Apa khabar semua ? :)

Ini cubaan kali ketiga saya mahu update blog Wanita & Komputer. Kalau tak berjaya lagi, saya tulis lain kali saja jawabnya.

Cubaan pertama

Saya terfikir untuk menulis tentang Linux, memandangkan hangat betul komen pada post Windows ME lepas. Tapi, gagal, jadi saya tunda post Linux ke post seterusnya (Maaf ya Garfield dan Jom Linux hehe)

Cubaan kedua

Dah terhilang post pada cubaan pertama, mood nak menulis tentang Linux pun dah hilang :p Terfikir pula nak menulis sesuatu yang ringan, lagi2 diiringi suasana malam yang sungguh mendamaikan..

Gagal lagi..(saya dah taip separuh muka tu huhu..)

Jadi, pada cubaan ketiga menulis post di blog Wanita & Komputer, saya terfikir untuk bertanya pada anda saja :D

Bila anda mula guna komputer?

(Gambar ihsan dari www.geeksugar.com)

Kongsi cerita anda

Boleh anda kongsi bila anda mula guna komputer? Apa pengalaman masa tu? Takut ke, seronok ke, gelabah ke? Apa2 lah. Kalau komputer yang pertama anda guna itu, bukan milik anda pun tak mengapa. Mungkin anda gunakannya di makmal komputer atau komputer kepunyaan kawan :)

Cerita saya pula?

Kalau saya pula, komputer pertama yang saya guna adalah komputer kepunyaan keluarga. Kalau tidak silaplah, saya baru berusia 4 atau 5 tahun. Kecil sangat, saya pun tak berapa pasti. Yang pastinya, saya belum sekolah lagi.

Komputer pada masa itu pun, tak sama macam sekarang. Jangan tanya rupa CPU atau monitor, saya tak dapat ingat. Apa yang saya ingat, cuma bentuk floppy disk drive dan floppy disknya saja. Ok, bayangkan floppy disk drive itu, satu kotak yang boleh dimasukkan disket tetapi bukan sekali dengan CPU. Floppy disk nya pula bersaiz besar, 5 1/4 inci hoho.

Tak dapat bayangkan? Tengok saja gambar ini. Yang penting jangan lupa bandingkan dengan disket bersaiz 3.5 inci tu (yang kecil itu).

Besar kan floppy disk ni? Walaupun bersaiz 5 1/4 inci tetapi cuma berkapasiti 100k ke 1.2 MB saja.

(sumber semua gambar adalah dari sini)

Pengalaman saya masa guna komputer?

Pastilah seronok, sebab gunakan komputer itu untuk bermain game :D Game apa saya tak ingat juga, cuma ianya 2 dimensi saja. Maaflah, sebab kanak2 lagi, jadi ingat2 lupa, melainkan anda boleh scan otak saya dan tengok imej2 yang muncul masa saya menulis post ini :)

Jadi

Apa pengalaman pertama anda dengan komputer?

Jumpa lagi!!

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon

Saya rasa anda baru sampai di blog ini. Jangan lupa melanggan RSS feed blog WK supaya tak ketinggalan tips-tips komputer terbaru dari saya..
PS: Tak tahu apa itu RSS feed? Dapatkan infonya di sini


Gredkan artikel ini...

Tidak BagusKurang BagusOkay lahBagusBagus Sangat (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...


Emel Artikel ini Emel Artikel ini Cetak Artikel ini Cetak Artikel ini



Anda mungkin berminat untuk baca ini juga...

    Klik koleksi Tips WK untuk senarai tips penuh




Artikel ini ada 15 comments.

  1. TMUkmkd
    01 Dec 08 9:07 pm
  2. aku ingat… game……………… skimen :))

  3. WaidaKmy
    01 Dec 08 10:13 pm
  4. @TMUkmkd: skimen? apa tu? tak jawab soalan lagi ni..bila pertama kali guna komputer? :D

  5. miya
    01 Dec 08 10:15 pm
  6. mmm…first main komputer rsnya ms sek. men..kat makmal komputer..blajar menulis di dalam word…yg lain2 tak ingat dh…

  7. kz
    01 Dec 08 10:55 pm
  8. Hahaha.. aku pun xberape ingt bile 1st time aku pegang comp. Tp rasenye time darjah 4 or 5, kat lab sek. Gile jakun dowh time tu. Member aku yg tekankan butang on comp.. hahha.. aku ingt perasaan kagum je time tgk comp tu on. muahahhahaha =D

  9. WaidaKmy
    02 Dec 08 11:55 am
  10. @Miya: ingat2kan la balik :D dah sek menengah time tu..besar dah tu..hehe..perasaan masa tu ingat lagi ke?

  11. WaidaKmy
    02 Dec 08 11:56 am
  12. @Kz: Perasaan kagum pertama kali guna komputer tu biasa la kan?

    Sama juga dulu masa guna komputer :p Rasa macam komputer tu satu benda yang ajaib :D

  13. Garfield
    02 Dec 08 5:30 pm
  14. aku dah lupa bila 1st time i guna computer.
    tapi i masih ingat lagi PC pertama I, i dapat mase I form 3.

    Ia adalah P3 450Mhz.
    Aku masih ingat lagi sebab pada minggu pertama i dapat computer tu, i kena mintak abang aku bawa balik driver cd computer drp kedai sepupu aku, lol
    sebab mase tu aku buat virus kat win98, mane tau sendiri terkena pulak.

    about old computers, hardware computer yg paling antik i ade adalah motherboard AMD 286 and hard disk seagate 50mb. sebab i suka collect hardware/software antik.

  15. nieza
    02 Dec 08 6:17 pm
  16. Salam,
    Saya ingat masa mula2 guna komputer di sek. men. tahun 1986. Masa form 3 (hehehe… kiranya dah tua gak akak nih..) Masa tu cikgu ajar guna basic programming, kena type command sendiri kat screen baru keluar mcm2… tapi last2 bila dah boring, cikgu kasi main games, hehehe… game packman kalo x silap. Tapi kira masa tu dahsyat jugak… basic programming tu boleh buat program mcm2, ala2 buat software cam skrg ni. Saya menang no 3 pertandingan mencipta program utk sekolah, saya ingat lagi saya buat program kuiz sains berkomputer…best! Caranya camni, mula2 papar kat screen soalan kuiz, pastu jawap ya atau tidak ke atau A, B, C, D. kalau betul, akan keluar “tahniah, jawapan anda tepat”, kalau salah keluar pulak “maaf, jawapan anda salah”… Gitu le lebih kurang. Masa tu guna disk besar yg lembik tu… apa namanya?? x ingat dah… Kira ok jugak le, kalau sekarang ni nak buat kuiz camtu guna program apa ye? Saya pernah try guna PowerPoint tapi x berapa menjadik le…
    Pastu ada jugak belajar guna wordstar 3.1. Siap ada sijil lagi pasal belajar kat tuition komputer. Saya simpan lagi sijilnya sampai sekarang… dah 20 thn berlalu.
    Begitulah alkisahnya :)

  17. ShawnSharif
    02 Dec 08 8:08 pm
  18. Hehe. It was in UK. About 5 years old. I saw Abah main2 game tikus nak dapatkan the cheese, beriye2 bodek nak main. Abah kasi main, dengan syarat main SENYAP2 without 1 WORD keluar dari mulut so that my sis x perasan =)

    Tapi as usual la, bila dah masyuk tu… terbuat bunyi, terus kena ban dari usik pc Abah =( haha tapi lama2 Abah bagi la aku & Ikan main =)

    Time tu x main la mouse2 or tetikus ni, everything on keyboard, hence the old-schooledness of my pc usage.

  19. mrs fred
    02 Dec 08 10:21 pm
  20. waida! hebat tul lah website ko nih.. byk sgt info.. hehe.. anyway, aku link ko eh dgn my blog..

    so, first time using PC eh? can’t recall exactly but I guess masa kat sekolah lah kot, standard 1.. time tu kat skool pakai apple.. giler kool! hehe.. way back in 1987.. gosh, time flies really fast!

  21. WaidaKmy
    02 Dec 08 10:37 pm
  22. @Garfield: wow. form 3 dah ada komputer sendiri hehe. saya tahun pertama u baru lah ada komputer sendiri..itu pun beli dengan duit sendiri..kelakar la..buat virus sendiri..lepas tu terkena kat diri sendiri :D

    @Nieza: Akak, disket lembik tu yang macam dalam gambar kat atas :) lama dah tak dengar perkataan wordstar tu :P kalau nak buat program yang macam akak tulis kat atas tu, pakai C++ bole saya rasa..

    @ShawnSharif: Nakalnya dia masa kecik :P nice dapat ingat peristiwa masa kecil…saya, masa sekolah rendah pun dah tak ingat apa jadi huhu..

  23. WaidaKmy
    02 Dec 08 10:46 pm
  24. @MrsFred: Ingat siapa la MrsFred nih :P Terima kasih linkkan blog ni :D Info banyak, tapi jangan lupa guna tau hehe.

    Canggih betul sekolah rendah..guna Apple (bukan buah epal ye :D ) memang cool!! Sekolah saya sekolah kampung saja, jadi guna IBM :p

  25. Garfield
    09 Dec 08 3:27 am
  26. mase tu baru start guna PC, dan i memang obses dgn virus, so i pun cuba lah.
    lol.

    lepas 3-6 bulan, i start cuba red hat linux 6.2
    mase tu, linux memang susah nak install,
    nak configure sound card pun dah makan mase i 1 minggu untuk belajar command,,,

  27. WaidaKmy
    11 Dec 08 10:18 pm
  28. @Garfield: harap2nya sekarang ni tak obses dengan virus lagi ya :D hehe gurau aje

  29. saramsak
    23 Dec 08 6:15 pm
  30. pngalamn pertama saya tentang pc rasanya pada tahun 1992, masa sya bru darjah 1…maen game pacman gak…
    n 1 lgi game kucing tangkp tikus kat umah…huhuhu…
    rindu lak zaman kecik2 dlu…
    disket yg melampau besar tu yg xleh lupa tu… :P

Saya mahu dengar komen dari anda!