Category: Teknologi

Apa khabar semua? :)

Maaflah. Tajuk kali ini hype sikit dari biasa heh. Kalau anda terkejut baca tajuk ni, saya lagi terkejut. Tidak sangka ada yang search keyword sebegini di Internet. Saya terjumpa keyword ini, sedang saya tengok2 keyword apa yang sebabkan anda semua sampai di blog Wanita & Komputer ni

Ada juga yang hantar emel pada saya, tentang satu program XX (nama di rahsiakan atas sebab2 tertentu). Fungsinya untuk curi password orang. Agak bahaya juga jika digunakan salah tempat huhu (saya harap perisian ini berbayar). Pastikan anda pasang password yang strong! Saya pun baru tahu kewujudan program ini bila search nama program ini. Sila berhati2

Saya pun dah ada sikit menyesal, sebab saya dah terbalas emel tu. Mujurlah saya hanya jawab definasi saja. Saya harap orang itu bertanyakannya untuk tujuan yang baik (hack ke akaun sendiri yang terlupa password contohnya, sangka baik ni :) ) Jika ada yang terlibat, tolonglah hentikan.

Cerita yang lebih kurang sama dari Alang, “Apabila Kos Hidup Semakin Tinggi dan Moral Semakin Rendah

Macam2 fiil orang sekarang ni..

Update Info Pertandingan Komik

Berita baik! Pertandingan Komik di waidakmy.com belum tamat lagi! Saya telah buat keputusan untuk panjangkan tempoh sehingga ke hujung bulan ini (31/8). (Macam kejam pula suruh orang lukis komik dalam masa 2 minggu hehe). Jadi, masih ada 2 mingu lebih lagi untuk hantar lukisan komik anda pada saya. Jika anda tak boleh melukis, apa kata cari kawan yang boleh melukis dan anda buat ceritanya? :)

PS: Catzer, demam lagi ke? Tag tu saya buat post akan datang la. Baru perasan tag tu lepas dah tulis post ni heh

PPS: Lambat sikit saya post artikel baru. Saja bagi laluan kepada post Pertandingan Komik..

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon

Salam mesra semua ,

Apa 7 perisian yang WAJIB ada dalam pc anda? Dengan kata lain, kalau tiada 7 perisian ni, tak ceria hidup ini tanpanya (cewah )

Seronok tengok orang buat tag di blog, saya pun nak buat juga hehe. Saya nak kenakan tag pada 7 orang juga lah hehe, perisian ada 7 bukan? . Ok, 7 orang tu MK, Kak Zawiah, AmzaniShueqry, ShawnSharif, Kaorunamba dan Nash. Saja seronok2, saya tak kisah anda mahu buat atau tidak. Kalau buat lagi bagus

Ok, berikut 7 perisian yang WAJIB ada dalam pc saya. Senarai ini lebih kepada perisian main2 ehe. Kalau antivirus atau firewall tu tahap dia lebih dari wajib. Kedua2 ni saya akan install sebelum saya masuk internet lagi.

  • Firefox

Browser wajib ada dalam pc saya. Wajib sebab suka surf internet ngeh2. Biasalah sejak2 ada streamyx kan? Kalau tak surf internet satu hari, macam hilang seri huhu. Ni kes addicted dah ni hoho.

  • Winamp

Pemain muzik mp3 yang saya paling suka walaupun banyak pemain lain yang lagi canggih dan hebat. Itu tak penting bagi saya, yang penting cepat load bila start dan boleh main muzik hehe

  • VLC player

Perisian ini untuk main video. Seronoknya, tak perlu install codec untuk mainkan video. Ringan, dan tak banyak kerenah. Paling utama, tak menggangu konsentrasi jika tersentuh keyboard / mouse. Jika anda selalu guna Windows Media Player, anda mungkin tahu maksud saya

  • utorrent

Klient torrent yang saya paling suka setakat ini. Ringan, dan tak perlu nak install. Memang sesuai dengan namanya. utorrent = microtorrent = torrent yang super kecil

  • Editor gambar, contoh macam ACDSee, Adobe Photoshop dll

Program editor gambar, mudah untuk saya edit gambar dengan pantas. Boleh juga jadi viewer untuk tengok gambar2 sedia ada dalam komputer.

  • Perisian kompres fail contoh macam Winrar, atau Winzip

Susah kalau tak ada program ini, sebab installer saya banyak yang berakhir dengan .rar. Untuk extract, saya kena lah install winrar ke dalam komputer dulu.

  • Games

Ini pun termasuk juga lah ye. Mesti ada beberapa game, untuk elakkan kebosanan dan kadang2 mengisi masa lapang

 

Ok. cukuplah setakat itu je. Jumpa lagi. Harap saya dapat baca tag anda di blog anda

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon

Berjumpa lagi kita ,

Tengah sibuk baca buku Wang, Anda Dan Islam oleh Zaharuddin atau lebih dikenali dengan Ustaz Zaharruddin / Zahar saya rasa. Personally tak pernah jumpa lagi la, hanya tengok di cover buku tu je la hoho. Beli buku ni pun sebab masa tu ada promosi diskaun di website Azizi Ali hehe. 20% diskaun kalau tak silap hehe. Bagus buku ni, sebab kadang2 kita terlupa kan duit yang kita dapat tu dari sumber yang halal atau tidak. Saja sebagai rujukan tambahan, tapi buku ni lebih ke arah fakta bukan bercerita la. Cepat ngantuk bila baca fakta

Kenapa tiba2 saya cerita pasal buku ni sebab salah satu hobi selain dari mengadap PC adalah baca buku. Kawan2 saya memang tahu saya ulat buku hoho. Hmm, patutnya saya letak gambar koleksi buku dan komik saya di sini . Uhu, saya kena kemas dulu ni

Ok, dulu saya pernah syorkan anda guna Firefox bukan? Ini saya kenalkan satu lagi program browser untuk tatapan anda. Jeng Jeng perkenalkan Opera - browser alternatif anda.

 

Bagi saya lebih kurang macam Firefox la Opera ni. Hati dah suka guna Firefox kan, hehe. Nak buat macam mana, saya kenal Firefox sebelum kenal Opera. Saja saya kenalkan anda dengan pilihan browser untuk anda, selain Firefox. Yang penting katakan TAK kepada Internet Explorer hoho.

Kalau ikut Khairul, dia ada sebab kenapa dia memilih Opera. Boleh baca di sini, 5 sebab dia yeh. Yang saya boleh akui, satu kelebihan Opera ni, anda boleh baca email di Opera. Jika berminat, boleh baca langkah2 yang ditulis oleh Khairul di sini.

Di Firefox, belum ada lagi fungsi ni, mungkin boleh dicapai kalau anda tambah extensions. Oh ya, Firefox perlukan extensions untuk tambah kebolehannya. Nak cari extensionnya, bak kata Kaorunamba, tanya Pakcik Google . Atau lebih mudah, hanya klik "Tools" dan pilih "Add-On". Nanti satu kotak akan keluar, cari tulisan kecil di bawah sebelah kanan "Get Extensions". Klik situ, nanti anda akan dibawa ke satu website Firefox.

PS: Nak emoticon yang comel (sebenarnya lebih kepada sinis haha)? Boleh cuba tengok kat sini hoho

Share and Enjoy:
  • blinkbits
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • digg
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • De.lirio.us
  • Live
  • MyShare
  • StumbleUpon
avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 3123»