Category: Asas Komputer

Salam mesra semua :)

Sihat2 kah anda semua? Saya kurang sihat sejak pulang dari Miri. Batuk dan selsema sikit. Memang musim agaknya. Banyak juga yang terkena, saya lihat sekarang.  Jaga diri anda baik2 :)

Terima Kasih Ardzham menyokong saya tentang post yang dicilok itu (siap tulis komen :) ). Saya dah pun flag blog tu. (Butang flag bar ada di bahagian atas, untuk yang guna Blogger.com lah). Tujuan flag untuk memberitahu Blogger.com blog tu ada ‘questionable’ content :)

Tak apalah. Saya malas mahu meng’glamor’kan banyakkan trafik lagi blog tersebut. (Jadi tak mahu letak link ke blog tu lagi)

Oh ya, satu soalan kuiz untuk anda.

Apa aplikasi Microsoft Office yang paling kurang sekali diguna?

Agak2 apa jawapannya? Apa pendapat anda kalau saya katakan MS Access? Dipakejkan sekali dengan pakej asas Microsoft (MS) Office, tapi sayang jarang digunakan. Dulu terus terang saya pun tak tahu, apa lah kegunaan MS Access ni. Bila dah gunakan MS Access untuk membuat projek tahun akhir masa saya di Universiti dulu, baru lah nampak tujuan MS Access ni.

Untuk apa MS Access ini?

Anda boleh gunakan program ini untuk membina database. Hoho. Database tu apa pula? Database adalah koleksi data yang tersusun.

Ok, katakan anda menjual pakaian wanita. Pakaian yang anda jual pula berbagai saiz, warna dan jenama. Harga juga akan berbeza2 untuk setiap helai. Ringkasnya, setiap helai pakaian, akan ada data tentang saiz, warna, jenama dan harga. Kemudian, semua data untuk setiap helai direkodkan dan disusun secara teratur. Ini lah makna asas database.

Guna Excel pun boleh…

Hmm, kalau begini, guna MS Excel pun boleh (biasa pun buat tu). Jadi, apa kelebihan MS Access berbanding MS Excel? Sebenarnya, konsep kedua2 program ini berbeza. MS Access adalah database, manakala MS Excel adalah spreadsheet. Spreadsheet selalunya digunakan untuk membuat pengiraan, kerana itulah banyak formula matematik dalam MS Excel yang kita boleh guna.

Table dan relationship asas MS Access..

MS Access pula yang berkonsepkan database, asasnya pada table dan relationship. Berbalik pada contoh di atas tadi, jika anda menjual pakaian wanita, akan ada sekurang2nya 2 table iaitu pakaian dan jualan. Table pakaian tadi pula akan ada field seperti nama pakaian, warna, jenama, harga dan lain2 berkenaan pakaian tadi. Table jualan pula akan ada field seperti tarikh jual, tarikh beli, nama pembeli dan lain2 lagi yang berkaitan dengan jualan pakaian anda. (Anda tentukan sendiri table dan field anda sebenarnya :) )

Relationship pula, apa hubungan antara table2 yang telah dibuat tadi, iaitu jualan dan pakaian, bergantung kepada jenis relationship. Ada 3 jenis relationship iaitu 1:1 (1 ke 1) , 1: M (1 ke banyak) atau M:1 (banyak ke 1). Katakan setiap jualan hanya boleh jual satu pakaian sahaja (saya tahu ini kurang logik :P ) , relationship yang ditentukan antara kedua2 table, adalah 1:1. Lebih kurang begitu analoginya.

Itu je fungsi MS Access?

Aha, bukan setakat ini saja fungsi MS Access. Kepentingan data ni, bukan setakat menyimpan dan menyusun data, tapi kebolehan untuk extract kembali data pada masa depan. Dengan MS Access, anda boleh melihat berapa pakaian yang telah terjual, masih di dalam stok dan lain2 lagi. Siap boleh buat invois lagi (ini pun saya baru perasan :) )

Bagaimana? Menarik bukan MS Access ni? :)

Jika berminat untuk belajar MS Access ini, apa kata anda tolong saya isi survey ini? Saya ingin tahu adakah anda berminat untuk belajar MS Access dan kenapa anda berminat.

Jumpa lagi :)

PS: Saya akan berikan servis percuma kepada orang yang mengisi jawapan paling menarik. Pastikan anda isi emel dengan betul. Susah nak dapat peluang ini :) (Servis begini selalunya berharga RM100 ke atas)

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon

Apa khabar? :)

Lambat pula kali ini saya update. Maafkan saya. Sibuk mengemas barang2 lama. Tak sangka banyak juga “junk” yang telah dikumpul :D

Pertanyaan yang saya dapat dari saudara Husni,

Salam,
laptop saya kalau sambung kat lcd,gambar di skrin lcd sahaja yang nampak,x nampak di skrin
laptop walaupun dah tekan fn f3,macamana nak soft problem untuk nampak kedua2 skrin.

Untuk membolehkan kita nampak paparan pada kedua2 skrin (laptop dan LCD), bergantung kepada jenis laptop. Contohnya, laptop saya, brand HP boleh paparkan pada skrin laptop dan LCD. Brand Fujitsu pun saya pernah tengok orang buat sebegitu. Saya rasa bergantung kepada berapa lama usia laptop anda berbanding brand. Jika lebih baru laptop, lagi tinggi kebarangkalian untuk boleh dipaparkan pada kedua2 skrin.

Oh ya, untuk pengetahuan, kita memang boleh sambungkan LCD monitor kepada laptop. Selalunya, supaya boleh melihat dengan jelas. Ya lah, skrin laptop kita comel saja :) Lebih puas tengok movie di skrin LCD monitor berbanding skrin laptop.

Sambungkan LCD monitor ke laptop

  1. Sambungkan kabel VGA LCD monitor kepada VGA port di laptop
  2. Sambungkan juga kabel kuasa monitor kepada punca elektrik dan hidupkan monitor.
  3. Gambar akan muncul secara automatik di skrin monitor, atau boleh  jadi juga anda perlu tekan sesetengah kekunci keyboard untuk menukar gambar kepada skrin monitor. Lihat pada kekunci keyboard laptop, dan cari gambar monitor. Selalunya pada kekunci F3, F5, F8 atau F9. Jangan lupa tekan kekunci Fn bersama2 kekunci monitor tersebut.

Contoh VGA Port di Laptop

Contoh VGA port di laptop

Selamat mencuba!! :)

PS: En Zainal Ali bin Suhaimi, minta tolong hubungi saya. Boleh guna ruang “Hubungi Saya” di bahagian atas. Jangan lupa sertakan alamat email yang betul. Terima kasih!

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon

Salam mesra semua pembaca WK :)

Terubat hati membaca komen kalian semua :) (cewah). Kurang sikit rasa geram dengan diri sendiri hoho.

Lambat Update Blog?

Maafkan saya sekali lagi (saya tahu dah banyak kali ni huhu). Saya tahu, akhir2 ni, post di blog Wanita & Komputer dah jarang2. Saya harap anda semua masih setia membaca di sini :) . Apa kata anda langgan notis pemberitahuan di sebelah kiri blog ini, di bawah tajuk “Baca Blog Di Email”? Mudah la anda nak tahu bila saya tulis artikel baru, sebab ada notis pemberitahuan terus ke email anda.

Masalah Saya…

Sebenarnya, selain dari masalah monitor desktop saya tu, laptop saya (pejabat punya sebenarnya hehe) juga ditimpa masalah. OFF secara tiba2 (saya tengah menulis di blog ini lah, Tips yang ke-28), dan sampai sekarang ini tak boleh nak ON. Saya agak masalah BIOS, sebab nak boot (= start) pun tak boleh. Tapi, tak apalah, sebab pejabat punya, jadi pulangkan pada pejabat je. Tak perlu pening2 kepala hehe

Mesti anda pelik. Apa kaitan laptop saya rosak dengan saya jarang tulis posting di blog Wanita & Komputer ni. Hmm, sebenarnya, sejak hujung April sehingga la ke awal Jun nanti, saya banyak move around, dari Lumut hinggalah ke Johor. Jadi, susah sikit lah saya, bila laptop rosak ni. Saya boleh update blog ini hujung minggu je sebab balik rumah. Maafkan saya yeh ;)

Tips Komputer Kali ini?

Ok lah, alang2 saya sebut BIOS kat atas tu, biar lah saya cerita sedikit sebanyak pasal BIOS (cara sebut dia , ba-yos) kali ini.

Apa itu BIOS?

BIOS = Basic Input/Output System

BIOS adalah kod firmware yang mula2 running, bila kita ON PC kita. Pernah perhatikan apa yang muncul di monitor selepas ON PC? Biasa tengok seperti ini?

(sumber gambar dari http://www.pcbuyerbeware.co.uk/BIOS.htm)

Selingan - Firmware lebih kurang sama macam perisian (software) juga, cuma bezanya, ia pada perkakasan (hardware). Firmware sudah di-install siap2 masa pembuatan barang2 elektronik tu lagi. Contohnya, pemain MP3 kita, apa yang membolehkan kita pilih dan play lagu, adalah disebabkan firmware.

Jadi sama macam pemain MP3 kita, komputer kita pun perlukan firmware untuk start up, iaitu BIOS. Itulah sebabnya, jika BIOS rosak atau corrupt, memang komputer tak dapat di ON langsung. Sama juga kesnya jika motherboard anda rosak, kerana motherboard adalah perkakasan untuk BIOS.

Setelah BIOS berjaya loading, baru lah Windows sebagai Operating System akan boot. BIOS lah yang sebenarnya boot Windows dari harddisk. Sekarang anda tahu kenapa logo Windows akan keluar selepas skrin hitam tu :)

Sekian cerita saya kali ini :)

PS: Baru saya tahu, ada kod bunyi jika BIOS ada masalah, hoho. Boleh rujuk di sini

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon
avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 212»