Apa khabar semua
?
Maaf lambat sikit artikel kali ini. Ada masalah dengan komputer huhu. Jadi sibuk dengan proses troubleshooting la kiranya. Harap2 dapat setelkan dalam secepat mungkin.
Ok, biasa tak tinggalkan komputer dalam keadaan idle? Idle ni bermakna anda tinggalkan komputer tu on tanpa anda buat apa2 kat pc tersebut. Selalunya dalam jangka masa yang lama. Mungkin anda sedang download sesuatu. Tidakpun, sedang anda sibuk menaip di Word, anda perlu tinggalkan pc sebentar untuk pergi memasak.
Apa kata, ketika keadaan idle tu, anda tutup monitor (untuk pengguna desktop pc lah). Secara tak langsung, anda dah jimatkan sedikit tenaga elektrik. Berdasarkan apa yang saya pernah baca, monitor pc yang consume paling banyak tenaga elektrik berbanding komponen2 lain.
Untuk pengguna laptop pula, hibernate kan laptop anda dengan rapatkan skrin laptop ke keyboard. Dalam keadaan hibernate, kita bagaikan tidurkan laptop kita sebentar. Semua program yang kita buka akan disave. Untuk kembalikan ke keadaan asal, hanya gerakkan mouse pad atau pun tekan butang power.
Untuk pengetahuan anda semua, perkara yang saya kongsi di atas, boleh diautomasikan. Apa yang anda perlu buat
- Buka menu Control Panel dari butang "Start"
- Pilih ikon "Power Options"
- Pada tab "Power Schemes", tentukan masa yang anda mahu sebelum monitor off atau system hibernates.
Contohnya: kita mahu 25 minit selepas idle, monitor akan tutup dengan sendirinya. Jadi setkan "After 25 minutes" pada pilihan "Turn Off Monitor". Lebih kurang begitulah.
Selamat mencuba…
Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di 

