Apa khabar semua ,

Opps, 5 hari lamanya saya tak tulis post baru (huhuh). Maafkan saya . Sibuk mengerjakan blog ini, sampai satu hari tu saya berjaga sampai ke tengah malam (nak setelkan masalah tu juga, kalau tak, rasa tak puas hati, hoho)

Selain dari proses upgrade blog ini ke versi yang lebih baru, saya juga ada buat beberapa perubahan. Antaranya, anda semua boleh lihat, iaitu template. Bukan saja2 nak tukar ni, tapi saya perlukan space penulisan yang lebih besar sebab mudah letak gambar. Mesra mata sikit lah harapnya gambar2 tu lepas ni hoho

Malangnya, template baru ini, tak boleh letak fungsi yang saya selalu buat, huhu. (Ada nak kena cari template baru lagi ni huhuh). Jika dulu anda perasan, ada senarai post2 lain yang berkaitan untuk setiap post yang saya buat. Nampaknya, selepas ini, untuk pergi ke post2 lain, anda perlu gunakan link di sebelah kanan.

Saya juga nak buat senarai post2 yang pernah saya tulis dalam satu page. Sama juga, tak berjaya lagi sampai sekarang. Huhu, kena ambil masa bertanya pakcik Google ni . Masalah paling besar saya rasa, kurang mahir dengan php coding. Kalau tak, mudah saja saya rasa (cewah).

Sebenarnya, jika anda nak tahu, saya dah pun beli pakej template untuk blog2 saya. Malangya, bila nak guna template ni, huhu, tak boleh nak ubah sesenang itu saja. Saya terlupa pula nak cek ada widget atau tidak. Membazir begitu saja la jawabnya hohoho. Ada sesiapa nak tawarkan khidmat buat template untuk saya? Ngeh3

Saya membebel saja hari ini. Maaflah baca luahan perasaan tak seberapa ni hua hua hua. Post akan datang, saya akan sertakan tips2

PS: Jangan lupa berkunjung ke PC Fair di KL Convention Centre 11 -13 April ini . Jika anda bukan seorang yang sukakan kesesakan (seperti saya), tak perlu pergi ke PC Fair. Sebaliknya, pergi ke Low Yat saja sudah cukup. Anda akan dapat harga promotion yang lebih kurang sama…

PPS: Book Fair juga berakhir hujung minggu ini (kalau tak silap)..di PWTC ye..kedua2 nya pun saya ingin pergi…huu..

Apa khabar semua ,

Post kali ini, tiada tips untuk anda semua, lain kali saja hoho.

Cuma nak beritahu, saya nak buat major overhaul (cewah) pada blog Wanita & Komputer pada hujung minggu ni. (Overhaul tu maknanya lebih kurang maintenance aje ngeh3, saje je pakai perkataan yang engineer selalu pakai )

Harap2nya dapat selesaikan hujung minggu ni, sebabnya dalam hujung minggu ni juga, cousin saya kahwin. Jadi,ada sibuk sikit.

Nantikan la apa perubahannya nanti, hohoho.

Sekali sekala kena berubah angin ye tak? Nanti mendak pula

Jumpa lagi dengan tips lain akan datang, harapnya dengan perubahan yang bagus lah hehe dan sempat disiapkan dengan cepat

Update pada 11/12/08: sedikit pengubahsuaian info dan penambahan link

Yeah!! pada pukul 10.30mlm 21/11 /2007 wanita & komputer dah berjaya dihasilkan :) (Siap untuk tulis artikel yang no 1 sebenarnya ehehe)

Untuk siapa wanita & komputer?

Terfikir2 tak kenapa wanita & komputer?? sebabnya belum ada lagi (setakat pada masa post ini ditulis lah kan heh) blog tentang komputer yang fokus untuk wanita.

Untuk lelaki memang banyak dah, jadi tak usahlah saya tambah lagi kan? Itu la agaknya kenapa orang mesti kaitkan komputer dengan lelaki.

Kenapa anda perlu baca blog ini? :)

Cuba bayangkan yang repair komputer anda wanita? Kan cool tu :) Lagi satu, lebih seronok kan kalau boleh faham bila lelaki berborak tentang komputer. Takpun tumpang sekaki berborak :D Tidak pun sekurang2nya bila anda nak membeli komputer, anda faham sedikit sebanyak apa yang jurujual tu nak jual pada anda. Tidaklah anda tertipu. Seronok kan? :)

Apa yang ada di blog ini?

Dengan alasan2 kukuh di atas :) , anda boleh dapat tips2 dan teknik2 yang dah saya gunakan selama ni. Memang terbukti dan telah diguna pakai. Saya tak akan cerita sesuatu yang saya sendiri pun tak tahu. Cukuplah untuk saya survive sampai belum lagi ada niat nak campak komputer kat tasik utp tu hihi (perkara yang selalunya budak2 utp cakap bila komputer rosak hehe)

PS: Lagi buat saya berkobar2 (cewah) nak share bila kawan saya cakap “saya tak reti sangat bab2 komputer ni”. senang la lepas ni, suruh dia baca wanita & komputer saja :D

PPS: Saya akan kongsikan Tips no 1 - Macam mana nak keluarkan CD masa komputer dah pun off? :D

avatar Mahu dikenali sebagai WaidaKmy (kombinasi namanya dan nama keluarganya), atau Waida di kalangan teman rapatnya. Memilih untuk berkongsi pengalaman peribadinya tentang komputer di Blog Wanita & Komputer. Percaya sesiapa pun mampu menguasai ilmu asas komputer asal ada minat dan kemahuan...
Page 1 of 11