Masalah: Monitor terus padam!

by waidakmy on January 20, 2010
in Masalah Pembaca WK

Soalan:

Salam,

Saya ada satu masalah iaitu apabila on komputer dan didapati monitor terus saja keluar perkataan going to sleep dan terus padam. Macamana langkah untuk mengatasinya. Jenis komputer HP.

Sekian.

Mad

—————————————

Jawapan:

Waalaikumussalam Tuan Mad,

Maafkan saya kerana lambat membalas pertanyaan  Tuan. Dan, terima kasih kerana bertanya kepada saya tentang perkara ini.

Sudahkah Tuan mencuba dengan memasang komputer kepada monitor yang lain?

Sebelum langkah seterusnya boleh dibuat, saya mengesyorkan Tuan menyemak dulu adakah benar-benar monitor yang bermasalah atau grafik kad pada komputer yang bermasalah.

Jika monitor yang bermasalah, apabila dipasang pada komputer lain, monitor itu tidak akan menyala juga. Jika monitor itu elok, ada kemungkinan masalah berpunca daripada komputer (CPU). Mungkin daripada grafik kad komputer atau wayar yang menyambungkan CPU ke monitor.

Semoga apa yang saya tulis membantu Tuan.

Wassalam.

-Waida-

  • Blogger Post
  • Delicious
  • Google Bookmarks
  • Yahoo Mail
  • Yahoo Messenger
  • Twitter
  • Hotmail
  • Facebook
  • Digg
  • LiveJournal
  • Technorati Favorites
  • Tumblr
  • Windows Live Favorites
  • Share/Bookmark

Related posts:

  1. Masalah: Angkara Kuasa
  2. Tips 34 – Sambung external monitor pada laptop
  3. Selesaikah masalah dengan format komputer?
  4. 4 Langkah Selesaikan Masalah Komputer
  5. Tak Dapat Akses Internet: Apa Langkah Anda?
  6. Delete Fail: Adakah betul-betul dipadam?
  7. Skrin komputer tidak menyala
  8. Tips 29 – 4 kesilapan WaidaKmy..

Comments

2 Responses to “Masalah: Monitor terus padam!”
  1. Fazla says:

    Assalammulaikum,
    Baru sempat baca entry hari ini.
    Menarik perkongsian ini. Tambahan dari pengalaman membantu
    mebaiki PC sebelum ini. Pastikan wayar dan suis semua
    di cucuk ketat dan suis ‘ON’.

    :)

    Balas Komen Ini

    waidakmy Reply:

    @Fazla, haha. Pasti pernah berlaku kepada Tuan (saya pasti!)

    Balas Komen Ini

Kongsikan Pendapat Anda

Anti-Spam Protection by WP-SpamFree