Salam sayang pembaca2 sekalian :) ,

Dalam artikel sebelum ini saya pernah sebut tentang Defrag PC, kali ni saya nak sebut pasal Scan Disk pula. Salah satu teknik supaya PC tahan lama :) Tak boleh lah asyik guna saja tapi tak buat maintenance kan? :)

Penting mana Scan Disk ini?

Ohh, penting buat ini. Tujuannya untuk check dan repair error dalam hard disk. Cubalah untuk buat 2 bulan sekali. Tapi penting untuk buat serta merta jika PC anda tak dishutdown betul2. (Antara sebab2nya)

Macam Mana buat Scan Disk?

Jangan risau, senang saja :)

1. Klik ikon My Computer (atau klik dari Start menu bar untuk ke My Computer)

2. Klik kanan hard disk yang akan discan (Contoh C: drive)

3. Satu kotak menu akan keluar. Klik Properties

4. Satu menu akan keluar. Di selection bar di atas, pilih Tools

5. Tekan Check Now

Nota - Bawah Error Checking, tanda (/) pada kedua2 Check Disk Options

6. Dah bersedia? Klik Start

**PENTING:- Kalau arahan seterusnya kata anda tak boleh scan disk sekarang. Jangan risau. Semasa keluar Menu yang mengatakan hanya boleh dibuat semasa PC restart, pilih Yes. Aktiviti ini akan dibuat ketika PC anda dibuka semula kemudian (sebelum masuk Windows). Sila ikut arahan dan jangan menekan sebarang butang, supaya Scan Disk boleh dibuat.

Selamat Mencuba :D

avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 11