Salam mesra pembaca2 sekalian ,

Seperti yang dijanjikan, tips kali ini atas permintaan ShawnSharif. Saya fikir ada baiknya saya sharekan kepada anda sekali "how-to" yang diminta. Tapi, saya minta anda semua, untuk tips kali ini, praktikkan tips ini untuk program2 yang anda tahu saja. kalau tak pasti, biarkan saja ye. Bab2 komputer ini kalau nak dicuba, kenalah cuba dengan bijak, maknanya anda tahu apa yang anda buat. Kalau tak pasti, bertanya betul2 pada yang tahu dulu eh.

Tahu tak anda kenapa pc anda ambil masa yang lama sangat2 untuk loading windows? Kira berzaman lah anda tunggu kata lainnya hehe . Ada banyak punca, tapi salah satunya, mungkin disebabkan terlalu banyak program yang loading masa startup.

Untuk elakkan program2 yang anda install tu run automatically masa startup, ada cara untuk disable kannya. Amaran berhati2 untuk anda dari saya!! Pilihla program untuk disable dengan bijaksana. Contoh program yang boleh disable, program2 yang memang jarang2 anda guna.

Tips mudah dulu dari saya sebelum share yang sedikit susah. Dalam "Start Menu", ada folder "Startup" salah satunya kan? Delete mana2 shortcut program yang anda tak mau start automatic. Ok, yang sedikit susah ada kat bawah

Cara untuk disable program2 yang running masa startup

1. Klik kanan "My Computer".

2. Pilih "Manage". Satu Menu akan terbuka.

3. Pilih "Services & Applications".

4. Pilih "Services".

5. Senarai nama sesetengah program ada disenaraikan. Info tambahan untuk setiap program boleh didapati dari  ruang "Description"

6. Anda boleh "stop" mana2 service (service = program yang dilist). Bila anda klik 2 kali mana2 service, satu kotak menu "properties" akan dibuka. Pilih "Stop"

7. Untuk pengetahuan anda, ada fungsi yang membenarkan anda pilih "Startup Type". Ada pilihan "Automatic", "Manual" dan "Disable". Automatic, service akan run secara sendirinya. "Manual" pula, jika anda perlukan service itu, baru service akan run. Kalau anda set "Disable" pulak, memang anda tak benarkan langsung service ni run. Saya galakkan anda pilih "Manual" saja dari "Disable".

Ada satu lagi cara yang saya boleh share setting untuk optimizekan performance pc kita…dalam artikel akan datang nanti tunggu ye

Salam mesra buat pembaca2 Wanita & Komputer ,

Buat apa cuti hujung minggu ni? Ada apa2 plan yang menarik? Ke berehat2 di rumah saja? Ye lah, dah penat bekerja untuk 5 hari kan ? Saya pula, kalau hari sabtu dan ahad ni, sibuk juga la, ada saja benda nak buat untuk blog kesayangan hehe

Dah lama saya tak sentuh topik tentang selenggara komputer. Tips yang saya dah pernah kongsi, defrag komputer dan scan disk hard disk.

Jadi, kali ni saya sentuh sikit pasal topik ni. Mudah saja teknik kali ni, tapi ramai yang tahu, dan kalau tahu pun, jarang2 buat. Boleh juga guna teknik ni untuk lajukan komputer. Lagi bagus kesannya jika anda buat teknik ni secara konsisten.

Buang fail dalam temp folder

Cara2 nak buka Temp folder (untuk pengguna Windows XP)

1. Right klik butang "Start".

2. Pilih dan klik "Explore".

3. Satu menu akan keluar di skrin. Di sebelah kanan pilih dan klik C:\ drive.


4. Klik satu folder "Temp" di dalam C:\ drive.

5. Buang semua fail di dalam folder itu. (Mungkin anda sesetengah fail yang tak dapat dibuang, kalau berlaku, biarkan saja faill tersebut)

6. Klik pula fail Windows juga di dalam C:\ drive, (Sila berhati2 di sini kerana fail Windows adalah fail yang TERAMAT penting, sila ikut arahan dengan berhati2).

7. Cari satu fail "Temp" di dalam folder Windows.

8. Ulang langkah 5. Jika situasi yang sama berlaku, abaikan saja fail yang tak boleh dibuang itu.

NOTA - tidak perlu anda buang fail2 di dalam Temp folder ini selalu, saya syorkan hanya 2 bulan sekali.

Untuk pengetahuan anda, mana2 fail yang tak boleh dibuang tu, kemungkinan besar, komputer anda sedang menggunakan fail itu. Fail2 yang wujud dalam Temp folder, terhasil bila anda membuka dan menutup mana2 fail dalam mana2 aplikasi contohnya Microsoft Word.

PS: Dalam artikel akan datang, saya akan ajar tips bagaimana anda boleh gunakan fail dalam Temp folder untuk kebaikan anda

avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 11