Salam hormat pembaca2 semua
,
Sibuk ke cuti minggu hari tu? Saya pulak sibuk dengan Projek Rahsia saya
Tak sangka dalam sibuk2 nak siapkan, terjumpa sesuatu yang menarik (bagi saya lah). Yang paling kelakar sekali, tambah 1 patah perkataan je pada satu perkataan biasa, macam jumpa lubuk emas (cewah
)
Dulu kan, saya selalu terfikir, dalam template powerpoint free tu, mana orang yang reka template tu dapat gambar2 orang beraksi2? Dah la macam professional pulak tu. Saya ingat, memang dia tangkap gambar tu sendiri hoho, mana la tau kan, kot2 kawan2 dia ke 
Kalau cari di internet pun, bila search, rata-rata gambar yang dah pun di-edit, dah dimasukkan tulisan. Satu kerja pulak la kan, nak buang tulisan tu. Kalau tak pandai edit, memang nampak tak cantik hasil akhirnya nanti. Oh ya, saya kalau search gambar kat internet, saya guna fungsi Google images. Lepas tu taip je apa gambar yang kita nak.
Sebenarnya, nak dapatkan gambar2 untuk buat template, brochure, poster, wallpaper ke apa2 la, mudah je nak dapatkan. Yang penting, tahu caranya.
Contoh gambar yang saya cakap ni

Menarik kan?
Ok lah, gambar2 macam ni kita panggil stock photo. Dapat tau pun bila ada orang bincang pasal ni dalam forum yang saya join, wangcyber.com hoho. Bila baca apa yang diorang tulis, terfikir jugak apa benda la "stock photo" ni. Bila dah google "stock photo" baru lah tau apa bendanya hehe
Jadi, kalau anda nak, taip saja "stock photo" kat Google dan Enter
. Tapi jangan lupa, baca syarat2, apa yang boleh dibuat dengan gambar tu. Ada ditulis tu, nanti langgar hakcipta orang lain pula
PS: Lepas ni boleh la hias artikel2 ni dengan gambar stock photo 
Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di 

