Apa khabar semua?
Tup2 dah seminggu berpuasa. Kejap je masa berlalu. Perlu kejar faedah bulan Ramadhan ni sebelum habis begitu saja.
Maafkan saya juga, kerana lambat ‘post’ komik2 tu. Saya sibuk kerjakan layout baru untuk blog Wanita & Komputer ni. Ingatkan boleh siapkan separuh hari meng’edit’, rupa2nya hampir satu hari. Habis semua plan saya ‘lari’. Belum siap sepenuhnya lagi ini, saya mahu ‘womanize’kan lagi layout ini
Tapi, tunggulah. Penat juga mata ni tengok coding HTML tu hehe
Bagaimana? Ok layoutnya? Saya dah tak larat tengok layout lama yang cukup serabut susunannya terutama sidebar. Oh ya, untuk hasil maksima, blog ini perlu di-view dengan Mozilla Firefox versi 3.0.
Semoga anda enjoy komik yang dilukis oleh pembaca kita
Komik dari Kakeru
((untuk imej yang lebih besar, klik pada gambar)
Bagaimana?
Pertama kali saya tengok, terus saya katakan dalam hati, “Wah Cerianya!”
Menjawab pertanyaan Kakeru, kenapa blog ini dinamakan Wanita & Komputer ?
Pertamanya…
Sebab yang menulis tips2 komputer untuk anda semua adalah wanita, jadi Wanita & Komputer lah
Keduanya…
Banyak wanita yang takutkan komputer, atau rasa ianya terlalu teknikal dan susah. (Maaf, saya tahu bukan kesemuanya
) Jadi saya nak ubah persepsi komputer bukan lah terlalu susah sangat. Ianya boleh dipelajari oleh sesiapa saja
Sebab itulah, blog ini memfokuskan tips2 komputer yang mudah2 saja, supaya boleh dipelajari oleh anda semua…bukan fokus pada wanita saja…
Saya percaya yang sesiapa pun boleh menguasai ilmu asas komputer asalkan ada minat dan kemahuan
Komik dari Fazly Eddy
(untuk imej yang lebih besar, klik pada gambar. Kemudian, tekan butang zoom untuk imej yang lebih jelas)
Kalau komik dari Kakeru, layoutnya macam komik Sailormoon, yang dilukis oleh Fazly Eddy pula, seperti Dragon Ball
Nampak ciri2 komik dari 2 jantina yang berbeza.
Kelakar juga sebenarnya. Walaupun saya kerap menghadap komputer, tidak lah muka saya jadi komputer juga.
Parah kalau ada yang jadi begini hihi
Moral dari komik ini, jangan duduk menghadap komputer sampai muka anda pun jadi komputer
Selingan Tips Kesihatan…
Pastikan selepas 30 minit menggunakan komputer, tenung benda yang jauh selama beberapa saat. Kemudian, tengok benda yang dekat kembali. Gilir2 perbuatan ini selama beberapa ketika.
Oh ya..mata pun boleh kering, tenung komputer lama2.
Jagalah mata anda sebelum mata anda disakitkan
Ok lah, jumpa lagi
PS : Saya di Johor ni. Kurang pula kemudahan PC dan Internet di tempat saya berada ni. Lambat sikit dapat reply emel atau komen anda semua


Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di 

