Salam dan apa khabar semua ,

Rasa macam lama tak tulis kat sini, walaupun last artikel bertarikh 20/3. (Hoho, sebenarnya sebab tulis in advance ).

Tengah2 syok layan MalaysiaBloggers.com, datang idea nak tulis apa untuk entri kali ni .

Biasa bukan pakai Power Point untuk buat presentation slide? Bila sebut Power Point, mesti tak sah kalau tak guna gambar untuk hias presentation slide tu. Selingan kejap - Jangan lupa untuk dapatkan stockphoto untuk slide anda, di sini. Entri kali ni bukanlah nak cerita tentang stock photo sebenarnya hehe.

Pernah anda bandingkan saiz fail powerpoint yang banyak gambar dengan yang tidak / kurang? Dari segi saiz fail? Kalau ikut secara logiknya, memang yang banyak gambar akan besar saiznya, selalu menghampiri MB. Apa yang membuatkan fail ni bersaiz besar adalah gambar2 yang terisi di dalamnya. Tension juga kalau fail ni besar sangat, susah untuk hantar attachment melalui emel.

Ok, apa yang saya buat selalunya? Gambar yang akan di-paste atau di-insert, saya akan kecilkan atau resize dulu guna program editor gambar. Kadang2 guna ACDSee, kadang2 GIMP. Mana2 editor gambar, fungsinya lebih kurang sama saja, jadi saya tak kisah sangat. Boleh tengok cara saya resize guna ACDSee di sini.

Bukan boleh resize dalam Power Point ke? Memang boleh, tapi apa yang anda buat tu bukan resize dalam erti kata sebenar. Apa yang terjadi, jika resize di Power Point, panjang atau lebar gambar akan berubah, tapi tidak bilangan pixel. (Pixel tu unit terkecil dalam gambar, macam sel dalam manusia ). Banyak pixelnya, makin besar saiznya.

Jika resize gunakan editor, anda ubah panjang dan lebar, dan juga bilangan pixel. Itulah resize yang sebenarnya. Sebab itulah, untuk kurangkan saiz fail Power Point anda, resize gambar2 yang mahu diletak terlebih dulu, sebelum paste pada slide.

Untuk lebih kurangkan saiz, gunakan gambar berformat .gif berbanding .jpg. Gambar JPG lebih berkualiti kerana bilangan pixelnya lebih banyak.

PS : Saya tak reti nak bubuh gambar untuk hias entri kali ini, huhu.

avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 11