Salam mesra semua ,

Berguna rutin maintenance bulanan saya tu? Ok, kali ni saya nak share dengan anda program utility yang anda boleh guna. Saya mencari perisian percuma di Download.com. Biasalah, Download.com memang punca utama perisian saya ni.

1. Baku

Sekali tengok, macam menarik juga program ni. Percuma, ada editor’s review lagi hehe. Perisian ni, kalau ikutkan fungsinya yang ditulis, boleh kata macam sama dengan perisian XXXXX yang saya pakai tu. Sayang, nak install ni leceh sikit, sebab ia perlukan Microsoft NET Framework. Anda boleh download dari sini. Itu lah saya kata "macam sama" kat atas tadi. Masa saya tulis artikel ni, belum habis install lagi. Selepas anda download dari link yang saya bagi tu, bila anda klik, perlu download lagi dari internet dan ada ambil masa sedikit lah. Huhu

2. Abexo Free Registry Cleaner

Yang ni pula, nak install mudah. Suka sebab perisian ni ringan, tak memberatkan PC. Sayangnya, walaupun percuma, fungsi yang ada cuma dua. Cuci registry atau backup registry anda. Biasalah kan, perisian percuma, hehe. Yang lengkap adalah, tapi kena keluarkan duit sikitlah hoho.

Hmm, saya kena tengok perisian2 yang lain lagi. Paling penting, kena ada fungsi cuci temporary file. Bukan apa, PC rumah saya tu beribu2 temp file (entah apa lah adik saya buat haha), jenuh jawabnya nak buang secara manual

Adios~~ Jumpa lagi dengan tips akan datang

avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 11