Salam mesra semua ,

Anda belajar komputer mula2 dulu macam mana? Secara formal di dalam kelas atau anda cuba2 sendiri? Try and error lah lebih kurangnya. Rasa2 mana lagi baik? Macam mana kalau secara e-kursus dari emel?

Hoho, saya bukan nak buat e-kursus tentang komputer dari emel (tapi kalau akan datang boleh juga, mana tau kan ). Cuma nak kongsi banyak cara untuk belajar komputer ni, dan tak semestinya anda guna satu cara saja. Boleh juga pelbagai cara digabung2kan.

Antara teknik belajar komputer:-

  • Cuba Sampai Jaya (atau try and error)

Teknik ni selalunya saya guna untuk belajar perisian baru, contohnya Adobe Photoshop, eWriter Pro dan Macromedia Dreamweaver. Perlukan tahap kesabaran yang tinggi bila digunakan. Tidak digalakkan jika anda suka melepas perasaan pada komputer . Perlukan masa anda yang banyak, berbanding anda mendapat informasi secara berperingkat dari pakar. Untuk mahirkan diri anda, mesti buat praktikal sambil belajar. Selalunya digabungkan bersama bantuan dari "Help" di perisian terbabit hoho

  • Kelas Formal

Saya guna pakai teknik ini untuk belajar MS-DOS masa sekolah dulu. Hoho, jangan tak tahu. Sebelum wujudnya Windows yang penuh dengan Antara Muka Grafik, komputer guna sistem operasi DOS. Nak bayangkannya, cuba anda taip "cmd.exe" bila tekan butang "Run" di "Start". Konsep DOS, perlu taip arahan2 istimewa untuk laksanakan sesuatu kerja. Beruntunglah kita semua dan kanak2 sekarang, hanya klik ikon selepas wujud Windows, hehe.

Melalut pula, hehe. Saya lagi sukakan teknik kelas formal jika belajar sesuatu berkaitan operating system (saya juga belajar Linux di kelas). Nak try and error sendiri memang boleh. Tapi bila melibatkan operating system ni, kalau tersalah cuba, rosak pula komputer hoho. Pendek kata, belajar lah dari yang expert kalau anda memang clueless tentang sesuatu perkara tu

  • Pengajaran (Lesson Learnt) Dari Orang Lain

Haa, yang ni pula, jika anda seseorang yang suka melepak di forum. Apa kata anda melepak juga di forum komputer? Mesti ada forumer (orang di forum dipanggil forumer) yang bertanyakan masalahnya. Kemudian, ada yang akan memberi penyelesaiannya. Secara tak langsung, anda dah dapat info untuk selesaikan masalah anda, takpun sebagai pengajaran untuk anda tak ulang benda yang sama. Itu lah sebabnya, saya suka cari solution masalah saya di forum2, hehe. Satu tips untuk anda

  • Baca blog

Tak suka melepak di forum? Suka baca blog? Selain dari baca blog berkisarkan kisah2 artis Malaysia, cinta atau politik semasa, apa salahnya anda singgah di blog2 yang berunsurkan teknikal (macam blog WK ini ehem  )? Yang penting, anda dapat baca tips2 yang dikongsi dari blogger (penulis blog digelar blogger) secara santai. Baca blog orang lain tak sama macam dalam kelas kan? Lainlah kalau pengajar kelas anda tu hensem, wowo tu tak boleh lawan lah kan?

Anda rasa apa teknik2 yang anda guna lagi untuk belajar komputer? Boleh kongsi dengan saya?

Bagi saya, apa pun, nak belajar sesuatu perkara tu kena ada minat. Dah ada minat, baru lah seronok nak belajar sesuatu perkara kan? Bermakna pula. Jangan lupa pula mencari teknik yang anda boleh aplikasi kan secara mudah. Simple Made The Learning Process Easier

PS: Selamat Pengantin Baru Mazuin dan Azizi

————————————————————————————————————–

Nota Kaki

Tagline - "Simple yet Meaningful Learning"

Blog ini sedang menyertai cabaran SM Learning, penganjur kelas-kelas, bengkel dan seminar yang boleh membantu kehidupan anda. Sila ke laman web SM Learning di http://www.smlearning.net untuk maklumat lanjut.

————————————————————————————————————–

avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 11