Sekitar kehilangan sebulan WK

by on May 21, 2010
in Coretan WK

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Alhamdulillah saya masih dikurniakan peluang berbakti di dunia yang sementara ini. Ke’hilang’an saya sementara dari blog kerana memberi laluan kepada kerja-kerja penulisan proposal novel. Semoga ia diterima dan bolehlah saya menulis novel!

Oh ya, ada baiknya saya buat penafian terlebih dahulu. Penulisan novel cinta bukanlah untuk saya. Insya Allah, saya akan menulis novel kanak-kanak dan remaja. Lebih menyeronokkan tulis genre selain genre cinta. Azam saya menyemarakkan sifat berdikari dan eksplorasi perkara-perkara baru ke dalam jiwa kanak-kanak dan remaja. Amin!

Buku Eksperimen Sains dan Teknologi

Jika ada sesiapa mengatakan novel dalam bidang sains dan teknologi belum ada di Malaysia, mereka silap :) Ini buku tulisan seorang sahabat penulis, Umi Danial. Dengar cerita, buku Tim BEST: Eksperimen Ke-2 akan terbit tidak lama lagi.

Doakan saya berjaya! Amin…

-WK-

PS: Walaupun menulis novel, blog ini tetap akan saya update, Insya Allah. Entri ini sebagai pemanas enjin setelah berehat seketika selama sebulan.

Nota: Penulisan buku komputer terpaksa saya tangguhkan atas faktor-faktor tertentu. Jika ada rezeki, ia akan disambung pada masa hadapan, Insya Allah. Sementara itu, saya akan terus menulis di blog. Lebih mudah dan cepat menemui Tuan Puan semua

Makna Freeware dan Open Source

by on April 21, 2010
in Perisian

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Kata mentor, “Ini zaman ‘free economy’. Siapa mampu beri percuma dia akan menang.”

Tambah mentor lagi, “Sebab itu Google boleh mendominasi.”

Itu di dalam dunia bisnes.

Dalam dunia komputer juga, trend sekarang memberi perisian dengan percuma. Perisian percuma itu dibahagi dua.

1. Freeware

Apa itu Freeware?

Mengikut Wikipedia,

Perisian yang diberi percuma untuk digunakan. Atau, diberi pilihan membayar jika mahu.

2. Open Source

Apa itu Open Source?

Seperti Freeware, Open Source (sumber terbuka) juga percuma. Tetapi, ada satu ciri ekstra daripada Freeware. Iaitu, sesiapa boleh mengubahsuai kod asal.

Nota: Kod asal atau source code adalah bahasa ‘komputer’ yang membentuk perisian atau program itu.

Bermakna, kita semua bebas mengubahsuainya jika mahu. Asalkan tahu bahasa programming yang digunakan. Juga bermakna, tiada syarikat memiliki hak ke atasnya. Ia adalah milik komuniti.

Apa lagi kelas perisian yang ada?

Mari kita lihat kelas – kelas perisian lain yang ada.

3. Shareware

Apa itu Shareware?

a) Perisian yang diberi percuma sampai bila-bila. Tetapi fungsinya terhad.  Untuk mendapatkan kesemua fungsi perisian, ia harus dibeli.

b) Perisian yang diberi percuma. Fungsi lengkap tetapi dalam tempoh yang terhad. Contoh, selepas 30 hari atau 60 hari, perisian itu tidak boleh digunakan lagi.

Asalnya, perisian ini berbayar. Tetapi, jika kesemuanya berbayar, tiada yang mahu guna. Oleh itu, syarikat perisian mewujudkan versi shareware. Tujuannya supaya kita boleh cuba perisian itu. Kita suka, kita bayar :)

4. Payware

Apa itu Payware?

Perisian yang kita perlu bayar untuk menggunakannya. As simple as that. Ini biasa kita temui.

Nota: Perkataan Payware ini juga baru saya ketahui waktu saya menulisnya!

Semoga bermanfaat! (Jika suka, sebar-sebarkan sahaja maklumat di sini)

Dan, jumpa lagi!

-WK-

Lindungi folder dengan password

by on April 12, 2010
in Asas Komputer

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Bagaimana cara melindungi folder dengan password?

kredit gambar: Flickr

Psstt, mahu cara mudah tanpa letak password?

Pertama

Jauhi perkataan RAHSIA, PRIVATE, dan seumpamanya.

Manusia. Apabila diletak RAHSIA, lebih kuat daya tarikan kita membukanya. Oleh itu, guna perkataan yang paling biasa kelihatannya. Ini teknik songsang.

Kedua

Sorokkan folder itu daripada pandangan umum. Siapa akan terfikir untuk membukanya jika folder itu tidak kelihatan? ;)

Cara 1 - Sorok folder cara mudah

Cara 2 – Sorok folder dengan cara sedikit  teknikal

Baik-baik.

Pasang Password Pada Folder

Jangan marah.

Ini dia cara sebenar melindungi folder dengan password. Kredit kepada Tuan Khairul.

Jumpa lagi!

-WK-

E-buku Mahir Komputer – HardyWeb

by on April 5, 2010
in Asas Komputer

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Kali ini, saya ingin berkongsi suatu ebuku percuma yang hebat maklumatnya. Ditulis oleh Tuan HardyWeb.

Tajuk Ebuku: Mahir Komputer

Antara isi kandungan yang dikongsikan Tuan HardyWeb adalah,

Isi Kandungan Ebuku Mahir Komputer Hardyweb

Semoga bermanfaat!

PS: Jika Tuan Puan sukakannya, sebar-sebarkan kepada rakan sebagai tanda terima kasih kepada penulisnya!

-WK-

Delete Fail: Adakah betul-betul dipadam?

by on March 31, 2010
in Asas Komputer

Assalamualaikum dan Apa khabar? :)

Terdetik untuk menulis di Wanita & Komputer setelah membaca emel daripada Cik Puan Sue.

Buang Fail ke Recycle Bin

Tekan sahaja butang ‘DEL‘, maka fail itu wujud di dalam ‘Recycle Bin’.

Jika malas mahu terima notis ‘Anda pasti mahu tongsampahkan fail ini*?”, tekan butang ‘SHIFT‘ bersama-sama butang ‘DEL‘.

*penafian – ini notis yang telah diubah suai, namun maksudnya sama.

Namun, adakah fail ini benar-benar hilang daripada harddisk?

Delete = Padam?

Ini persoalan yang ditanya Cik Puan Sue.

Hakikatnya, data itu masih ada. Masih wujud dalam harddisk. Apa yang berlaku, alamat* ke situ sahaja yang dipadam.

*dengan bahasa mudahnya

Bayangkan kita kehilangan alamat ke rumah seorang sahabat. Pasti tidak tiba bukan? :) Tetapi, rumah sahabat kita itu tetap ada. Melainkan, datang jentolak merobohkan rumahnya, kemudian membina rumah lain di atas tapak yang sama.

Begitu juga dengan data di dalam harddisk. Ia cuma akan dipadam apabila ada data baru ditulis di atasnya.

Oleh itu, selagi tidak format, masih ada cara untuk mendapatkan semula fail itu dengan bantuan program khas.

PS: Tuan Puan boleh google ‘Restore My File’ jika berminat mencari program itu.

Jumpa lagi!

-WK-

« Previous PageNext Page »