Author archives

Apa khabar semua ? :)

Ini cubaan kali ketiga saya mahu update blog Wanita & Komputer. Kalau tak berjaya lagi, saya tulis lain kali saja jawabnya.

Cubaan pertama

Saya terfikir untuk menulis tentang Linux, memandangkan hangat betul komen pada post Windows ME lepas. Tapi, gagal, jadi saya tunda post Linux ke post seterusnya (Maaf ya Garfield dan Jom Linux hehe)

Cubaan kedua

Dah terhilang post pada cubaan pertama, mood nak menulis tentang Linux pun dah hilang :p Terfikir pula nak menulis sesuatu yang ringan, lagi2 diiringi suasana malam yang sungguh mendamaikan..

Gagal lagi..(saya dah taip separuh muka tu huhu..)

Jadi, pada cubaan ketiga menulis post di blog Wanita & Komputer, saya terfikir untuk bertanya pada anda saja :D

Bila anda mula guna komputer?

(Gambar ihsan dari www.geeksugar.com)

Kongsi cerita anda

Boleh anda kongsi bila anda mula guna komputer? Apa pengalaman masa tu? Takut ke, seronok ke, gelabah ke? Apa2 lah. Kalau komputer yang pertama anda guna itu, bukan milik anda pun tak mengapa. Mungkin anda gunakannya di makmal komputer atau komputer kepunyaan kawan :)

Cerita saya pula?

Kalau saya pula, komputer pertama yang saya guna adalah komputer kepunyaan keluarga. Kalau tidak silaplah, saya baru berusia 4 atau 5 tahun. Kecil sangat, saya pun tak berapa pasti. Yang pastinya, saya belum sekolah lagi.

Komputer pada masa itu pun, tak sama macam sekarang. Jangan tanya rupa CPU atau monitor, saya tak dapat ingat. Apa yang saya ingat, cuma bentuk floppy disk drive dan floppy disknya saja. Ok, bayangkan floppy disk drive itu, satu kotak yang boleh dimasukkan disket tetapi bukan sekali dengan CPU. Floppy disk nya pula bersaiz besar, 5 1/4 inci hoho.

Tak dapat bayangkan? Tengok saja gambar ini. Yang penting jangan lupa bandingkan dengan disket bersaiz 3.5 inci tu (yang kecil itu).

Besar kan floppy disk ni? Walaupun bersaiz 5 1/4 inci tetapi cuma berkapasiti 100k ke 1.2 MB saja.

(sumber semua gambar adalah dari sini)

Pengalaman saya masa guna komputer?

Pastilah seronok, sebab gunakan komputer itu untuk bermain game :D Game apa saya tak ingat juga, cuma ianya 2 dimensi saja. Maaflah, sebab kanak2 lagi, jadi ingat2 lupa, melainkan anda boleh scan otak saya dan tengok imej2 yang muncul masa saya menulis post ini :)

Jadi

Apa pengalaman pertama anda dengan komputer?

Jumpa lagi!!

Apa khabar semua? :)

Woh..2 minggu lebih rupanya saya tak menulis di sini. Manakan tidak, komputer saya rosak (tak boleh nak start dah), quick fix yang saya ceritakan sebelum ini tak berkesan agaknya :P Sekarang ini, ia dah pun selamat dihantar ke kedai. Kalau ada alat, mahu saja saya troubleshoot sendiri. Bosan tak ada komputer nih kalau lama2 :P

Mujur la ada laptop lama kepunyaan famili saya. Laptop ni dah nak masuk 7 tahun umur dia. Masih elok, cuma disimpan saja lah, sebab kami dah ada laptop lain yang lebih baru. Patutlah orang kata, yang lama jangan dilupakan, ada masa berguna juga :) Laptop brand apa? Laptop Fujitsu :) Jadi tahulah anda sekarang kenapa saya gemarkan brand Fujitsu :P

Laptop ini boleh dikategorikan sebagai ‘oldies’ juga, sebab ia pakai WIndows ME. Bukan WIndows XP, bukan juga Vista. Pastilah kan? Dah 7 tahun umurnya. Silap2 ada antara anda yang tak pernah dengar atau guna pun Windows ME ni. Saya pun dah hampir lupa tentangnya. Lagi2 bila dah seronok pakai Windows XP.

Apa itu WIndows ME?

Windows ME adalah sistem operasi komputer keluaran Microsoft sebelum Windows XP. ME itu adalah singkatan dari Millenium Edition. Sebut tentang millenium, dah pastilah ia dikeluarkan pada tahun 2000 :) Ingat isu Y2K? Pada tahun yang sama la tu. Tapi, tak bertahan lama. Dalam masa setahun dah dilawan oleh Windows XP.

Pastilah, banyak perbezaan antara Windows ME dengan XP. Masa saya guna XP, ada sesetengah fungsi yang saya ambil mudah. Bila dah guna ME, baru tahu dan sedar, rupa2nya fungsi ini tak ada dalam ME. XP juga lebih user-friendly dan lebih kepada grafik berbanding ME.

Ok, ini saya print screen gambar dari laptop ini. Cuba bandingkan dengan komputer anda (pergi ke Menu Add/Remove Programs di Control Panel). Berbeza bukan?

(Klik pada gambar untuk gambar penuh)

Anda mungkin terasa buruk hoho, ya lah berbanding dengan XP kan? :P XP lebih lively dan berwarna. Tapi, ada juga yang suka begini, mungkin kerana lebih mudah dan simple.

Oh ya, satu kelebihan XP, dengan XP, anda tak perlu install driver untuk mouse (USB). Saya baru sedar, di WIndows ME, saya perlu ada driver untuk install mouse. Tapi, tak boleh salahkan ME juga, kerana pada masa itu, mouse kebanyakannya adalah menggunakan penyambung jenis PS/2 (sama seperti penyambung keyboard).

Kekurangan menggunakan komputer lama

Selain dari sudah terlalu biasa menggunakan Windows XP, saya juga terpaksa mencari program2 lama untuk memastikan laptop ini dapat digunakan. Bayangkan, Mozilla Firefox yang saya pakai ini, adalah dari versi 1.0. Versi 3.0 (terbaru) tidak disokong oleh laptop ini. Ada juga program2 lain, yang saya perlu cari kembali, kerana tak semua program baru disokong oleh Windows ME. Mujur ada website ini, untuk saya cari kembali program2 versi lama :)

Ok lah..kali ini saya hanya berkongsi info tentang Windows ME :)

Jumpa lagi di lain kali…

PS: Saya juga sibuk dengan servis ini sekarang, jadi sesiapa yang berminat boleh hubungi kami di sini :)

Apa khabar semua? :)

Update cerita WaidaKmy

(saya pun nak buat gaya snippets juga macam orang lain :) )

1. Saya tengah mengumpul semangat ni hehe. Seram pula rasanya, tapi Insya Allah boleh :) Saya akan interview seseorang yang berjaya dalam bidangnya. Wish me luck!! (update 9.34pm - alhamdulillah selesai.. :) )

2. Puas hati setelah berjaya buat temporary fix untuk pc saya ni ha ha *evil laugh* (boleh tengok apa masalah saya di sini). Cukuplah sementara nak hantar ke kedai. Harap2 orang tu datang ambil esok.

3. Selesai satu masalah, datang masalah lain pula. Degil sungguh trojan 2fiji.com ni (atau ckvo.exe) walaupun setelah dibuang berkali2 dari komputer (juga registry). Ada orang suggest pakai clorox haha. Memang patut pun. Saya patut ‘clorox’ aje (baca = format) komputer ni..

4. Belajar satu benda baru (berkait dengan no. 3). Sambung ke Internet dalam Safe Mode sangat berbahaya, kerana antivirus tak di-load. Firewall pun perlu buka secara manual. Jadi, berhati2 lah. Saya terperasan pun dah lambat, itu yang ada trojan terlepas masuk juga tu

Huu..panjang dah update saya ni. Jom lihat tips kali ini.. :) Tips ini adalah sambungan dari tips sebelumnya, dengan disertakan gambar.

Tandakan emel SPAM sebagai SPAM

Ada yang mengadu sebelum ini, banyak emel SPAM yang masuk ke inbox emel mereka. Sebenarnya, servis emel seperti Yahoomail atau Gmail, bukanlah bijak sangat untuk menapis sesetengah emel SPAM. Jadi, tugas kita lah untuk memberitahu mereka emel bagaimana yang kita rasa SPAM (lihat apa yang boleh dikategorikan sebagai SPAM).

Di bawah ni, ada gambar (yang self-explanatory), cara untuk kita beritahu Yahoomail atau Gmail, emel tersebut adalah emel SPAM. Klik pada gambar untuk imej yang lebih besar (tekan back jika ingin kembali ke blog ini :) )

Untuk Yahoomail

Untuk Gmail

Selamat Malam.. :)

avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 3012345»...Last »