Jumpa lagi kita ya ,

Saya dah kongsi cara pertama untuk check IP address post lepas. Kali ni saya kongsi cara kedua untuk check IP address.

 

Macam mana nak check IP address

Cara 2 : Command prompt

  • Klik butang "Start"
  • Klik butang "Run"
  • Taip "cmd.exe" dalam kotak Run yang muncul tu
  • Taip "ipconfig" dalam kotak C:\WINDOWS\system32\cmd.exe

Boleh lihat IP address anda seperti di bawah ini

Mudah bukan? Dah tahu bagaimana nak tengok IP address komputer sendiri. Lepas ini, saya akan kongsikan bagaimana nak tukar IP address tersebut.

Jumpa lagi..

Salam sayang semua ,

Menjawab pertanyaan seseorang di email semalam tentang cPanel, tersentuh pula tentang IP address. Terfikir dalam hati, boleh tulis pasal IP address kat blog Wanita & Komputer nih hehe. Jadi, cerita tentang IP address lah kita hari ni

Ok, IP address itu apa? IP address atau Internet Protocol address ni satu nombor unik yang disetkan pada setiap komputer yang bersambung ke internet. Lebih kurang macam alamat rumah, tapi ini untuk komputer. Contoh IP address macam ini,  125.76.87.60. 4 nombor unik yang diselang dengan titik antaranya.

Macam mana nak check IP address?

Cara 1 : Klik kanan ikon network

  • Klik butang "Start"
  • Pilih "Settings" dan klik "Network Connections"

atau jika Toolbar Setting anda jenis baru (bukan classic style)

  • Klik butang "Start"
  • Pilih "Connect to" dan klik "Show all connections"

Satu menu "Network Connections" akan muncul

  • Klik kanan pada ikon network yang aktif dan pilih "Status"
  • Pilih tab "Support"
  • Boleh lihat apa IP address untuk komputer anda..

Saya akan share Cara 2 pula lain kali, gunakan command prompt

Jumpa lagi…

avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 11