Sekali sekala bosan juga kalau asyik bercerita pasal hal2 teknikal. Kali ini, biarlah saya bercerita apa yang saya buat weekend hari tu :)

Buat maintenance PC anda

PC di rumah saya tu dah mula slow. Hmm, padanlah dah sampai masa untuk maintenance pun. Tips dari saya, selalu2 lah buat maintenance PC, kalau mahu PC tu tip top selalu. Banyak teknik maintenance PC ini, tapi kali ini saya sentuh salah satunya saja. Yang penting anda buat.

Defragment (Defrag) Hard disk

1. Klik Start >> Program >> Accessories >> System Tools >> Disk Defragmenter

2. Klik C: drive

3. Tekan butang “Defragment

NOTA - Butang “Analyze” akan beritahu samada drive anda perlu di”defragment” atau tidak. Boleh juga digunakan terlebih dahulu sebelum butang “Defragment

AWAS, pastikan “% Free Space” anda lebih dari 15% sebelum mula defrag. Jika tidak, anda tak boleh buat pun langkah2 di atas. Nanti buang masa anda saja hehe :) Oleh itu, buang lah benda2 tak perlu dalam PC terlebih dahulu ya

Tips - Untuk hasil yang optimum, lakukan sekurang2nya sebulan sekali (macam iklan syampu pulak :D). Kalau anda malas (macam saya :P ) cubalah untuk dapat 2 bulan sekali. Kalau rajin pula, buat la seminggu sekali hehe

PS: Teknik ini penting sangat kalau anda selalu gunakan torrent client macam utorrent, bittorent, azureus dll. Ada khabar2 angin jika jarang defrag boleh rosakkan komputer. Walaupun khabar2 angin, agak logik alasannya. Apa2 pun rajin2kan lah diri anda :D

avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 11