4 Perkara Perlu Ada Untuk Shopping Online
Salam dan Apa khabar?
2, 3 hari ini kepala dan hati saya sakit dengan isu2 berbangkit, idea untuk menulis pun tidak ada..huhu..
Entri kali ini adalah ilham daripada pertanyaan seorang rakan sepermainan gamelan saya..Terima kasih Encik Z membantu selamatkan saya dari perlu memikirkan topik post
“Selalu ke kau beli barang online? Macam mana ek?”
Jadi lihat entri di bawah, 4 perkara yang anda perlukan untuk membeli belah secara online
4 Perkara Yang Anda Perlukan Untuk Beli Barang Online
1. Asas Komputer dan Internet
Ini wajib. Susah pula mahu membeli barangan di Internet, jika tiada asas komputer dan Internet. Mesti juga tahu menggunakan emel, kerana banyak penjual di Malaysia berurusan dengan emel
2. Akaun Internet Banking
Asasnya, ini adalah akaun bank juga (seperti yang anda biasa guna). Apa yang berbeza, kalau selalu anda tengok baki duit anda di ATM, jika ada akaun Internet Banking, anda boleh akses akaun anda dari Internet
Contoh: Maybank2u, CimbClicks
Bacaan Tambahan – Panduan Menggunakan Maybank2u dan CimbClicks (download fail pdf itu)
3. Pengetahuan Asas Sekuriti Internet
Jangan jadi terlalu naif dan percaya kepada semua orang di Internet
Perlu selidik tentang penjual terlebih dulu sebelum membeli. Di Internet, perkara paling penting adalah kredibiliti. Jadi, semaklah kredibilitinya
Juga jangan mudah percaya dengan emel yang mengatakan anda menang itu ini, atau emel dari bank
Ini semua SPAM atau emel tipu
Bacaan Tambahan – Mari Melawan SPAM dan Phishing
4. Kad Kredit/Debit atau Akaun Paypal
Ini tidak wajib jika anda hanya mahu membeli belah di Malaysia. Ia jadi penting jika anda mahu shopping di laman web luar negara
Ok lah, semoga 4 perkara yang saya telah senaraikan di atas bakal membantu anda mula membeli belah di Internat
Wassalam
-WK-
PS: Jika anda rasa, ada yang perlu ditambah..sila-silakan lah
Related posts:



Di malaysia pembelian secara online masih boleh dikembangkan penggunaannya…sebaran maklumat tentang bisnes online patut diperluaskan
waidakmy Reply:
March 13th, 2009 at 8:44 am
@hazman aka species1980, kita memang kena educate orang Malaysia untuk membeli secara online dengan betul. Tidaklah ada kes yang tertipu dan sebagainya..