Salam mesra semua
Sihat2 kah anda semua? Saya kurang sihat sejak pulang dari Miri. Batuk dan selsema sikit. Memang musim agaknya. Banyak juga yang terkena, saya lihat sekarang. Jaga diri anda baik2
Terima Kasih Ardzham menyokong saya tentang post yang dicilok itu (siap tulis komen
). Saya dah pun flag blog tu. (Butang flag bar ada di bahagian atas, untuk yang guna Blogger.com lah). Tujuan flag untuk memberitahu Blogger.com blog tu ada ‘questionable’ content
Tak apalah. Saya malas mahu meng’glamor’kan banyakkan trafik lagi blog tersebut. (Jadi tak mahu letak link ke blog tu lagi)
Oh ya, satu soalan kuiz untuk anda.
Apa aplikasi Microsoft Office yang paling kurang sekali diguna?
Agak2 apa jawapannya? Apa pendapat anda kalau saya katakan MS Access? Dipakejkan sekali dengan pakej asas Microsoft (MS) Office, tapi sayang jarang digunakan. Dulu terus terang saya pun tak tahu, apa lah kegunaan MS Access ni. Bila dah gunakan MS Access untuk membuat projek tahun akhir masa saya di Universiti dulu, baru lah nampak tujuan MS Access ni.
Untuk apa MS Access ini?
Anda boleh gunakan program ini untuk membina database. Hoho. Database tu apa pula? Database adalah koleksi data yang tersusun.
Ok, katakan anda menjual pakaian wanita. Pakaian yang anda jual pula berbagai saiz, warna dan jenama. Harga juga akan berbeza2 untuk setiap helai. Ringkasnya, setiap helai pakaian, akan ada data tentang saiz, warna, jenama dan harga. Kemudian, semua data untuk setiap helai direkodkan dan disusun secara teratur. Ini lah makna asas database.
Guna Excel pun boleh…
Hmm, kalau begini, guna MS Excel pun boleh (biasa pun buat tu). Jadi, apa kelebihan MS Access berbanding MS Excel? Sebenarnya, konsep kedua2 program ini berbeza. MS Access adalah database, manakala MS Excel adalah spreadsheet. Spreadsheet selalunya digunakan untuk membuat pengiraan, kerana itulah banyak formula matematik dalam MS Excel yang kita boleh guna.
Table dan relationship asas MS Access..
MS Access pula yang berkonsepkan database, asasnya pada table dan relationship. Berbalik pada contoh di atas tadi, jika anda menjual pakaian wanita, akan ada sekurang2nya 2 table iaitu pakaian dan jualan. Table pakaian tadi pula akan ada field seperti nama pakaian, warna, jenama, harga dan lain2 berkenaan pakaian tadi. Table jualan pula akan ada field seperti tarikh jual, tarikh beli, nama pembeli dan lain2 lagi yang berkaitan dengan jualan pakaian anda. (Anda tentukan sendiri table dan field anda sebenarnya
)
Relationship pula, apa hubungan antara table2 yang telah dibuat tadi, iaitu jualan dan pakaian, bergantung kepada jenis relationship. Ada 3 jenis relationship iaitu 1:1 (1 ke 1) , 1: M (1 ke banyak) atau M:1 (banyak ke 1). Katakan setiap jualan hanya boleh jual satu pakaian sahaja (saya tahu ini kurang logik
) , relationship yang ditentukan antara kedua2 table, adalah 1:1. Lebih kurang begitu analoginya.
Itu je fungsi MS Access?
Aha, bukan setakat ini saja fungsi MS Access. Kepentingan data ni, bukan setakat menyimpan dan menyusun data, tapi kebolehan untuk extract kembali data pada masa depan. Dengan MS Access, anda boleh melihat berapa pakaian yang telah terjual, masih di dalam stok dan lain2 lagi. Siap boleh buat invois lagi (ini pun saya baru perasan
)
Bagaimana? Menarik bukan MS Access ni?
Jika berminat untuk belajar MS Access ini, apa kata anda tolong saya isi survey ini? Saya ingin tahu adakah anda berminat untuk belajar MS Access dan kenapa anda berminat.
Jumpa lagi
PS: Saya akan berikan servis percuma kepada orang yang mengisi jawapan paling menarik. Pastikan anda isi emel dengan betul. Susah nak dapat peluang ini
(Servis begini selalunya berharga RM100 ke atas)
Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di 

