Salam mesra dari Johor :D

Apa khabar? Anda semua sihat? Saya sihat2 saja di Johor ni :) Di pejabat yang dikelilingi oleh laut yang penuh dengan kapal termasuklah jack-up rig hoho dan hanya 7km dari Pulau Batu Putih :D (boleh teka saya di mana? hehe)

Saya tahu teknikal sikit tips minggu lepas itu, hoho. Kalau kurang faham, boleh tinggalkan komen dan saya akan cuba untuk fahamkan anda :)

Ok, tips komputer kali ini.

Dalam komputer kita ada harddisk (atau harddrive), yang bertugas untuk simpan kesemua data kita. Ada komputer yang ada 1 harddisk saja, ada juga yang lebih dari 1. Jangan risau, kita boleh pastikan berapa kuantiti harddisk kita.

Cara pastikan kuantiti harddisk dalam komputer kita

  1. Klik kanan “My Computer” dan pilih “Properties” dari menu yang keluar
  2. Pilih tab “Hardware” dari menu “System Properties”
  3. Klik “Device Manager”
  4. Pada menu “Device Manager”, expand (dengan klik simbol + ) pada “Disk Drive”

Kalau ada 1 saja pada menu “Disk Drive” itu, 1 sajalah harddisk anda tu. Kebiasaannya, pada masa sekarang ini, komputer ada 1 harddisk saja. Melainkan anda punyai beratus2 Giga, itu ada kebarangkalian lebih dari 1 harddisk.

Panjang pula dah ni (ingat nak tulis pendek saja hoho, nak pergi JB la katakan :P )

Ok, tips yang sebenarnya, jika komputer anda ada 2 harddisk, pastikan anda guna 1 harddisk untuk install windows (selalunya drive C: lah), dan 1 lagi untuk simpan fail2 penting anda. (My Documents termasuk dalam drive C: )

Apa kepentingan buat sebegini?

Jika buat begini, lebih mudah untuk selamatkan fail2 penting anda, jika berlaku apa2 pada komputer anda. Selalunya, masalah sentiasa berlaku pada drive C: (atau drive yang ada windows) tak kiralah, diserang virus atau apa pun. Jadi, bila anda simpan dalam drive selain C:, bila ada keperluan untuk format windows, fail anda selamatlah dari menjadi mangsa format :)

Apa pun, untuk lebih selamat, sentiasa lah backup fail penting anda ke CD atau DVD.

Oh ya, saya tahu ramai yang hanya ada 1 harddisk saja. Jadi bagaimana? Dah terlebih panjang ni, jadi saya sambung dalam artikel seterusnya hehe :D

avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 11