Salam semua
,
Pernah ukur berapa laju kita menaip?
Saya cuba kat TypingTest.com tadi. Berapa keputusannya? Secara kasarnya, purata 39 perkataan seminit. Tak tahu lah itu kira laju ke macam mana hehe. Anda cubalah 
Untuk bolehkan kita menaip laju, ada tekniknya kalau mengikut Dana H di http://www.buzzle.com/articles/learn-to-type-fast.html.
3 Tips dari Dana H
- Kedudukan Jari di Keyboard
Kelapan-lapan jari kita mesti ada di bahagian ASDF, maknanya di tengah2 keyboard. Jari kanan akan picit huruf di sebelah kanan, jari kiri picit huruf di sebelah kiri. Untuk tekan spacebar (butang keyboard yang kita guna untuk buat space kalau dalam word tu) gunakan mana2 ibu jari kita. Teknik dari Dana H, selepas tekan mana2 butang di bahagian atas atau bawah, kembalikan jari anda semua ke bahagian tengah. Mengikut Dana H, lebih cepat 
- Fokus
Mulakan menaip dengan perlahan-lahan sambil itu hafal kedudukan huruf di keyboard. Biasakan juga menaip tanpa melihat huruf di keyboard. Mula2 memang susah, tapi lama-kelamaan anda akan biasa. Cuba anda sambil menaip sambil fikir kedudukan huruf tersebut.
- Prektis dan Prektis
Dah amalkan kedua2 teknik kat atas tu, prektis berulang kali. Lama kelamaan anda akan biasa menaip tanpa melihat keyboard (masa ini anda dah pun hafal huruf di keyboard anda). Untuk mudahkan sesi prektis anda, banyak program atau game yang boleh bantu anda menaip. Anda boleh cuba program di sini. Pilih keyboard jenis QWERTY
PS: Keyboard yang kita selalu gunakan adalah jenis QWERTY. Kenapa dinamakan QWERTY? Cuba anda tengok huruf di bahagian atas keyboard. Huruf Q, W, E, R, T dan Y duduk bersebelahan bukan? 
Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di 

