada hujung minggu ini..terlalu penat..drive selama 5 jam dari KL ke Johor memang menduga saya. Dulu2 masih tahan, tapi sekarang, saya cepat lost attention. Mungkin sebab saya sudah bosan dengan pemandangan yang sama dek dah terlalu kerap berulang alik. Lagi2 lah cepat lost attention bila driving dalam musim hujan, almaklumlah suasana kan “blues” je
Ok, rasa2 dalam hidup kita sekarang, apa yang paling kerap kita buat? (Mungkin applicable untuk yang bekerja dan yang tahu guna Internet je)
Jawapannya - tulis emel, balas emel, forward emel..apa2 lah yang berkaitan dengan emel
Simptom ni lagi ketara lah untuk yang dah bekerja. Apa taknya, perkara pertama kita buat, mesti check emel bukan? Lepas tu, kalau ada benda menarik, mesti kita forward pada rakan2
Saya pun macam tu juga. Ada benda menarik pasti saya akan forward pada rakan2 saya.
Cuma satu saja yang saya tak berkenan pada chain mail atau forward mail sebegini, kerana ia mendorong SPAM. Ya lah, selepas saya forward pada rakan2 saya, sudah semestinya rakan2 saya akan forward pula kepada rakan2 mereka dan seterusnya berkembang kepada jaringan yang lebih besar.
Kenapa pula boleh SPAM?
Sebenarnya, wujud program yang menyedut emel orang lain seperti emel saya atau emel anda, kemudian menjualnya pula kepada orang ramai. Dari mana program ini sedut emel anda, sudah pastilah daripada chain mail sebegini. Sebabnya, bila anda forward, tertera emel dari penghantar2 sebelumnya bukan?
Cara saya kurangkan SPAM
Tak perlulah sampai tak forward emel pada orang lain. Itu melampaulah namanya kan. Saya pun tak berhenti forward emel, cuma pilih lah yang betul2 berkualiti saja. Tak perlu lah send chain mail tentang Skim Cepat Kaya ke, dapat duit atau iPod percuma ke, atau apa2 saja emel yang terang2 dah nampak ketidaklogikannya. (kalau dapat emel sebegini, delete saja terus, buang masa anda saja membacanya)
Selain dari pilih emel yang berkualiti, ada 2 lagi cara yang saya gunakan. Biasakan lah diri kita membuatnya sebelum forward emel pada orang lain.
Buang (delete) emel2 penghantar sebelum pada “body message”. Tinggalkan mesej utama yang hendak dihantar saja. Selain dari mengurangkan saiz emel, tak langsung kita membantu orang lain dari mendapat SPAM. Saya pun tak penat nak scroll ke bawah mencari mesej utamanya
Gunakan BCC. BCC ini singkatan untuk Blind Carbon Copy. Pentingnya BCC ni bila saya nak forward emel kepada rakan2, tapi tak mahu rakan2 saya tahu kepada siapa lagi, saya hantar emel tu juga. Dengan kata lain, penerima emel tak akan tahu, siapa lagi penerima emel selain mereka. Jadi, bila anda forward, tak akan tertera emel2 orang lain. Ini juga membendung gejala “reply-to-all” yang kadang2 agak men-tension-kan.
Cukup sampai di sini saja
Mari kita praktis menulis dan menghantar emel dengan penuh etika..
PS: Umiasyuadah, dapat emel dari saya tentang screenshot? Saya takut masuk SPAM box je. Kalau tak dapat nak beri screenshot, mungkin umiasyuadah dapat re-phrase ayat. Saya rasa macam ada 2 masalah dalam tu je heh
PSS: Jangan segan2 untuk hantar masalah komputer anda pada saya. Jika saya boleh tolong, saya tolong Insya Allah. Anda selesai masalah, saya akan dapat ilmu baru. Win win situation
Cuma saya rasa lebih baik jika anda dapat attach screenshot masalah anda, supaya saya lebih faham masalah anda. Secara tak langsung, saya dapat beri penyelesaian yang tepat pada anda
| Saya
rasa anda baru sampai di blog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed
blog WK supaya tak ketinggalan tips-tips komputer terbaru dari saya.. PS:
Tak tahu apa itu RSS
feed? Dapatkan infonya di sini
|
Gredkan artikel ini...
Emel Artikel ini
Cetak Artikel ini
Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...
- Klik koleksi Tips WK untuk senarai tips penuh























27 Oct 08 2:42 pm
maaf ya, sebarang komen yang berunsurkan SCK (skim cepat kaya) tak dibenarkan di sini..harap maklum..
28 Oct 08 12:59 pm
Gejala spam nie mmg xkan habis. Selagi diorang nie xpaham n xnk paham tentang bahaya SPAM ini. So….info daripada Waidakmy ini amat dihargai. Thanks 4 the sharing.
28 Oct 08 10:34 pm
@KampungBoy: Sama2. Memang susah nak hilang gejala SPAM ni. Kurangkan mungkin boleh..
30 Oct 08 1:22 pm
salam, betul tu kekadang bosan dgn email ntah apa2 yg masuk. muingkin dengan cara ini boleh kurangkan spam…
30 Oct 08 2:01 pm
Allo akak.. lama tak dtg blog akak nih..
bz skit.. kerja baru etc.. sajer jer.. nak tegur.. Cantek gak theme baru eh..
30 Oct 08 2:27 pm
@Nik: cuba la ya? kalau menjadi..beritahu hehe..
@Paan: padan la senyap aje (lama tak komen)..akak pun sibuk gak hehe..jarang dah blog-hopping