Apa khabar semua ? :)

Ini cubaan kali ketiga saya mahu update blog Wanita & Komputer. Kalau tak berjaya lagi, saya tulis lain kali saja jawabnya.

Cubaan pertama

Saya terfikir untuk menulis tentang Linux, memandangkan hangat betul komen pada post Windows ME lepas. Tapi, gagal, jadi saya tunda post Linux ke post seterusnya (Maaf ya Garfield dan Jom Linux hehe)

Cubaan kedua

Dah terhilang post pada cubaan pertama, mood nak menulis tentang Linux pun dah hilang :p Terfikir pula nak menulis sesuatu yang ringan, lagi2 diiringi suasana malam yang sungguh mendamaikan..

Gagal lagi..(saya dah taip separuh muka tu huhu..)

Jadi, pada cubaan ketiga menulis post di blog Wanita & Komputer, saya terfikir untuk bertanya pada anda saja :D

Bila anda mula guna komputer?

(Gambar ihsan dari www.geeksugar.com)

Kongsi cerita anda

Boleh anda kongsi bila anda mula guna komputer? Apa pengalaman masa tu? Takut ke, seronok ke, gelabah ke? Apa2 lah. Kalau komputer yang pertama anda guna itu, bukan milik anda pun tak mengapa. Mungkin anda gunakannya di makmal komputer atau komputer kepunyaan kawan :)

Cerita saya pula?

Kalau saya pula, komputer pertama yang saya guna adalah komputer kepunyaan keluarga. Kalau tidak silaplah, saya baru berusia 4 atau 5 tahun. Kecil sangat, saya pun tak berapa pasti. Yang pastinya, saya belum sekolah lagi.

Komputer pada masa itu pun, tak sama macam sekarang. Jangan tanya rupa CPU atau monitor, saya tak dapat ingat. Apa yang saya ingat, cuma bentuk floppy disk drive dan floppy disknya saja. Ok, bayangkan floppy disk drive itu, satu kotak yang boleh dimasukkan disket tetapi bukan sekali dengan CPU. Floppy disk nya pula bersaiz besar, 5 1/4 inci hoho.

Tak dapat bayangkan? Tengok saja gambar ini. Yang penting jangan lupa bandingkan dengan disket bersaiz 3.5 inci tu (yang kecil itu).

Besar kan floppy disk ni? Walaupun bersaiz 5 1/4 inci tetapi cuma berkapasiti 100k ke 1.2 MB saja.

(sumber semua gambar adalah dari sini)

Pengalaman saya masa guna komputer?

Pastilah seronok, sebab gunakan komputer itu untuk bermain game :D Game apa saya tak ingat juga, cuma ianya 2 dimensi saja. Maaflah, sebab kanak2 lagi, jadi ingat2 lupa, melainkan anda boleh scan otak saya dan tengok imej2 yang muncul masa saya menulis post ini :)

Jadi

Apa pengalaman pertama anda dengan komputer?

Jumpa lagi!!

Salam semua ,

Huhu, lama saya tak update blog ini. Ada dekat 6 hari juga. Maaf banyak2. Komputer saya rosak dari hari Rabu lepas. Tak sempat nak repair, sebab saya kena ke Miri atas urusan kerja sampailah hari Jumaat lepas. Hujung minggu baru2 ni, barulah saya berpeluang untuk tengok apa masalahnya huhu. Susah pakai program percuma dari Internet ni, nasib baiklah masih boleh dibaiki. Masalah kecil juga lah. Kalau sampai kena format komputer, haru juga dibuatnya, huhu.

Seperti yang saya war-warkan sebelum ni, saya dah pun siapkan satu laporan untuk pembaca2 Wanita & Komputer ni. Panduan Convert Format Dokumen - MS Word Kepada PDF. Percuma sahaja untuk anda semua. Tapi, untuk dapatkannya, anda perlulah mengisi nama dan emel anda di sebelah kanan anda, bawah tajuk Produk Percuma Dari WK.

Kenapa Saya Buat Laporan Ini?

Saya perasan ramai juga yang tak tahu bagaimana nak convert format fail kepada PDF. Sebenarnya, saya kena berterima kasih kepada kawan saya, Eddy. Sebabnya dari dia lah saya tahu yang perisian P******F boleh digunakan untuk convert fail kepada PDF. Selama ini, saya ingat, saya perlu ada Adobe Professional saja untuk convert fail kepada PDF. Betapa ketinggalan zamannya saya hoho.

Kenapa Anda Perlu Baca Laporan Ini?

Jika anda tak tahu cara nak convert format fail kepada PDF, muat turun dan baca Panduan Convert Format Dokumen ini. Moga2 laporan ini dapat membantu anda.

Kalaupun anda dah tahu (manalah tahu anda lagi hebat dari saya ), dalam laporan ini, saya ceritakan beberapa perisian yang anda boleh gunakan untuk convert fail kepada PDF. Ada juga cara yang tidak memerlukan anda install di pc anda. Untuk tahu, baca seterusnya di laporan tersebut.

Oklah, jumpa lagi di lain kali.. dengan lebih tips komputer yang menarik

Salam untuk pembaca2 Wanita & Komputer ,

Perasan sesuatu yang lain di blog Wanita & Komputer ini? Haa, untuk sesiapa yang perasan, satu tabik untuk anda!! Takpe2, jika anda tak perasan, cuba tengok di ruang url browser anda? Di sebelah http://waidakmy.com tu. Nampak dah? Hehe, blog Wanita & Komputer dah pun ada favicon nye sendiri WK untuk Wanita & Komputer, juga untuk WaidaKmy 

Seperti yang saya janjikan dalam artikel dulu, saya akan kongsi tips macam mana fail temp berguna lagi2, dalam masa kesusahan.

Pernah tak anda hadapi situasi ini. Sedang sibuk2 menaip dalam Microsoft Word, Microsoft Word anda hang, takpun tertutup dengan tiba2. Mesti pernah hadapi kan? Anda dah pun save fail itu pada awalnya, tapi anda terlupa untuk save selalu fail anda, sampailah Word hang.

Jangan risau, untuk pengetahuan anda, Microsoft Word yang baru, ada fungsi auto-save dalam sekian2 waktu. Jadi, bila anda hadapi situasi ini, perkara pertama yang anda kena buat ialah

Buka Kembali Microsoft Word - PERHATIAN - JANGAN Buka Fail Yang Anda Dah Save Terlebih Dahulu!!!

(Jika Anda Dah Pun Buka Fail Yang Anda Dah Save Awal2 Tadi, Saya Tak Berapa Jamin, Tips Ini Akan Menjadi)

Selepas anda buka Word, cuba lihat di sebelah kiri anda. Satu menu yang ada tulisan Restore akan muncul. Beberapa fail akan disenaraikan di bawahnya. Mungkin juga hanya satu fail yang ada.Fail anda mungkin tersenarai di antaranya.

Cuba klik fail tersebut, dan anda boleh lihat di paparan utama, setakat mana Word berjaya simpan fail anda. Sekurang2nya, anda tak perlulah menaip semula kan? Apa2 pun, nasihat dari saya, selalulah save fail anda. Kali pertama save, gunakan mouse untuk pilih Save As. Untuk seterusnya, hanya tekan butang CTRL serentak dengan S.

Tips ini juga berguna untuk mana2 aplikasi Microsoft Office yang baru. Yang lama2, saya tidak berapa pasti, seperti versi 97 ke.

Selamat mencuba!! Lepas ini, tak perlulah tensen2 bila komputer hang

avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 212»