Salam semua ,

Dah cuba Tips ke 13 saya? (Klik di sini untuk baca apa Tips ke 13 saya)

Tips ke 14 kali ini datang ilham, bila saya tengah tulis Tips yang ke 13 tu. Rasa-rasanya penting juga untuk anda tahu perkara ini. Ramai yang pernah perasan fungsi ni dalam PC tapi tak pernah buat kot. Lepas saya tulis ni, boleh la anda cuba2 ya

Apa itu System Restore

System Restore ni fungsi yang memang ada dalam Windows. Kita boleh guna untuk kembalikan komputer kita ke keadaan asal, bila dah berlaku sesuatu. Untuk berjaya kembalikan keadaan komputer, perlu ada restore point terlebih dahulu.

Buat System Restore Point

Saya selalu amalkan buat System Restore point ni jika nak buat perubahan2 kritikal pada komputer. Untuk pengetahuan pembaca2 semua, Windows memang akan buat System Restore kadang kala secara automatik. Namun, perlu juga anda buat sekali sekala untuk backup.

Untuk Buka Menu System Restore

1. Klik butang "Start".

2. Pilih "Programs" kemudian pilih "Accessories".

3. Pilih "System Tools" dan kemudian pilih "System Restore".

 

Ada 2 pilihan yang kita boleh buat

A - Restore my computer to an earlier time - Kembalikan komputer kita kepada keadaan lalu

B - Create a restore point - Buat satu titik restore untuk bolehkan kita buat pilihan A di atas

Saya hanya akan ceritakan tentang pilihan B untuk tips kali ini.

1. Klik di pilihan B di dalam menu

2. Tekan butang "Next" di bawah

3. Di dalam kotak "Restore Point Description", isikan apa-apa maklumat yang boleh mengingatkan ada kenapa anda buat satu restore point in. Contohnya, "sebelum install games the Sims". Jadi, lain kali bila anda nak buat pilihan A, anda akan ingat kenapa anda buat restore point pada hari tersebut.

4. Selepas selesai, tekan butang "Create".

5. Tahniah, anda telah pun berjaya create satu restore point untuk komputer anda. Tekan butang "Close".

Jumpa lagi di post akan datang

avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 11