Hai pembaca2 Wanita & Komputer ,

Buat apa cuti hari ini? Jalan2 shopping?

Saya pula, ingatkan cuti hari ni, nak tulis artikel kat blog ni, di samping buat projek rahsia lain hoho . Biasalah, cuti mesti dimaksimakan sehabis mungkin .

Tapi, habis semua planning saya lari hari ni, huhu. Sebabnya?? Gara-gara Streamyx down hari ni. Bukan tempat saya saja yang affected, satu Lembah Kelang hoho. Rasa2nya TM buat maintenance, kalau ikutkan recording telephone la masa call TM siang tadi. Sangap juga bila dah takde internet ni hohoho. Dah lewat petang barulah elok line Streamyx.

Jadi memandangkan dah lewat malam (saya kena bangun awal esok ), saya tulis yang ringkas2 saja kali ni . Lagipun, tak sempat nak fikirkan apa tips yang menarik nak share dengan anda semua.

Apa kata anda pula yang bagi cadangan? Apa tips yang anda nak saya kongsi? Tiada idea? Senang cerita, apa masalah yang selalu anda hadapi? Kalau saya tahu, saya cuba bagi jawapannya (tapi janganlah yang complicated sangat ya ). Banyak juga yang saya tak tahu lagi sebenarnya, tapi takpe kita sama2 belajar

avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 11