Salam mesra semua
Maaf tiada tips komputer untuk anda. Kali ini, lebih kepada etika dalam dunia internet. Memandangkan dalam internet kita tidak bersua muka, kita selalu melupakan untuk berbudi bahasa lebih2 lagi orang yang kita tidak kenal. Tiada masalah kalau bercakap dengan orang yang kita memang sudah kenal.
Tak kiralah melalui chatting atau email, ada beberapa etika yang kita perlu patuhi, terutamanya jika ingin meminta tolong dari orang yang baru kita kenal. Tentu lebih seronok bukan, kalau yang meminta tolong tu menulis dengan penuh sopan santun?
Kita yang membaca pun tentu lapang hati
Apa kata mulakan dengan ucapan selamat terlebih dahulu. Kemudian, boleh la ceritakan serba sedikit masalah yang dihadapi, baru lah masuk ke dalam soalan yang hendak ditanya. Intro la lebih kurang hehe. Jangan pula berjela-jela. Tips mudah ingat KISS (Keep It Short & Simple)
Sejak akhir2 ini, saya selalu dapat emel yang inginkan saya mengajar mereka. Masalahnya, apa yang diminta terlalu umum. Serba salah juga. Bagaimana saya nak tolong untuk sesuatu yang terlalu umum. Katakan, saya minta tolong anda ajar saya masak (contoh ni). Mesti anda terfikir, masak apa? Masakan melayu? Masakan cina? Masakan eropah? Hehe. Penat tu kalau anda nak ajar saya semua
Selain itu, saya juga punyai kekangan masa untuk mengajar seseorang dari A ke Z. 8 ke 5 saya bekerja di ofis. Malam pula saya menulis di blog (ada juga la kerja2 lain). Pada masa sekarang, “Masa” tu macam satu komoditi berharga (cewah). Mungkin, pada masa depan, saya mampu buat modul pengajaran untuk anda
Insya Allah.
Oh ya, jangan la pula lepas ini, tak mahu beri komen yang membina untuk blog ini hehe…Ini sangat2 dialu-alukan
PS: Tahukah anda, menulis dengan huruf besar semua bermakna “flaming” atau marah. Jadi, berhati-hati ye kat mana guna
Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di 

