Salam pembaca2 Wanita & Komputer ,

Lama saya tak tulis tentang penyelenggaraan PC kan? Baiklah, kali ni saya akan ceritakan rutin maintenance yang saya buat, 1 atau 2 bulan sekali. Tengok pada kelapangan saya lah, takpun bila dah terasa PC tu dah slow semacam je hehe

  1.  Sebelum on PC, vakum habuk2 di sekeliling PC (keyboard, mouse, CPU, termasuklah wayar2 kabel tu sekali). Monitor tu saya lap dengan tisu lembut. Kalau nak lagi bagus, boleh la beli cecair pencuci monitor. Tapi, jangan tanya apa yang bagus, sebab saya tak pernah guna hehe. Oh ya, casing CPU tu saya buka juga, vakum di dalamnya. Apa yang termampu saja lah, takut nak vakum lebih2, nanti benda lain pula yang tersedut ngeh3
  2. Dah on PC, pastikan program antivirus dan anti-spyware dah update. Kemudian putuskan sambungan Internet, mulakan proses scan virus dan spyware. Boleh rujuk di sini, program apa saya pakai untuk PC saya.
  3. Dah habis proses scan, saya akan run program XXX saya. (Tak boleh sebut, bahaya, sebab ni p***** hehe.) Program ni akan buang semua temporary fail, baiki registry dan susun kembali registry PC saya. Boleh cari di Download.com, program2 sebegini hehe, ada yang percuma, cuma setakat ni, saya tak jumpa yang best lagi la hehe
  4. Proses Scan Disk pulak untuk semua Drive. Untuk lebih info dan nak tahu bagaimana, boleh baca di sini.
  5. Dah habis buat Scan Disk, sambung pulak dengan proses Defragment. Ada juga saya sebut dengan lebih terperinci di sini. Saya buat langkah 4, sebelum langkah 5 ni, sebab saya rasa proses Defragment ni jadi lebih cepat, tak adalah asyik ulang semula je. Ni ikut pengalaman saya lah.
  6. Dah habis semua ni, saya kemas PC, buang mana2 program tak patut, masukkan fail di tempat yang sepatutnya. Kira tersusun sikit lah, senang nak cari kemudian nanti

Seingat saya, setakat itu saja lah. Nanti kalau ada, saya tambah lagi, hehe. Rutin ni memakan separuh hari juga. Jadi, selalunya saya on PC awal2 pagi, jadi akan habis awal lah hehe. Selepas makan tengah hari, dah boleh guna PC.

Kalau suka, praktikkan la ia sebagai rutin bulanan maintenance PC anda .. Cegah sebelum parah..cewah

avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 11